Suami Gunalah 5 Nada Ini Ketika Bercakap Dengan Isteri, Serius Boleh CAIR

Share

Dari kaca mata isteri, suami lebih kasar bercakap berbanding dirinya. Namun kebiasaannya, suami tidak sedar yang kata-katanya kasar untuk dihadam oleh isteri. Sebenarnya, suami bercakap lebih didominasi oleh akal dan logik.

Sebab itulah, isteri yang fikirannya didominasi hati dan emosi amat mudah tersinggung dan sakit hati dengan kata-kata suami.

Prof Madya Dr Mohd Nor Mamat, menjelaskan “Lazimnya secara berpasangan, suami yang bercakap dengan cara lelaki akan membuatkan isteri mudah terasa hati. Sebaliknya, bila isteri bercakap cara wanita, suami mudah sakit kepala

.

Oleh itu berbalik kepada  pesanan Rasulullah SAW, yang mengingatkan orang lelaki agar bercakap lemah lembut dan romantik dengan isterinya.

Suami Gunakan 5 Nada Ini Ketika Bercakap Dengan Isteri

1. Bercakap dengan emosi isteri, bukannya akal dan logik.

2. Biasakan guna kata-kata manis dan romantik, tetapi harus diingat jangan sesekali hipokrit.

3. Sentiasa hargai dan sebut kebaikan serta kelebihannya, insyallah lebih mudah bila kita perlu menegur kelemahannya.

4. Elakkan mempersendakan kelebihannya seperti kekuatan emosi dan spiritual, kecantikan dan sebagainya.

5. Elakkan kita nak menang dengan cara kita, atau pun mengharapkan isteri mengalah dengan kehendak kita. Tetapi dengan kita mengalah ikut kehendaknya, selepas itu mudah dia mengikuti kata-kata kita.

√   Kadangkala isteri akan salah faham bila lelaki bercakap dengan pertuturan yang biasa. Wanita rasa kasar dan sakit hati. Lebih parah isteri merasakan yang suami tak lagi menyayanginya. Sebabnya suami tak pandai menggunakan nada yang betul ketika bercakap dengan isteri.

√    Bukankah fikiran isteri didasari oleh emosi. Jauh beza dengan lelaki yang ikut logik. Jadinya, wanita tetap akan menghargai dan menghormati suaminya yang memahami cara percakapan wanita.

√    Walau bagaimanapun, isteri perlu juga belajar memahami fitrah suami. Sudah lumrah, suami memang sebegitu (bercakap kasar). Agar tidak menjeruk rasa dan terasa hati, belajarlah fahamkan fitrah lelaki yang akan bercakap dengan logik akalnya.

Penting Belajar Fitrah Pasangan

  • Tidak dinafikan kesannya memang mudah berlaku salah faham di kalangan suami dan isteri. Tidak hairanlah ramai pasangan bergaduh kerana salah faham dengan apa yang tidak dimaksudkan oleh pasangan.
  • Walhal tiada niatpun di hatinya mahu menyakitkan hati, atau pun memeningkan kepala pasangan.

Dengan kerjasama: Prof Madya Dr Mohd Nor Mamat, Timbalan Dekan HEP, Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM

Published by
Netty Ah Hiyer