Dalam sehari-hari, suami isteri sibuk dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Kadang-kadang tak ada masa untuk bersama dan luah perasaan antara satu sama lain. Fikiran hanya pada keluarga dan tugas-tugas azali.
Rasanya, awal-awal kahwin memang berdua tapi bila dah ada anak, masa bersama yang betul-betul berkualiti susah untuk dicari. Cuma apa yang boleh dikatakan apabila ada isteri mula stres yang tidak mampu dikawal, rasanya satu rumah akan kena tempias.
Itu pun kalau suami memahami. Kalau jenis suami yang tidak pernah ambil tahu, makin pendam dan terbukulah hati isteri dengan karenah suami yang buat tidak kisah.
Sebenarnya, walaupun sudah berkahwin berpuluh tahun, mahupun sudah mempunyai anak pinak, masa berdua antara suami isteri kena ada. Bukan sahaja untuk nampak romantik tetapi inilah masa untuk suami isteri luah perasaan apa yang terbuku dan tidak puas hati dalam sehari-hari yang dilalui tanpa sedar.
Perkongsian daripada Dr Ahmad Samhan ini amat penting untuk suami isteri mencari masa berdua ‘WE TIME’ untuk meluahkan hati dan perasan dari hati ke hati.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Bila Jadi Isteri, Suami Diutamakan Tapi TANGGUNGJAWAB Pada Mak Ayah Sampai Bila-Bila
BERAT BADAN Cepat Naik, Itu Tanda Isteri PENAT Melampau. Suami Kenalah Bantu
Info Lebih Menarik DI SINI
Dalam kesibukan menguruskan keluarga dan anak-anak, kadang kita terlupa untuk menjadi suami isteri.
Lupa untuk bersembang.
Hanya berdua. Lupa untuk ada masa berdua.
Lupa untuk mengimbau kenangan manis bersama.
Setiap hari kita melalui rutin yang sama. Pergi dan balik kerja kemudian luangkan masa bersama anak-anak. Esok ulang perkara yang sama. Kita tiada masa untuk bersembang dari hati ke hati. Antara kita dan dia yang dicintai.
Apa lah agaknya yang kita harapkan dari pasangan? Bagaimana kita boleh bantu? Adakah dia selesa dengan kita? Apa lagi yang perlu dibaiki dalam hubungan ni?
Bahtera perkahwinan yang dibina pasti dilambung ombak. Jika tidak kukuh dan bersedia dengan rempuhan pasti karam sebelum tiba di destinasi.
Hala tuju sesebuah perkahwinan itu perlu jelas. Suami perlu jelas. Isteri pun perlu jelas. Jika salah seorang tidak jelas maka sangat sukar untuk kita mencapai matlamat.
Suami adalah ketua nakhoda. Kalian adalah pemimpin. Tanpa sokongan dari seorang isteri mustahil untuk kalian kemudi bahtera ini.
Cari masa berdua dan berbicaralah dengan si jantung hati. Pegang tangannya dan pandanglah kedalam matanya,
Semuanya perlu dibincangkan dengan teliti. Bila semua jelas, masing-masing akan faham peranan sendiri. Cinta lebih erat dan sayang pula makin menggebu.
Manis bila sekali sekala kita boleh membuka ruang bicara dan dapat mengungkapkan keinginan hati juga perasaan tanpa ada ketakutan.
Masing-masing bebas menyampaikan kisah diri, keinginan curahan hati, harapan dan nasihat kepada pasangan tanpa ada rasa takut atau khuatir.
Kadang kita takut nak menyampaikan hakikat atau keinginan kerana takut respon dia akan mengecewakan.
Mungkin akan dianggap remeh, berlebihan atau melukakan lalu akhirnya mengecewakan.
Memilih untuk diam menyebabkan kita dan pasangan tak dapat berkomunikasi. Bila semua didiam dan dibiarkan akhirnya nanti pada satu waktu akan meledak menjadi tegangnya rumahtangga.
Kejujuran dan ketelusan dalam hubungan itu penting supaya tiada prasangka. Masing-masing letakkan kepercayaan namun jangan sesekali hancurkan.
Jangan malas untuk berbicara kerana Insya Allah ianya akan membuahkan sebuah hasil yang sesuai dengan harapan.
Tolong kongsikan pada pasangan masing-masing betapa pentingnya cari masa berdua untuk berbicara dari hati ke hati. Hanya kau dan dia. Berdua.
Berbicaralah!
MW: Tak perlu nak ambil cuti atau tempat yang best untuk berdua, keluar makan bersama pun dah boleh membuatkan kia ‘we time’ bersama pasangan.
Sumber: Dr. Ahmad Samhan
-belajar meluahkan pada tersayang-
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita