Berita

Suami Ina Naim, Suhaimi Saad Meninggal Dunia

Share

Suami Ina Naim, Suhaimi Saad Meninggal Dunia. Al-fatihah dan salam takziah diucapkan buat Ina Naim atas pemergian suami tercinta.

Sangat menggemparkan apabila dikhabarkan bekas anggota kumpulan In-Team, Suhaimi Saad telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 7.40 malam tadi.

“Innalilllahi wainna ilaihi rojiun, sahabat kita yang mulia Mohd Suhaimi Saad bekas anggota kumpulan Inteam baru sahaja kembali ke rahmatullah pada pukul 7.40 malam tadi di Hospital Sultan Ismail Johor Bharu.
“Marilah sama-sama kita doakan agar roh almarhum ditempatkan bersama para anbiya dan solehin di syurga,” begitulah yang dipetik dari Facebook Munsyid Malaysia.

Allahyarham Suhaimi meninggalkan balu (Ina Naim) beserta empat orang anak hasil perkahwinan arwah dengan Ina Naim pada tahun 2007.

Salam Takziah Buat Ina Naim

Sebelum ini Allahyarham Suhaimi difahamkan ditidurkan dan bergantung bantuan pernafasan di ICU di sebuah hospital di Johor.

Sebelum ditidurkan Allahyarham Suhaimi sempat memohon maaf pada 5 November lalu menerusi akaun TikTok miliknya.

“SS (Suhaimi Saad) minta maaf zahir dan batin dari korang (anda) semua. Terima kasih atas perkenalan dan segala kebaikan korang,” tulis Suhaimi.

Bekas anggota nasyid kumpulan In-Team itu dilaporkan sudah ditidurkan dan bergantung alat bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Johor kerana mengalami kegagalan organ dalaman.

Khabarnya Suhaimi mengalami masalah batuk kronik sejak empat bulan lalu dan cirit-birit sejak tiga bulan lalu serta berat badannya turun mendadak.

Dek kerana keadaanya yang amat membimbangkan bapa Ina telah membawa Allahyarham Suhaimi ke Johor untuk mendapatkan rawatan.

Baca Disini : Penyanyi Suhaimi Saad Jelaskan, Kenapa Tak Hantar Anak Ke Sekolah Kerana 7 Sebab Ini!

Ina Naim Setia Di Sisi, Masalah Kesihatan Mata Kronik Bataskan Penglihatan & Pergerakan Suhaimi

 

 

Follow kami di TELEGRAM

, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Tip rumahtangga bahagia dan harmoni kata Bella suami isteri kenalah saling tolong menolong buat apa kerjapun kenalah bersama-sama.

Published by
Norhayati Suboh