Hebatnya bila tengok orang pakai kereta mewah. Sedangkan kita pakai kereta biasa-biasa saja. Mampu atau tidak lain cerita, sebab ada juga yang sanggup pakai, kononnya ‘biar papa asal bergaya’.

Tapi kalau kita jenis yang kedekut tapi cerdik, ada alasan tertentu untuk pakai kereta biasa-biasa. Tak perlu nak berlumba-lumba pun. Takutnya beli kereta mewah hanya jadikan hiasan kat ‘porch’ kereta je.

Inilah perkongsian menarik daripada Dr Azizul Azli Ahmad yang mana suami isteri punyai kerjaya hebat dan gaji tinggi. Tapi, lebih memilih guna kereta biasa-biasa saja. Langsung tak kisah dengan apa orang kata. Paling penting, dia kedekut yang cerdik dan ada alasan tersendiri.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Pendapatan Pernah Cecah RM200K Sebulan, Industri Kereta Sewa Bukanlah Bisnes ‘Budak Tak Sekolah’

Sayang Anak, Ayah Sanggup Pecahkan Cermin Kereta Selamatkan Anak Tertidur Dari Dalam

Info Lebih Menarik DI SINI

Kereta Biasa-Biasa, Biarlah Orang Kata!

Saya ada seorang sahabat. Suami isteri bekerja sebagai doktor perubatan. Anda boleh bayangkan gaji keduanya selepas 5 tahun bekerja. Saya fikir mungkin mencecah 9K sebulan untuk keduanya tak termasuk dengan “menoreh” di malam hari atau di hujung minggu di klinik-klinik swasta.

Apa yang menariknya, si Zaman (bukan nama sebenar) ni sangat KEDEKUT. Namun saya seronok lihat dia dengan idea kedekutnya. Di saat para doktor yang lain mula tukar kereta. Ada pakai City, Civic, Perdana, Preve, Vios dan ada juga yang pakai Alphard.

Ads

Dia hanya membeli sebuah kereta Kelisa 2nd untuk kegunaan suami isteri. Ada juga sebiji motor kapcai bawah 110cc untuk kegunaan ke Masjid dan Surau serta ke kedai runcit.

Saya pernah tanya si Zaman ni. Kenapa tak pakai kereta yang mewah dan besar sikit. Anak dah masuk 2 orang dah. Doktor-doktor lain kebanyakan kereta mewah, cikgu-cikgu pun sama naik dengan doktor dari segi berkenderaan ni.

Dia jawab pada saya, kereta Kelisa dah habis bayar. Buat 5 tahun sahaja. Suami isteri kerja di tempat yang tak jauh sangat. Suami naik motor isteri pandu kereta. Nak balik kampung pun, masih dalam negeri yang sama dengan tempat bertugas. Kelisa dah cukup untuk balik berziarah.

Saya tanya lagi. Kalau nak jalan jauh-jauh? Nak bawa anak-anak dan keluarga mentua macamana? Mampukah Kelisa nak bawa ramai-ramai? Jawapan yang sangat KEDEKUT dia berikan pada saya.

Kereta Mewah Tersadai Di Rumah

Ads

Kerja sebagai doktor cuti tak banyak dan tidak semudahnya untik ambil. Boleh jalan-jalan namun bukan untuk tempoh yang panjang. Jadi katanya “aku sewa Alphard”. Dalam 3 hari sekitar RM1000 kalau pandai bodek dengan owner kereta. Wah! Tentu rugi. Baik kau beli sendiri Zaman.

Caranya begini untuk KEDEKUT. Kalau beli Alphard 2nd untuk tahun 2012. Harga sekitar RM189K. Kalau buat loan 9 tahun. Mahu dalam RM2K sebulan nak kena bayar. Sedangkan Dr Zaman hanya pergi kerja dengan motor. Orang rumah dengan Kelisa. Maka si Alphard ni akan tersadai di rumah. Digunakan beberapa kali sahaja dalam seminggu. Bahkan untuk long distance hanya beberapa kali sahaja sebulan. Rugilah katanya.

Walaupun dia hanya sewa Alphard dengan harga RM1000 untuk sekali sewa. Namun itulah harga yang dia kena bayar sekali untuk setahun iaitu hanya pada percutian keluarga. Sedangkan owner Alphard bagi kegunaan individu perlu bayar bulan-bulan walaupun pandu sekejap-sekejap dan jarang-jarang. Roadtax kena tanggung, service kena bayar, tayar kena ganti. Wah, sangat KEDEKUT si Zaman ni.

9Lebihan gaji bulanan dia dan isteri mula menambah aset positif. Sudah ada kediaman peribadi, tanah bendang yang dibeli dan di sewakan, melabur dalam amanah saham dan juga lain-lain demi masa depan.

Keluarga akan terus berkembang katanya. Nanti anak dah ramai kita fikir pula cara lain untuk selesakan keluarga. Nasihat dia untuk saya dan saya kongsikan buat semua.

Ads

Jangan tambah aset yan menjadi liabiliti dalam hidup semata-mata untuk jaga apa yang orang nak kata pada kita. Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.

Idea ni memang sangat KEDEKUT namun jika kena gayanya Kedekut sudah jadi CERDIK. Pentingnya aliran tunai yang sihat dalam kehidupan kita. Idea ini tak semestinya tepat 100% dengan kita namun boleh diubah suai.

Kredit :
Nazmie Samarahan
* Saya ubahsuai nama dan jalan cerita.

Mingguan Wanita : Tak perlu nak berlumba-lumba nak tunjuk kereta hebat. Yang tanggung hutang kita. Kena berkira-kira, daripada habiskan duit untuk tunjuk kereta mewah, lebih baik simpan ke arah yang lebih baik.

Sumber: Azizul Azli Ahmad

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI