Berita

Suami Ina Naim, Suhaimi Ditidurkan & Bergantung Bantuan Pernafasan Di ICU

Share

Suami Ina Naim, Suhaimi Saad sebelum ini pernah dilaporkan mengalami masalah kesihatan mata yang kronik sehingga membataskan penglihatan dan pergerakannya.

Namun disebalik itu Suhaimi beruntung kerana isterinya Ina Naim sentiasa setia di sisi. Terbaru Suhaimi difahamkan kini ditidurkan dan bergantung bantuan pernafasan di ICU di sebuah hospital di Johor.

Sebelum ditidurkan Suhaimi sempat memohon maaf pada 5 November lalu menerusi akaun TikTok miliknya.

“SS (Suhaimi Saad) minta maaf zahir dan batin dari korang (anda) semua. Terima kasih atas perkenalan dan segala kebaikan korang,” tulis Suhaimi.

Suami Ina Naim, Suhaimi Ditidurkan

Bekas anggota nasyid kumpulan In-Team itu dilaporkan sudah ditidurkan dan bergantung alat bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Johor kerana mengalami kegagalan organ dalaman.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini Suhaimi mengalami masalah batuk kronik sejak empat bulan lalu dan cirit-birit sejak tiga bulan lalu serta berat badannya turun mendadak.

Dek kerana keadaanya yang amat membimbangkan bapa Ina telah membawa Suhaimi ke Johor untuk mendapatkan rawatan.

Doakan Suhaimi Kembali Pulih

Sebelum ini seperti mana dikongsi menerusi akaun Facebook, seorang wanita yang dikenali sebagai Ayu Wahyu Abudin memohon orang ramai mendoakan sepupunya itu kembali pulih.

“Mohon sahabat-sahabat di Facebook doakan kesihatan sepupu saya, Suhaimi Bin Saad yang ditidurkan di ICU Hospital Johor.

“Semoga antara doa kalian ada yang diangkat doanya… Semoga sepupu kembali sedar dan sihat seperti dulu,” kongsi Ayu.

Menarik Disini : Penyanyi Suhaimi Saad Jelaskan, Kenapa Tak Hantar Anak Ke Sekolah Kerana 7 Sebab Ini!

Ina Naim Setia Di Sisi, Masalah Kesihatan Mata Kronik Bataskan Penglihatan & Pergerakan Suhaimi

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Tip rumahtangga bahagia dan harmoni kata Bella suami isteri kenalah saling tolong menolong buat apa kerjapun kenalah bersama-sama.

 

Published by
Norhayati Suboh