Kekeluargaan

Suami Isteri Bertengkar Ada Manfaatnya, Kajian Buktikan Hubungan Jadi Lebih Utuh

Share

Suami isteri bertengkar ada manfaatnya, kajian buktikan hubungan jadi lebih utuh. Mungkin ramai pasangan menilai bahawa dengan bertengkar akan memburukkan lagi keharmonian sesebuah hubungan.

Suami Isteri Bertengkar Ada Manfaatnya

Bagaimanapun pertengkaran suami isteri juga sebenarnya menyimpan manfaat tersendiri dalam hubungan perkahwinan. Hal ini kerana tidak semua pertengkaran itu memburukkan keadaan. Yang pasti tidak ada pasangan pun yang ingin bertengkar dalam rumah tangga.

Menurut kajian psikologi, pertengkaran diperlukan untuk menyedarkan seseorang daripada kesalahan sehingga membuatkan mereka mempunyai keinginan untuk berubah.

Kenyataan ini bukanlah untuk menggalakkan anda bertengkar dengan pasangan. Setidak-tidaknya anda dan pasangan mampu memahami apa sebetulnya hikmah di sebalik pertengkaran yang terjadi.

Kajian Buktikan Hubungan Jadi Lebih Utuh

Pertengkaran dengan pasangan juga dapat menjadikan hubungan cinta lebih sihat dan hati menjadi lebih lega. Kajian yang dilakukan oleh Florida State University mengatakan bahawa mengekspresikan kemarahan saat bertengkar berkemungkinan besar mampu menyelesaikan masalah lebih cepat jika dibandingkan dengan pasangan yang lebih banyak memendam perasaan.

Ketika bertengkar selalunya pasangan akan bersikap jujur dengan mengeluarkan emosi yang dirasakannya. Ini akan membuatkan anda berdua mampu untuk memahami serta mengenali pemikiran dan sifat pasangan antara satu sama lain.

Ahli pernikahan yang juga penulis buku What About Me? Stop Selfishness from Ruining Your Relationship bernama Jane Greer, Ph.D. mengungkapkan dalam majalah Women’s Health, “Jika anda belajar berdebat dengan sihat sejak dari awal hubungan, anda akan belajar banyak mengenai sudut pandang masing-masing.”

Pasangan yang memilih untuk memaafkan dan melupakan masalah tanpa menyelesaikan masalah tersebut ketika bertengkar, akan lebih mengalami perceraian di kemudian hari kerana pertengkaran yang sama akan terus berulang kembali.

Percayalah, tidak ada pasangan yang sempurna dan tiada ada mana-mana perkahwinan yang tidak berdepan dengan pertengkaran. Dengan manfaat ini bukanlah alasan untuk anda berdua selalu bertengkar sebaliknya jadilah pertengkaran sebagai proses untuk anda berdua membaiki diri menjadi pasangan yang lebih baik antara satu sama lain.

Baca juga artikel lain: Sekat WhatsApp Isteri Bila Bertengkar, Raffi Ahmad Kongsi Rahsia Rumahtangga. Elak Gaduh Jadi Besar

Mak Ayah Suka Bertengkar Depan Anak, Bila Besar Anak Cenderung Pemarah!

Sebelum Bertengkar, Suami Isteri Buat Tiga Perkara Ini Gerenti LEMBUT HATI!

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Memang aku dah gila mak..hitam dah mak hidup aku..” – Kamariah Md Yatim
Ditinggalkan suami tanpa sesen kerana tidak cantik. Ibu anak 8 ini hampir mer4cun anak-anaknya sendiri kerana ketiadaan duit untuk membeli makanan.
Nantikan Vodcast Sembang Wanita Xtra Bersama Usahawan Daun Pandan pada 15 Mei 2024,8pm.

 

 

Published by
Has