Suami DIY Rak Rempah & Rak Pinggan, Isteri Senyum Sampai Telinga

Share

Rak rempah dan rak pinggan mangkuk memang satu keperluan di dapur. Memudahkan kerja memasak dan susun atur perkakasan pinggan mangkuk selepas di cuci jadi lebih kemas dan teratur.

Untung dan bertuah sangat jika dapat suami yang pandai bertukang. Permintaan isteri boleh di tunaikan, memang boleh buat isteri senyum sampai ke telinga lah. Kalau encik suami pandai dan minat bertukang boleh cuba DIY sendiri, minta buatkan Rak Rempah dan Rak Pinggan sendiri di rumah.

Boleh cedok idea yang dikongsikan oleh En Izat Akmal yang buat Rak Rempah dan Rak Pinggan sendiri untuk isteri tersayang.

Kisah bertukang. Siap 2 benda yang isteri minta. RAK REMPAH & RAK PINGGAN. Senyum sampai telinga dia. Tukar semua rak plastik, saya buat baru rak besi+kayu lebih kukuh. Saiz 3 kaki tinggi.

Material:

Besi hollow 1×1
Hevea board
Colour kayu: mahogany

Ala-ala klasik gitu.. kadang-kadang citarasa kita tak sama tapi inilah kesukaan saya. Seminggu lebih jugak nak siapkan.

Hevea board

Dah siap rangka rak rempah.

Rangka Rak Pinggan.

Cat undercoat.

Rak steel dalam tu order kat shoppe. Boleh beli rak steel di sini: https://invol.co/cl5vq7t

 

 

Jaring besi expanded metal, diamond mesh. Dekat shopee ada jual sikit-sikit. Kalau beli hardware besi kena beli sekeping, 4x8kaki.

 

Habis lebih kurang dalam RM300 untuk 2 rak ni.

 

Dah lengkap dengan rak rempah dan rak pinggan ni, bolehlah susun dengan peralatan dapur yang lain juga macam set pisau daripada Cuoco Grade 420 Stainless Steel Knife Set ini. Barulah sempurna, mudahkan kerja-kerja memasak nanti.

Mingguan Wanita : Menarik juga idea buat rak rempah dan rak pinggan ni. Boleh cedok idea yang dikongsikan dan jadikan inspirasi nanti. Paling penting memang jimat kos dan bajet, cantik, kemas malah lebih puas hati bila dapat buat sendiri untuk isteri tersayang.

Baca Lagi Di Sini:

DIY Rak Tupperware Isteri,Kombinasi Besi & Kayu Buat Untuk Rumah Sendiri!

DIY Kusyen Kerusi Lama Jadi Baru, Tak Perlu Buang Dan Jimat Belanja

DIY: Sorok Wayar TV Dengan Bajet Murah Saja. Semudah ABC

Sumber : Izat Akmal

APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?

Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.

Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.

• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?

Teringin ikut jejak mereka?

Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!

Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.

Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster

Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES : https://t.me/bangkitwanitaMW

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab