Bila ada sesuatu masalah, suamilah tempat untuk diluahkan apa yang tersimpan dalam hati. Sekurangnnya dengan luahan ini mampu meredakan dan buat isteri tenang. Lebih-lebih lagi bila suami mendengar dan memberi respon apa yang diberitahu isteri.
Maklum sahaja, ada sesetengah suami mula buat endah tak endah dengar apa yang diluahkan isteri. Inilah yang membuatkan isteri rasa jauh hati. Seolah-olah dia bukan orang yang penting pula.
Sebenarnya, bila isteri luahkan dan suami dengar pun dah cukup buat isteri tenang dan bahagia. Daripada masalah yang dirasakan besar mampu diselesaikan dengan suami ada di sebelah mendengarnya.
Percaya atau tidak, dengar suami melayan masalah suami pun isteri rasa cukup terharu. Seperti apa yang dikongsikan oleh Abu Hurairah Asifa ini tentang bagaimana suami menggunakan kuasa sabarnya dalam rumah tangga.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Usah Harapkan Isteri ‘Perfect’ Kalau Suami Pun Tidak Jalankan Tanggungjawab Pada Keluarga
Jangan Takut DUIT HABIS Sebab BELANJA Anak Dan Isteri, Percayalah Rezeki Akan Berkat
Info Lebih Menarik DI SINI
“Awak tak tidur lagi?”
Saya lihat isteri menung di hujung katil. Tangannya memegang telefon. Ada banyak whatsapp yang belum dibalas.
Jam dah 12.30 malam.
“Saya rasa nak tutuplah taska ni bang, dah tak larat dan saya penat”
Airmata isteri jatuh jua kali ini.
Perlahan-lahan saya bangun dari tempat tidur anak. Saya duduk di sebelahnya dan saya offkan hp dia. Lalu, saya berikan bahu untuk disandarkan lelah dan kesah ini.
“Dalam dunia ni, kalau awak nak tahu, awaklah orang yang paling kuat saya jumpa. Awaklah orang perempuan yang keras kepala dan kuat jiwa. Bertahun dah awak usaha, habis darah dan air mata untuk bina impian dan cita-cita, takkan awak nak tutup?”
Tangisan isteri makin kuat.
“Kita ni kuat sebab Allah, sebab anak-anak dan kita kuat sebab ramai yang doakan kita. Anak-anak taska yang awak dan semua cikgu jaga tu, semua doakan kita. Awak kata taska dan syurga kita? Kita sama-sama jaga syurga tu. Allah bina syurga kita kat sana”
Alhamdulilah. Isteri tenang. Saya hulurkan air dan isteri terus lena.
Kadang,
Sebagai suami kita lupa satu perkara.
Kita ada power dan kuasa yang Allah bagi untuk kita jaga dan pimpin isteri serta anak-anak kita.
Duduk sebelah isteri yang tengah serabut pun, kita hanya diam dan pesan dengan sabar, isteri terus tenang dan bahagia.
Isteri penat di dapur dan rumah, cukup kita tolong basuh pinggan dan bantu uruskan anak-anak, isteri terus mampu senyum walau penatnya dia Allah saja tahu.
Powernya seorang suami bila dia benar-benar menggunakan sabarnya buat rumah tangga.
Kekuatan sabar itu hanya kita akan dapat bila dimalam yang sunyi sepi, airmata dan doa ini jatuh mengenangkan betapa lemahnya diri ini dalam menjadi suami.
Satu kaki sudah di neraka.
Tinggal satu lagi didunia untuk berusaha melangkah ke syurga.
Bantulah wahai Allah.
#sweeterapi
MW: Isteri ni kalau suami dengar apa yang dikatakan atau diluahkan olehnya pun dah cukup. Jangan suami buat tak tahu sudahlah.
Sumber: Abu Hurairah Asifa
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita