Suami isteri bila bergaduh, jangan mengadu pada mak ayah, bimbang makin buruk, selesaikan sendiri. Tidak dinafikan, setiap pasangan suami isteri pasti akan berhadapan dengan konflik atau perselisihan faham dari semasa ke semasa.
Namun, cara menangani masalah ini memainkan peranan besar dalam menentukan keharmonian rumah tangga. Salah satu kesilapan yang sering berlaku ialah mengadu masalah rumah tangga kepada ibu bapa. Walaupun niatnya mungkin untuk mencari nasihat atau sokongan, tindakan ini boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk.
Sesetengah pasangan, bila ada masalah atau berselisih faham, mulalah mengadu pada mak ayah. Biasanya bila pasangan ini ‘anak mak’ atau kesayangan. Namun ada juga pasangan yang lebih selesa selesaikan sendiri atau pendamkan saja.
Apa yang menakutkan apabila ada pasangan mengadu pada mak ayah hanya kerana perkara kecil dan ia ditokok tambah pula oleh ahli keluarga lain. Inilah yang boleh membawa kepada masalah penceraian.
Bila sudah hidup berumah tangga, berselisihan faham dan bertikam lidah itu adalah asam garam kehidupan. Inilah yang membuatkan pasangan bertambah matang. Tapi ia akan jadi sebaliknya bila pasangan tak reti nak selesaikan masalah rumahtangga sehingga sanggup melibatkan ahli keluarga dan mengadu pada mereka.
Inilah yang dikatakan oleh Normaliza Mahadi dalam perkongsian tentang pasangan yang suka mengadu pada mak ayah. Ada benarnya. Kenalah matang dan bertanggungjawab.
Mengadu Pada Mak Ayah Ada Baik Buruknya
Bila dapat pasangan suka mengadu hal rumahtangga dekat mak ayah ni memang sulit. Semua benda nak diadukan. Hal kecil mengadu dan hal besar pun mengadu.
Lepas tu mak ayah pula tak melepaskan peluang untuk menambah cili api yang kalau gigit memang tersingai. Bertambahlah masalah. Elok hanya bersengketa dengan pasangan, sekarang tambah pula sengketa dengan ibu bapa pasangan.
Ibu bapa pun tak terhenti di situ, dihubungnya pulak masalah ni dengan besan. Dah besan tak bertegur sapa sebab masalah anak-anak.
Lepas tu ipar duai pun sama. Robohlah ikatan dua keluarga.
Tapi yang anehnya si kuat mengadu tu masih pulak dengan pasangan. Tidak pulak ditinggalnya orang yang dia sendiri buruk-burukkan.
Lepas habis satu aduan, dia akan tambah lagi beberapa aduan.
Kena Ada Rasa Tanggungjawab
Beginilah,
Sebenarnya, kalau nak kahwin kan, kahwinlah dengan pasangan yang sudah bersedia nak jadi suami dan isteri. Pasangan yang tahu tanggungjawab hidup dan mati dan pasangan sudah tahu makna berdikari. Jadilah pasangan yang matang dalam menjaga keharmonian rumahtangga dan pasangan yang dah ready nak jadi ibu dan bapa.
Pasangan yang dari awalnya tahu apa nak bagitahu pada ibubapa dan apa yang kena settle dalam rumahtangga. Bila pasangan yang tahu bila nak merajuk dan tahu bila nak memujuk dan pasangan yang nak jaga diri sama ada dalam baik dan buruk.
Yang dari awal pengenalan dan nampak bingai dalam segala hal, kau tinggalkan ajelah dik. Tunggulah yang lain. Kalau tak datang yang lain, maknanya jodoh belum lagi tertakdir.
Kau teruskan ajelah hidup single.
Sumber: Normaliza Mahadi
Baca artikel lain juga: Pasangan Semakin Tawar Hati, Jangan Pandang Ringan, Segeralah Baiki Hubungan Suami Isteri
Suami Isteri Bertengkar Ada Manfaatnya, Kajian Buktikan Hubungan Jadi Lebih Utuh
Suami Isteri Jadi Pelengkap Antara Satu Sama Lain, Hidup Berumah Tangga Ada Pasang Surut
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.