Suami Ina Naim, Suhaimi Saad sebelum ini pernah dilaporkan mengalami masalah kesihatan mata yang kronik sehingga membataskan penglihatan dan pergerakannya.
Namun disebalik itu Suhaimi beruntung kerana isterinya Ina Naim sentiasa setia di sisi. Terbaru Suhaimi difahamkan kini ditidurkan dan bergantung bantuan pernafasan di ICU di sebuah hospital di Johor.
Sebelum ditidurkan Suhaimi sempat memohon maaf pada 5 November lalu menerusi akaun TikTok miliknya.
“SS (Suhaimi Saad) minta maaf zahir dan batin dari korang (anda) semua. Terima kasih atas perkenalan dan segala kebaikan korang,” tulis Suhaimi.
Suami Ina Naim, Suhaimi Ditidurkan
Bekas anggota nasyid kumpulan In-Team itu dilaporkan sudah ditidurkan dan bergantung alat bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Johor kerana mengalami kegagalan organ dalaman.
Seperti yang dilaporkan sebelum ini Suhaimi mengalami masalah batuk kronik sejak empat bulan lalu dan cirit-birit sejak tiga bulan lalu serta berat badannya turun mendadak.
Ads
Dek kerana keadaanya yang amat membimbangkan bapa Ina telah membawa Suhaimi ke Johor untuk mendapatkan rawatan.
Doakan Suhaimi Kembali Pulih
Sebelum ini seperti mana dikongsi menerusi akaun Facebook, seorang wanita yang dikenali sebagai Ayu Wahyu Abudin memohon orang ramai mendoakan sepupunya itu kembali pulih.
“Mohon sahabat-sahabat di Facebook doakan kesihatan sepupu saya, Suhaimi Bin Saad yang ditidurkan di ICU Hospital Johor.
“Semoga antara doa kalian ada yang diangkat doanya… Semoga sepupu kembali sedar dan sihat seperti dulu,” kongsi Ayu.
Tujuan guru-guru wujudkan grup whatsapp antara guru dan ibu bapa salah satunya tentulah nak memudah cara. Biar maklumat sampat terus pada ibu bapa.
Murni sebenarnya maksudnya. Tapi jika tak dijaga adab dan batasan, boleh letuskan peperangan jari jemari. Yang mana kesudahannya tak memberi untung pada pihak yang bertegang urat.
Sebab itu, mak ayah kena tahu adab dan tatacara untuk berbicara dalam sebuah kumpulan yang besar dan ramai. Nak bertegas boleh, tapi kenalah dengan caranya.
Budaya serang, hentam, rasa diri tu good good tak bagus untuk masa depan ummah. Perkongsian daripada Nazrin Abdul Aziz (Abam Tebu) ini adalah sesuatu yang perlu difikir-fikirkan.
Nazrin Abdul Aziz
Agar Harmoni Grup WhatsApp Sekolah, Praktik 6 Adab Ini
Baru 2 minggu masuk group sekolah anak. Rasa dah nak ‘left group’ sahaja. Meh abam cerita sedikit kenapa rasa macam tu.
1. Info telah diberikan tapi soalan sama berulang-kali ditanya. Di WhatsApp biasanya info akan tenggelam ke atas, kena rajin scroll ke atas sedikit dan kalau malas sangat sekali pun cuba cari di ‘search’.
Mana tahu topik telah dibincangkan sekurangnya tidak perlu di ulang berkali-kali. Salah satu punca info tenggelam kerana banyak sangat soalan berulang dan terpaksa di kemas kini berkali-kali.
2. Beberapa ibu bapa melenting kerana anak mengadu cikgu memarahi anak mereka kerana tidak membawa buku. Alasan ibu bapa mudah cikgu tak bagi jadual.
Hari pertama sekolah memang tidak ada jadual, namun cikgu akan berikan sewaktu minggu pertama persekolahan. Sama ada salin atau pun dalam bentuk photostate. Takkan le cikgu nak pos jadual waktu cuti sekolah.
Punca cikgu tegur murid kerana terdapat murid yang langsung tak bawa buku, walaupun buku tulis. Beg mereka kosong sahaja. Alasan ibu bapa ni tak nak beg anak berat.
Sekurangnya bekalkan sedikit buku tulis jika tidak mahu anak pikul beg berat. Jadi ada tempat mereka hendak catatkan sesuatu. Anak abam pun catat jadual dalam buku tulis di hari pertama sekolah. Apa bezanya kamu?
3. Hari pertama sekolah, cikgu kelas yang baru dan baru pertama kali jumpa. Mungkin ada sesetengah anak-anak tidak tahu beza antara intonasi suara cikgu tersebut sama ada nada marah atau nada tegas.
Lain cikgu lain intonasi suara, ada yang high pitch dan ada yang lower pitch, sama le dengan penyanyi. Mana mungkin tone suara mereka sama.
Jadi jangan cepat melatah, anak cakap marah dah terus melompat. Tenang hari pertama sekolah biarkan anak biasa dengan cikgu tersebut dan kenali cikgu tersebut. Banyak hari lagi nak di lalui.
4. Dalam group WhatsApp tersebut ada seorang cikgu yang rajin melayan soalan ibu bapa dengan sabar, setiap info atau apa-apa aduan dia akan dibawa di dalam group cikgu-cikgu pula.
Namun tidak adil pula bila cikgu tersebut diserang oleh ibu bapa yang marah. Beliau tidak ada alaun khas yang diperuntukkan melayani soalan-soalan berulang, luahan perasaan mahupun apa jua perkara berbangkit.
