Suami Ina Naim, Suhaimi Saad Meninggal Dunia. Al-fatihah dan salam takziah diucapkan buat Ina Naim atas pemergian suami tercinta.
Sangat menggemparkan apabila dikhabarkan bekas anggota kumpulan In-Team, Suhaimi Saad telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 7.40 malam tadi.
“Innalilllahi wainna ilaihi rojiun, sahabat kita yang mulia Mohd Suhaimi Saad bekas anggota kumpulan Inteam baru sahaja kembali ke rahmatullah pada pukul 7.40 malam tadi di Hospital Sultan Ismail Johor Bharu.
“Marilah sama-sama kita doakan agar roh almarhum ditempatkan bersama para anbiya dan solehin di syurga,” begitulah yang dipetik dari Facebook Munsyid Malaysia.
Allahyarham Suhaimi meninggalkan balu (Ina Naim) beserta empat orang anak hasil perkahwinan arwah dengan Ina Naim pada tahun 2007.
Salam Takziah Buat Ina Naim
Sebelum ini Allahyarham Suhaimi difahamkan ditidurkan dan bergantung bantuan pernafasan di ICU di sebuah hospital di Johor.
Ads
Sebelum ditidurkan Allahyarham Suhaimi sempat memohon maaf pada 5 November lalu menerusi akaun TikTok miliknya.
“SS (Suhaimi Saad) minta maaf zahir dan batin dari korang (anda) semua. Terima kasih atas perkenalan dan segala kebaikan korang,” tulis Suhaimi.
Bekas anggota nasyid kumpulan In-Team itu dilaporkan sudah ditidurkan dan bergantung alat bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Johor kerana mengalami kegagalan organ dalaman.
Khabarnya Suhaimi mengalami masalah batuk kronik sejak empat bulan lalu dan cirit-birit sejak tiga bulan lalu serta berat badannya turun mendadak.
Dek kerana keadaanya yang amat membimbangkan bapa Ina telah membawa Allahyarham Suhaimi ke Johor untuk mendapatkan rawatan.
Dakwa Tekanan Perasaan Ibu Tekup & Cekik Anak Sampi Mati Selepas Bermalam Dengan Kekasih. Entah apa yang merasuk fikiran seorang ibu sehingga sanggup menyeksa dan membunuh anak sendiri yang masih bayi.
Seorang ibu muda ditahan bersama teman lelakinya kerana disyaki menekup dan mencekik anaknya selepas bermalam bersama kekasihnya di sebuah kondominium di Cyberjaya di sini pada 12 Januari lalu.
Dalam Proses Penceraian
Difahamkan, suspek yang berusia 20 tahun bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta sedang dalam proses penceraian selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang merupakan seorang penganggur.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, dalam keterangan awal suspek yang berusia 20 tahun mendakwa mangsa terjatuh dari sofa sebelum dihantar ke Hospital Cyberjaya bagi menerima rawatan.
“Sekitar jam 11.30 pagi doktor berkenaan telah menerima seorang pesakit kanak-kanak lelaki berusia satu tahun enam bulan yang dihantar oleh ibu kandungnya dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Hasil pemeriksaan awal, doktor berkenaan mendapati ada pendarahan di kedua-dua belah anak mata yang berkemungkinan disebabkan oleh penderaan dan pesakit berada dalam keadaan kritikal,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof
Meninggal Selepas 3 Hari
Wan Kamarul berkata, pihaknya menerima laporan daripada pasukan perubatan Hospital Cyberjaya pada Ahad selepas kanak-kanak malang berkenaan disahkan meninggal dunia setelah tiga hari menerima rawatan.
Katanya, sejurus menerima laporan, pihak polis cuba menghubungi kembali ibu mangsa yang merupakan suspek utama, namun gagal malah wanita itu juga tiada di alamat kediaman yang diberikan.
