Berita

Suami Heliza, Datuk Seri Mahadi Tak Kenal Fathia “Apa Yang Dia Merepek Tu? Pelik Dengan Segala Dakwaan Dia”

Share

Suami Heliza, Datuk Seri Mahadi tak kenal Fathia. Sebelum ini pelakon sensasi Fathia Latiff menerusi sesi siaran langsung di akaun Instagram miliknya mendakwa suami Heliza,  Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman sebagai penipu dalam urusan pembelian rumah.

Menurut Fathia, rumah tersebut masih belum disiapkan selepas lima tahun mereka berurusan dan terpaksa membayar ansuran sebanyak RM2,000 setiap bulan.

Suami Heliza, Datuk Seri Mahadi Tak Kenal Fathia

Seperti mana dilaporkan menerusi mStar Online, Mahadi memberitahu segala dakwaan Fathia tidak benar. Malah Mahadi juga menerangkan dirinya tidak pernah mengenali Fathia secara peribadi malah tiada sebarang rekod urusan perniagaan antara syarikat miliknya dengan pelakon berkenaan.

“Memang terkejut apabila dia berkata demikian. Saya tak pernah kenal dia, tak pernah berjumpa, saya tidak jual rumah dengannya dan syarikat saya tiada perniagaan melibatkan hartanah.

“Saya juga sudah semak dengan pengurusan syarikat. Memang tiada sebarang rekod urusan perniagaan dengan dia.

“Apa yang dia merepek tu? Saya pelik dengan segala dakwaan dia itu,” ujarnya.

Tidak Pernah Mempunyai Sebarang Urusan Dengan Fathia

Mahadi turut menegaskan dirinya juga tidak pernah ada sebarang urusan dengan Fathia.

“Saya tidak boleh nak bercakap tentang hal ini. Sebab memang saya tidak kenal dia.

“Tak perlu saya nak berbincang dengan dia. Kalau dia nak jumpa, terus berurusan dengan peguam saya.

“Pernigaan milik saya tidak pernah menjanjikan untuk memberi dia rumah. Kami juga tidak menerima sebarang transaksi RM2,000 seperti yang dikatakan,” kongsinya.

Baca Ini : Zarina Dedah Pernah Terima Nasib Seperti Zahirah “Sebab Itu Saya Berhenti Berkawan Dengan Fathia”

 

Baca Disini : Jihad Sertai Misi Kemanusiaan, Heliza Tak Serik Pengalaman Di Syria “Ibaratnya Nyawa Dihujung Tanduk”

Sumber : mStar online

Sumber Foto Kredit : Instagram Mahadibz

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER

dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?

 

Published by
Norhayati Suboh