Namun demi membantu ibu bapa yang perlukan pencerahan dari pihak sekolah dia layankan juga sampai lewat malam. Jadi jangan susu di balas dengan tuba. Hormati beliau.
5. Tiada yang sempurna dari pihak sekolah atau pun ibu bapa. Lagi-lagi hari pertama sekolah. Masing-masing ada kesilapan di hari pertama, baru nak ‘warming up’.
Bertenanglah jangan jadi group tersebut medan peperangan pula, itu salah ini salah. Beri cadangan lebih baik daripada hentaman. Mana ada sempurna di hari pertama. Salah diperbaiki dan jangan ulangi. Usah jadi ‘over protective’.
6. Jaga keharmonian group, ibu bapa ni contoh tauladan pada anak-anak dan cermin sikap anak-anak. Kalau mak bapa kuat melompat, pasti dah tau anak-anaknya macam mana. Kan? Opss.
Sama-sama Ambil Tauladan
Harap korang tidak ikut perangai dalam group WhatsApp sekolah anak abam ni. Semalam abam dah ‘tembak’ sekali dalam group tersebut. Baru mereka senyap.
Sengaja abam kongsikan di sini sama-sama kita ambil tauladan. Kalau kita tuding satu jari dekat orang lain, tiga jari lagi tunjuk ke arah kita. Satu lagi entah tunjuk arah mana? ?
Abam Tebu : Dulu abam suka diam je. 2018 nak try melawan sikit. Terikut geng #PuakaBersekutu le ni. Kohkohkoh!!
Kanak-kanak 3 tahun dikhuatiri lemas di tali air. Pelbagai perkara boleh berlaku ketika musim banjir, dek kerana itu berhati-hatilah dan jagalah anak kesayangan anda.
Terbaru seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun menjadi korban pertama banjir yang sedang melanda Pantai Timur, selepas dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam tali air di Kampung Kebor Besar, Terengganu.
Sufi (kanan) dikhuatiri lemas.
Kanak-Kanak 3 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Tali Air
Seperti mana yang dilaporkan, mangsa, Muhammad Sufi Ijaz Sobre melihat air banjir bersama bapanya, Sobre Ramli, 33, abangnya, Muhammad Shakir Wafiudin, 8 tahun dan adik, Muhammad Shafiq Arshad, berusia 1 tahun, kira-kira jam 4 petang tadi.
Usaha mencari mangsa sedang dilakukan pasukan Bomba Dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu di lokasi kejadian.
Melihat Air Sungai Dari Jambatan
Bapa mangsa, Sobre menyatakan, kejadian berlaku ketika Sufi bersama abangnya, Shakir, melihat air sungai dari atas jambatan yang hanya terletak kira-kira 10 meter dari lokasi dia dan anak bongsunya berada.
“Saya tiba di sini jam 4 petang. Ketika sampai, kami melihat air di tepi kawasan rumah yang dinaiki air tetapi saya sedari abang mengajak adiknya ke jambatan.
“Saya sudah pesan jangan ke situ (atas jambatan) kerana bahaya.
“Dalam beberapa saat sahaja selepas itu abang menjerit memberitahu adik dalam air.
“Saya terus terjun tetapi arus sangat deras sebelum kembali ke tebing menghubungi saudara mara dan isteri, Nurul Ain Bakri, 33, yang sedang bekerja di Politeknik Kota,” ungkap Sobre.
Tidak Menduga Hasrat Bertukar Tragedi
Malah bapa kepada kanak-kanak malang itu juga memberitahu sebelum kejadian dia baharu sahaja mengambil tiga anak itu yang berada di rumah ibunya di Kampung Tetambah di sini, selepas pulang bekerja.
Tambahnya lagi sebelum pulang ke rumah mereka, dia membawa tiga anaknya untuk bermain air di kawasan berkenaan tanpa menduga hasrat itu bertukar tragedi.
Ashraf Muslim tunai umrah grup pertama ke tanah suci. Bersyukur ke hadrat Ilahi hari ini pelakon terkenal ini memaklumkan dirinya akan berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan umrah.
Seperti mana yang dikongsikan menerusi akaun Instagramnya, Ashraf berasa sangat teruja apabila dirinya bersama jemaah lain merupakan grup pertama dari Malaysia ke Mekah dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) baharu.
Ashraf Muslim Tunai Umrah Grup Pertama Ke Tanah Suci
“Assalamulaikum.. first of all, saya ingin memohon maaf kepada ahli keluarga saya, sahabat-sahabat saya, rakan-rakan media sosial dan seluruh mereka yg mengenali saya.
“Alhamdulillah, hari ini saya telah dijemput menjadi dhuyuf al rahman untuk ke tanah suci Allah swt.
“Dimana menjadi team pertama dari Malaysia yg membawa jemaah umrah dengan mengikuti SOP yg baru. Allahuakbar , besar betul kuasa Allah.. tiada kata yg boleh terucap dgn Allah selain TERIMA KASIH ALLAH and I LOVE YOU ALLAH! Banyak nak dibetulkan dalam diri yang hina ini. Semoga Allah ampunkan kita semua dan dengar segala rintihan dan kabulkan segala permintaan kita. InsyaAllah.
Rasa Macam Tak Percaya
“Ya Allah, rasa mcm tak percaya.. ya Allah.. Engkau jagalah, lindungilah keluargaku, sahabat-sahabatku dan mereka yg ku sayang serta harta bendaku ya Allah. Permudahkan urusan keluargaku sewaktu ketiadaanku bersama mereka. InsyaAllah, insyaAllah,” tulis Ashraf.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...