“Hasil maklumat risikan, pihak polis membuat serbuan di sebuah rumah flat di Putra Perdana, Dengkil dan berjaya menahan suspek sekitar jam 12.15 pagi pada 16 Januari.
“Suaminya turut ditahan pada hari sama,” katanya.
Dakwa Alami Tekanan Perasaan
Beliau berkata, hasil soal siasat suspek mengaku menekup muka mangsa menggunakan bantal semasa anaknya sedang tidur kerana mengalami tekanan perasaan akibat masalah rumah tangga serta keluarga.
“Bedah siasat mendapati terdapat kesan kecederaan pada mangsa di bahagian pipi, gusi, dahi dan belakang pelipat kaki kanan.
“Terdapat juga kesan calar di pipi kiri serta lebam di leher dipercayai akibat dicekik.
“Punca kematian disebabkan asfiksia ataupun kekurangan oksigen dipercayai berpunca dari tindakan ibu mangsa menekup muka mangsa,” ujarnya.
Katanya, suami suspek yang berusia 20 tahun telah dibebaskan dengan jaminan polis kerana dipercayai tidak terlibat berikutan tiada di lokasi semasa kejadian berlaku.
“Teman lelaki suspek yang merupakan seorang pelajar kolej berusia 21 tahun bagaimanapun tidak mengaku terlibat.
“Dia hanya hadir ke rumah yang dijadikan rumah inap berkenaan untuk bermalam dengan suspek dan semasa kejadian lelaki berkenaan telah beredar,” katanya.
Beliau berkata, suspek dan teman lelakinya direman tujuh hari bermula 16 Januari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (membunuh).
Agak-agak kalau anda atau anak-anak batuk teruk anda lebih suka ambil ubat atau amalkan sejenis petua tradisional? Kalau diikutkan petua dari Puan Raabiatul Adawiyah Abu Bakar ini, minuman ini cukup mujarab rawat batuk-batuk. Jom tengok macam mana cara nak buat…
Dah 2 3 minggu batuk sampai jiran sebelah bagi benda ini, resepi untuk batuk/MINUMAN KESIHATAN katanya. Bahan pun tak banyak, jiran ni Chinese.
Ini bahan-bahan nak buat:
Balang kaca bersih
Limau kasturi (40 ke 50 biji)
Gula batu (1paket biasa)
Asam boi (1paket agak-agak ada dalam 50biji)
TAK PERLU CUKA AIR ATAU SEBAGAINYA
Cara-caranya:
1. Basuh limau kasturi kemudian letak dalam dulang atau talam jemur 2-3jam tujuan untuk lembutkan kulit, potong hujungnya pastikan perkakas tak ada sebarang air untuk mengelak kan dia berkulat)
2. Perah limau tadi tapis buang bijinya dan masuk dalam balang yang kering dan bersih.
3. Susun cara layer gula batu, asam boi dan kulit limau yang dah perah tadi dalam bekas yang sama tutup dan biar JANGAN USIK SELAMA 3BULAN!
4. Akhir sekali, simpan di tempat bersuhu bilik tak perlu PETI AIS.
Cara minum untuk batuk/sekadar buat minuman kesihatan, sila ambil isi dan jus dia sikit masuk dalam gelas tuang air panas suam then minum. Serius sedap!
NOTA:
Jiran kata lain orang lain cara buatnya. Boleh share komen kalau tahu cara lain, ya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Julia Farhana teruja & tak sabar bakal tunai umrah bersama suami tersayang. Apabila sampai seruan untuk menjadi tetamu Allah SWT di Tanah Suci sama ada bagi mengerjakan umrah atau haji, tunaikanlah tuntutan itu kerana InsyaAllah dengan izin-Nya, semua urusan serta perancangan berjalan lancar.
Siapa yang tidak teringin menjejakkan kaki ke Tanah Suci apatah lagi apabila berpeluang ke sana bersama pasangan. Terbaru Dr. Che Hafiz dan isterinya, Julia Farhana, bakal berangkat ke tanah suci untuk menunaikan ibadah umrah pada bulan Julai nanti.
