Kekeluargaan

Suami Isteri Bila Dalam Keadaan Marah, Cuba Lakukan Perkara Ini, Nampak Mudah Tapi Beri Impak

Share

Suami isteri bila dalam keadaan marah

, cuba lakukan perkara ini, nampak mudah tapi beri impak. Masalah rumah tangga bermacam ragam. Semuanya bermula daripada pergaduhan kecil yang diperbesarkan dan tidak kurang juga perkara remeh yang diangkat menjadi bahan utama dalam pergaduhan sedangkan hakikatnya ia boleh diselesaikan dengan mudah.

Suami Isteri Bila Dalam Keadaan Marah

Mesej tidak berbalas, lambat angkat telefon atau terlupa buang sampah misalnya menjadi sebahagian kisah remeh rumah tangga yang tidak perlu diperbesarkan. Remeh namun apabila acap kali diulang perbuatan yang sama, ianya mampu memberi impak dalam hubungan.

Bagaimana tip yang seharusnya anda lakukan apabila melalui saat-saat ini? Berfikiran matang dan rasional antara yang seharusnya dilakukan oleh anda.

Usah terlalu ikutkan perasaan dan emosi yang datang menerpa. Ingat bahawa setiap tindakan anda, syaitan juga sentiasa menghasutnya. Fikirkan.

Cuba Lakukan Perkara Ini, Nampak Mudah Tapi Beri Impak

Ubah Posisi

Kalau sudah marah semua benda jadi tidak menentu. Itulah kisahnya dengan sekeping hati. Marah itu datangnya daripada syaitan. Apa kata ambil masa untuk diri sendiri dengan beristigfar sambil menenangkan diri. Jika perlu, beralihlah daripada tempat duduk dan ubah posisi kedudukan atau pilihlah untuk berdiri atau melakukan kerja-kerja lain.

Pandang Sudut Positif

Bergaduh itu perlu supaya pasangan lebih saling memahami akan kehendak masing-masing. Lama kelamaan, pasangan akan mula memahami rentak pasangan masing-masing.

Lebih baik daripada hanya mendiamkan diri dan akhirnya menyalahkan pasangan. Berbalahlah namun biar berpada. Ambil masa untuk kembali ceria semula dalam tempoh sesegera mungkin.

Bezakan Remeh Dan Tidak

Masalah remeh-temeh yang tidak sepatutnya anda ambil pusing sebaiknya janganlah diberikan perhatian lebih. Anda patut lebih tahu apa perkara remeh dalam kehidupan anda.

Soal tuala tidak tersidai, baju tidak digantung atau baju kotor tidak dimasukkan ke dalam bakul tidak perlulah diperbesarkan dan diungkit ketika berbalah. Fikir lebih rasional.

Mudahkan Fikiran

Fikir sahaja bahawa setiap pergaduhan kecil lagi remeh akan hanya menyesakkan fikiran anda. Buang jauh ketepi dan bertindaklah seperti biasa.

Anda bukan lagi pasangan tidak matang dan gemar melayan perkara remeh temeh. Banyak lagi perkara lebih berat yang perlu difikirkan.

Tegur Cara Baik

Ketika pergaduhan kecil lagi remeh ini, tegurlah pasangan secara baik lagi berkhemah. Menegur itu perlu agar dia tahu perbuatannya kurang disenangi anda. Namun cubalah ayat sehabis baik untuknya. Buat kelakar atau sindiran berbentuk gurauan adalah teguran paling sesuai untuk menegur.

Jangan Panjangkan

Jangan biarkan hal-hal remeh ini berlarutan lama sehingga dua atau tiga hari. Banyak lagi perkara lain yang perlu anda selesaikan. Ruginya apabila anda melepaskan masa bersama. Cuba fikir kebaikannya selama ini kepada anda.

Ambil Masa

Ketika emosi sedang ‘hangat’, ada baiknya anda redakan seketika hati dengan berdiam diri terlebih dahulu sambil mengimbau detik manis. Ambil masa anda sebaiknya dan pulihlah segera. Jangan mengambil masa terlalu lama untuk reda.

Berdiam diri, jangan membalas, elakkan meninggikan suara, bercakap dengan baik serta bersifat memaafkan adalah laluan yang dapat menyelesaikan masalah pergaduhan kecil ini. Abaikan hasutan lain yang merosakkan rumahtangga anda. Kebahagiaan di tangan anda!

Baca juga artikel lain:  Isteri Marah, Jerit Pada Anak, Sebenarnya Dia Nak Perhatian Suami Dan KEBERSAMAAN Urus Rumahtangga

Diuji Masalah Kewangan, Suami Rasa Berdosa Marah Isteri Hanya Kerana Beli Ayam Drummet RM20

Tip Nak Belajar Di Sekolah Cina, Mak Ayah Perlu Tenang Kalau Anak Kena Marah Dengan Cikgu. Itu Budaya Biasa

 

“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.

 

Published by
Has