Kekeluargaan

Suami Isteri Golongan Berusia Bercerai Angkara Orang Ketiga, Sedih Tapi Realiti

Share

Memang sedih apabila semakin ramai suami isteri golongan berusia bercerai angkara orang ketiga. Sedih tapi itulah realiti yang terjadi. Lebih dikesalkan masing-masing merupakan isteri mahupun suami orang.

Tidak menjaga batasan hubungan di media sosial antara puncanya. Hadamkan perkongsian daripada Pendakwah Ustaz Pahrol Mohamad Juoi ini sebagai pengajaran.

Suami Isteri Golongan Berusia Bercerai Angkara Orang Ketiga

SEDIH TAPI ITULAH REALITINYA. PERCERAIAN DI KALANGAN SUAMI ISTERI 40’AN, 50’AN MALAH 60’AN ANGKARA ORANG KETIGA SEMAKIN BANYAK TERJADI. PUNCANYA: SELINGKUH – MENCINTAI ATAU DICINTAI ISTERI ATAU SUAMI ORANG.

Hubungan haram itu selalunya bermula daripada perbualan di whatsapp, messenger dan lain-lain media sosial, yang mulanya sekali-sekala, kemudian makin akrab.

Hubungan tercela itu berpunca daripada program re-union (sekolah, IPT, TADIKA) , teman sepejabat, kumpulan sehobi (bela kucing, bertanam pokok dan lain-lain) atau kumpulan berniaga bersama.

Permulaan Perbualan Santai

PADA AWALNYA MEMANG PERBUALAN SANTAI, TIDAK ADA APA-APA, KEMULIAN MELERET-LERET SEHINGGA MESRA, BERCINTA, BERTEMU DAN ZINA.

Ingatlah, wahai suami orang, haram menghubungi isteri orang dengan tujuan bersuka-suka (kononnya hanya untuk berbual bertanya khabar). Wahai isteri orang, adalah tercela melayan lelaki selain suami mu walaupun atas alasan bekas teman rapat, sahabat akrab atau kenalan lama.

Daripada perbualan santai, akhirnya menjadi satu kenikmatan, terus jadi ketagihan. Datang pula rasa kosong bila tidak berhubung Awas, pada ketika itu pintu kecurangan sudah terbuka.

Jika ada lelaki lain di hati Sang isteri, jika ada wanita bersuami di hati Sang suami, terkutuklah perbuatan itu… kau akan menempa neraka. Sepandai-pandai bersembunyi, dosa itu akan terbalas jua!

Man neglecting his girlfriend and using his mobile phone in bed
Pasangan Berusia, ‘Kelihatan’ Beragama Juga Selingkuh

Saya menyentuh isu selingkuh sebab ia paling banyak berlaku. Bukan sahaja pada pasangan muda, tetapi juga yang sudah berusia. Bukan sahaja yang jahil, tetapi yang kelihatannya beragama – berjubah, bertudung labuh dan berlatar belakang agama.

Kepada kaum suami, kita pesankan jagalah maruah isteri orang lain. Menaruh hati kepada isteri orang ialah satu penyakit hati. Kemesraan dan keprihatinan perlu diberi kepada isteri sendiri.

Kepada kaum isteri, jagalah maruahmu. Di mana kau letak rasa malumu? Hingga tergamak kau habiskan masa berceloteh, mengadu, bercanda akhirnya bermesra dengan membelakangkan suamimu yang halal?

Jangan berhujah yang engkau tidak tahu, tidak ada apa-apa, hanya saja-saja, sedangkan hati kecil mu telah pun membisikkan bahawa semua itu salah kerana menentang fitrah dan mengundang fitnah.

Sekali pasangan mu terluka, bukan mudah untuk disembuhkan apalagi dimaafkan serta dilupakan. Kau telah berlaku zalim kepadanya. Kau telah mengkhianati kepercayaannya.

Sedih Tapi Realiti

Jangan sekali-kali beralasan, kesunyian, pasangan tidak pandai membelai, tidak empati, tidak cantik, hilang aura dan sebagainya. Itu semua madah syaitan.

PERCAYALAH, KEMANISAN YANG KAU CICIPI DALAM SEMBUNYI PASTI TERBONGKAR JIKA TIDAK DI DUNIA, PASTI DI PADANG MAHSYAR. DI SANA KAU AKAN MERANGKAK MEMOHON BELAS KASIHAN PASANGAN MU…DENGAN PENUH HINA DAN KASIHAN MOHON KEAMPUNAN.

Ada yang bertanya, mengapa saya begitu serius tentang isu selingkuh ini?

1.Re-union Sekolah

Saya pernah bertemu seorang lelaki separuh umur menangis teresak-esak selepas solat Dhuha di sebuah masjid. Bila saya dekati dan bertanya mengapa?

Dia menjawab, “Saya sangat sedih, isteri saya meninggalkannya kami anak beranak selepas kembali bercinta dengan kekasih lamanya zaman sekolah.” Puncanya, perbualan biasa selepas re-union sekolah.

2. Kekasih Lama (Cinta Terhalang)

Saya pernah bertemu seorang sahabat (ustaz) yang berada dalam dilema bila bekas kekasih lama muncul kembali menagih cinta lama yang masih membara(baca: old fire).

Cinta mereka terpisah kerana dihalang ibu-bapa. Dia berkata, “kami terlalu mencintai.”

Saya memujuknya dengan berkata, “dia ada suami. Ustaz ada isteri. Anak masing-masing pun berderet. Hendak diapakan cinta itu?”
Bila dia memberi pelbagai alasan, saya terus menegaskan, “cinta bukan Tuhan. Hingga segala kehendaknya perlu diturutkan.” Bagaimana bertemu kembali? Lewat FB.

3. Hubungan Lelaki Lain

Saya pernah menghadapi seorang suami yang begitu terluka apabila mengetahui isterinya yang begitu disayanginya punya hubungan dengan lelaki lain.

Bila saya bertanya, sejauh mana perhubungan itu, dia menjawab, “belum ada hubungan badan, dating dan sebagainya. Tetapi mereka saling meluahkan perasaan, bertukar-tukar gambar dan berkongsi cerita masa lalu dan kini.”

Bila saya katakan tidak mengapa, kerana belum serius. Suami itu menjawab, “tetapi saya tidak sangka sama sekali isteri saya sanggup melayan hingga begitu sekali. Saya bertungkus lumus mencari rezeki, dia bersuka-suka, bergurau dan bercanda dengan lelaki lain.”

Masih cinta? Tanya saya. Bila dia mengiyakan saya pun berkata, “maafkan, jangan berdendam. Jika boleh belajar melupakan. Jika melupakan terlalu sukar, tidak mengapa. Tetapi jangan sampai itu semua mempengaruhi perjalanan rumah tangga selepas ini. Move on!” Pertemuan, lewat aplikasi messenger.

4. Selingkuh Rakan Sekerja

Ketika menjalankan program-program latihan lebih 24 tahun pada organisasi swasta dan kerajaan, banyak sekali saya temui kes selingkuh sesama rakan sekerja yang melibatkan isteri dan suami orang.

Saya melihat sendiri justifikasi Rasulullah SAW berpesan tentang hal ini pada khutbah baginda yang terakhir. Pada hal ketika itu, Islam sudah sampai ke kemuncaknya dan bibit-bibit empayar Islam sudah kelihatan.

Namun pesan Rasululllah SAW kembali kepada basic – soal asas dan teras – soal rumah tangga. Suami diingatkan, tentang kewajiban memberi nafkah, memberi kasih sayang, berlembut dan melayan isteri dengan baik. Bertanggung jawab.

Manakala isteri, dipesan dua perkara: Jangan membawa masuk orang yang tidak disukai suaminya ke dalam rumah dan dilarang melakukan zina! Jaga ikhtilat.

Hancur rumah tangga, hancur ummah. Justeru, kamu yang terbaik ialah kamu yang terbaik kepada keluarganya, begitu wasiat Rasululllah SAW.

Ikhtilat Media Sosial

Semasa forum Maulidur Rasul di PPUM baru-baru ini, Dai Anas (yang menjadi moderator) juga meluahkan kebimbangannya tentang kes-kes selingkuh yang semakin meningkat.

MENURUTNYA, ITU YANG DINYATAKAN OLEH SEORANG PAKAR KAUNSELING YABG TERSOHOR TANAH AIR – HAJI HUSYIM YANG BANYAK BERDEPAN DENGAN KES-KES PERCERAIAN ANGKARA ORANG KETIGA. PUNCANYA, IKHTILAT DI DALAM SOSIAL MEDIA!

Marilah kita berdoa, yang terlanjur silap, kembali bertaubat. Yang masih degil, menyedari kesalahan dan terus istighfar. Ya Allah, kerana cinta ku katakan jua hakikat yang pahit ini. ‘Auzubillah.

Sumber: Pahrol Mohamad Juoi

 

Published by
Has