Julia Farhana Teruja & Tak Sabar Bakal Tunai Umrah Bersama Suami Tersayang
Umrah ini adalah yang pertama untuk pasangan yang sama cantik sama padan ini, selepas berkahwin sejak dua tahun lepas. Bagi mereka, perjalanan ini bukan sekadar memenuhi tuntutan agama, tetapi juga peluang untuk mengukuhkan hubungan suami isteri.
Ketika bertemu dengan Julia dirinya akui berasa sangat teruja dengan rezeki yang diberikan oleh Allah.
“Alhamdulillah, saya sangat teruja dan tidak sabar untuk menunaikan ibadah umrah untuk pertama kalinya, apatah lagi bersama suami tercinta. Bagi saya dan Dr Che Hafiz ini adalah satu cara dalam memperbaiki dan memperkukuh ikatan perkahwinan yang sudah terjalin yang kini memasuki usia dua tahun,” kongsi Julia.
Panggilan Istimewa Hadir Dengan Hikmah
Menurut Dr. Che Hafiz pula rezeki yang datang dilihat sebagai panggilan istimewa yang datang dengan hikmah. Lebih menarik, beliau juga telah dilamar untuk menjadi wajah eksklusif projek “Umrah Romantika” oleh Al Khairi Travel & Tours Sdn Bhd, di mana beliau bukan sahaja akan menyertai sebagai salah seorang jemaah umrah, tetapi juga akan membantu memantau status kesihatan para jemaah sepanjang perjalanan.
Menerusi projek ini, Dr. Che Hafiz, yang merupakan seorang doktor perubatan lebih 10 tahun dan kini pemilik Regalion Clinic yang bertempat di Kota Damansara, akan memberikan sokongan perubatan kepada para jemaah yang turut serta.
Pakej yang ditawarkan merangkumi kad perubatan, pemeriksaan kesihatan lengkap, serta jadual perjalanan yang mesra kesihatan, khusus untuk mereka yang mungkin bimbang tentang status kesihatan ketika menunaikan ibadah umrah. Ini adalah langkah pertama dalam industri umrah yang menggabungkan perkhidmatan perubatan dengan pakej umrah, yang pastinya memberikan nilai tambahan kepada para jemaah.
Dr. Che Hafiz berharap, projek ini akan mendapat sambutan yang positif, terutama bagi mereka yang bimbang untuk pergi menunaikan ibadah umrah disebabkan faktor kesihatan.
“Ini adalah pengalaman pertama kami untuk ke kota suci ini bagi menunaikan ibadah umrah. Bagi saya, pengalaman ini sangat bermakna dan berharga. Mungkin ada yang sudah biasa pergi ke sana tiap-tiap tahun. Tetapi bagi saya, ini bakal menjadi satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan,” jelas Dr Che Hafiz.
Tidak Bimbang
Ditebak mengenai isu agensi umrah yang dikatakan memperdaya dan mengambil kesempatan ke atas para jemaah yang tular baru-baru ini, Dr. Che Hafiz dan Julia Farhana akui tidak bimbang, kerana mereka percaya dengan kredibiliti Al Khairi Travel & Tours Sdn Bhd sebagai sebuah agensi umrah yang sah dan berdaftar mereka juga yakin dengan integriti yang ditawarkan.
Lebih istimewa lagi, perjalanan ini adalah peluang untuk pasangan ini berdoa bersama-sama untuk ke arah yang lebih baik di jalan Allah SWT.
Bagi pasangan bahagia ini, tika ini adalah masa yang sangat sesuai untuk fokus pada ibadah dan berdoa agar Allah SWT memberi mereka apa-apa sahaja bentuk rezeki.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Norazian pilu suami terkorban nahas FRU, kehilangan orang tersayang bukanlah satu fasa yang mudah untuk diterima, lebih-lebih lagi suami tercinta.Pagi tadi negara dikejutkan dengan...