Perlu akur wanita juga ingin untuk memiliki kulit sihat yang bukan sahaja cantik tanpa cela tetapi juga mulus. Dahulunya, ibu kita sering menasihatkan untuk menjaga wajah sejak awal supaya segala kerosakan kulit dapat dielak.

Namun dunia hari ini yang semakin mencabar membuatkan kita sebagai wanita hampir kehabisan masa hanya untuk menyelesaikan tugasan harian di tempat kerja setiap hari. Ini seterusnya menganggu-gugat tertib penjagaan kulit intensif. Salah satu cara paling mudah untuk mengekalkan kecantikan adalah dengan berkunjung ke spa untuk membuat rawatan-rawatan wajah yang pelbagai.

Oleh yang demikian suami perlulah mengambil hati isteri dengan memberi hadiah rawatan di spa. Tidak perlu selalu sebulan sekali tidak ada salahnya.
Rawatan Laser Karbon merupakan antara rawatan khas yang dapat membantu golongan wanita tampil berkeyakinan. Antara kebaikan rawatan ini dapat mengurangkan minyak muka, membuang sel kulit mati, mencerahkan kulit muka, mengecilkan liang roma, memudarkan parut jerawat dan parut muka.

IKLAN

Selain tidak menyakitkan dan mendatangkan kesan sampingan, rawatan laser karbon menunjukkan kesan ketara. Pengelupasan secara laser karbon juga mencetuskan penghasilan sel kulit baru sekali gus menjadikan kulit lebih cerah dan sihat.

Suami Hadiahkan Yang Tersayang Rawatan di Spa, Pasti Isteri Rasa Dihargai
Rawatan ini menambahkan kecantikan pada wajah isteri.

Suami Hadiahkan Yang Tersayang Rawatan di Spa, Pasti Isteri Rasa Dihargai
Kuasa Pancaran Laser

IKLAN

Menurut Farah mewakili pemilik spa, Puan Syella dari Fer’Syella Onestop Beauty Centre, Rawatan Laser Karbon menggunakan kuasa pancaran laser untuk membetulkan pelbagai ketidaksempurnaan kulit.

IKLAN

“Kaedah ini bantu hasilkan lapisan kulit baru yang lebih cerah dan licin di bawah lapisan yang lama. Kulit juga akan menjadi lebih lembap dan kelihatan berseri kerana ia mampu menahan lembapan yang secukupnya. Hasilnya ialah kesan semula jadi terserlah pada kulit yang lebih cerah. Bagi mendapat kesan yang diinginkan rawatan ini boleh dilakukan dua minggu sekali selama enam kali kemudian diteruskan sekali sebulan,” ungkap Cik Farah.

Suami Hadiahkan Yang Tersayang Rawatan di Spa, Pasti Isteri Rasa Dihargai
Cik Farah (dua dari kiri) bersama Puan Syella (dua dari kanan) dan juruterapi Fer’Syella.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI