Setiap suami isteri menyimpan impian mempunyai cahayamata ketika membina alam rumah tangga. Malah melakukan hubungan intim juga salah satu cara mengeratkan hubungan kemesraan bagi suami isteri.
Namun begitu, Islam menggariskan beberapa perkara agar tuntutan nafsu itu tidak berlebihan atau menyalahi hukum. Umpamanya melakukan hubungan ganas, memasukkan sesuatu ke lubang anusnya, mendatangi isteri di dalam haid dan lain lagi.
Dalam mendapat keberkatan dalam perhubungan dan memperoleh zuriat yang baik, digalakkan suami isteri membaca doa ini dahulu sebelum melakukan hubungan intim agar anak yang terjadi dari perhubungan itu tidak dicelakakan oleh syaitan.
Pasangan suami isteri digalakkan membaca doa ini. Dari satu hadis dari ibnu Abbas r.a bahawa Nabi mengajarkan doa ini.
بِاسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبْ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا
“Bismillahi, Allahumma jannibnasyaithana, wa jannibisyaithana maa razaqtanaa”
Ertinya: Ya Allah, jauhkanlah kami dari setan dan jauhkanlah setan dari apa yang engkau rezekikan kepada kami (anak),”
Dengan membaca doa ini, apabila pasangan suami isteri dikurnikan keturunan oleh Allah SWT dari hubungan diadakan, maka setan tak akan dapat mencelakakan anak itu (Hadith Riwayat Al Bukhari no 6388 dan Muslim no 1434).
Ketika pasangan sudah keluar air maninya, diwajibkan juga berdoa agar air mani yang keluar boleh. Ini doa ketika mengeluarkan air mani:
اَللّهُـــمَّ اجْعَــلْ نُطْفَتَــنَا ذُرّ ِيَّةً طَيِّــبَة
“Allahummaj’alnuthfatna dzurriyyatan thayyibah”.
Erti dari doa ini adalah Ya Allah, semoga sperma yang kami keluarkan boleh menghasilkan keturunan yang baik.
BACA SINI : – Jika Lakukan Perkara Ini, Sekaligus Membuka Ruang Pada Bakteria & Berlakunya Jangkitan Pada Bahagian Intim
Suami Usia 80 Tahun Kelar Leher Isteri Hanya Kerana Tolak Ajakan Hubungan Intim!
Dalam pada itu, selepas selesai melakukan hubungan jima’, sekali lagi suami isteri digalakkan membaca di atas nikmat syukur kerana berupaya melakukan hubungan intim hingga pasangan merasai kepuasan masing-masing dan bukannya terbaring atau tertidur selepas melakukannya.
Doanya ialah:-
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ خَلَقَ مِنَ المْـَــاءِ بَشَـــرًا
“Alhamdulilahi Lladzii Khalaqa Minal Maa I Basyaraa
Bermaksud Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan air mani ini menjadi manusia (keturunan).
Semoga Allah memelihara diri kita, pasangan dan zuriat keturunan kita menjadi sebaik-baik hamba Allah yang soleh.
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.