Suami Isteri Kena Ada Simpanan 12 Bulan, Barulah Susah Nak MISKIN, Hubungan Pun Harmoni

Share

Macam mana caranya nak pastikan dapat buat simpanan 12 bulan. Kadang-kadang, dapat gaji, bayar hutang sana, sini dah tinggal berapa saja. Susah nak menabung sebab kena bayar apa yang wajib.

Kadang-kadang, bila fikir tentang duit pun boleh membuatkan suami isteri bergaduh. Apatah lagi bagi keluarga yang mempunyai anak ramai. Tapi semua itu rezeki yang telah ditetapkan.

Walaupun mungkin tak mampu untuk buat simpanan 12 bulan, tapi sekurangnya isteri yang bekerja dapat membantu suami ringankan beban pun dah cukup.

Isteri mana yang sanggup lihat bila suami nampak sesak. Mesti sedikit sebanyak akan bantu. Ingat, walaupun duit isteri, tapi tanggung jawab dalam memberi nafkah sudah tentulah di bahu suami. Jangan fikir, isteri bekerja mulalah lupa tentang tanggungjawabnya.

Itulah bezanya duit suami dengan duit isteri. Mentang-mentanglah isteri bekerja segala pembelanjaan rumah diserahkan sepenuhnya pada isteri. Sedangkan dia berhak untuk guna dan dapat tolong suami pun dah cukup baik.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Suami Jangan Kedekut Sedialah Simpanan Kecemasan, Bila Sakit Isterilah Dicari Bukan Orang Gaji!

Tak Sampai Hujung Bulan, Duit Habis, Cuba Tip Ini Hati Tetap TENANG, GEMBIRA

Info Lebih Menarik DI SINI

Simpanan 12 Bulan, Baru Bahagia Ke?

Beruntunglah kalau keluarga dapat buat simpanan 12 bulan. Tapi tidak bermakna tiada simpanan 12 bulan hidup suami isteri tak bahagia. Cuma, beruntungnya bila isteri bekerja dan ada duit untuk tolong suami.

Tapi jangan pula suami culas tanggungjawab pula.

Kalau tanya ustaz, duit suami adalah duit isteri.

Duit isteri? Adalah duit isteri.

Yang wajib tunaikan nafkah? Suami.

Isteri? Duitnya berhak jika dia nak peram sendiri.

Cuma, di awal perkahwinan, gaji suami masih kecil. Sebagai isteri, kita tak sanggup pun nak tengok suami susah sorang-sorang. Jiwa isteri memang begitulah.

Akak sendiri jenis yang sangat melindungi orang yang disayang. Bila suami nampak susah, isteri tak sanggup duduk diam. Tak sanggup kita tengok suami kesayangan berjuang sorang.

Itulah kelebihan isteri bekerja tak kira di pejabat atau di rumah. Isteri dapat bantu suami yang sesak.

Isteri niatkan sedekah. Daripada sedekah kat orang luar, kita sedekah pada pasangan dan anak-anak kita.

Sama-sama share.

Bila Pendapatan Suami Meningkat

Kemudian, masa berlalu.

Pendapatan suami meningkat.

Suami dah ada kemahiran buat dua tiga kerja.

Suami dah pandai buat business.

Dah naik pangkat, pendapatan dah besar?

Slow-slow isteri transfer balik kos perbelanjaan keluarga ke atas suami.

Duit isteri? Mula menabung dan menabung.

Hingga simpanan keluarga capai 12 bulan gaji x pendapatan suami isteri.

50% wang tunai
50% emas (dah ada akaun GAP ke belum?)

Keluarga yang ada simpanan 12 bulan, nak miskin tu susah. Hubungan suami isteri lebih harmoni.

Lepas tu?

Pendapatan suami meningkat lagi.
Jangan tingkatkan perbelanjaan.
Kekalkan gaya hidup yang sama.

Pendapatan suami meningkat lagi?

Isteri slow-slow transfer lagi tanggungjawab lain-lain. Akhirnya? Gaji isteri dah boleh fokus melabur. Kekayaan keluarga bertambah.

Begitulah…

Syaratnya?

Taat mesti bersyarat.

Suami Kenalah Bertanggungjawab

Suami tu mesti jenis yang bertanggungjawab.

Yang jujur dalam kewangan.

Miskin tak pe, janji rajin bekerja.

Setia dalam rumahtangga.

Jika lepas syarat begini, isteri bantulah.

Ini pengalaman macam mana akak dan suami atur kewangan keluarga kami sejak 17 tahun lepas. Hari ni? Suami isteri tak kerja pun boleh je lepak rumah tak buat apa-apa.

Alhamdullilah passive income kami melebihi hard earned income. Bahasa mudahnya?

Pencen makan gaji. Tak de la kaya raya, tapi sederhana dan tak menyusahkan sesiapa.

Ingat… Gaji isteri fokus pelaburan. Gaji suami? Fokus menyara keluarga. Kita nak suami masuk syurga bukan?

Akak memang biar suami take over semua bila dia dah mampu. Akak? Buat bodo-bodo…

Sampai masa, tambahkan aset hartanah dan emas sebagai kekayaan keluarga.

Hadiahkan suami apa yang dia add di cart shopping. Jaga kesetiaan dan fokus persaraan selesa.

Rezeki Bertambah-tambah

Secara realiti, bila suami berusaha sediakan kelengkapan semua, kita nampak rezeki suami berganda tak tahu dari mana. Pelik tetapi benar. Ini berlaku banyak kali dalam keluarga kami.

Bila masa susah dengan isteri ini, maka kekal je la dengan isteri yang sama pada waktu senangnya. Solat jemaah sama-sama, dinner mahal sama-sama, bercuti sama-sama dan bersara sama-sama. Jalan berpegang tangan, tadah salji kat luar negara.

Cinta itu sifatnya memberi. Cuma pastikan beri hanya pada yang MENGENANG BUDI.

Memberi hanya pada yang layak dicintai.

Begitulah…

Mingguan Wanita : Keadaan sekarang ini memang memerlukan suami isteri bekerja. Kalau suri rumah sekalipun mesti ada side income untuk dirinya sendiri mahupun bantu suami.

Sumber: Marlia Ramli

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora