Tugas isteri bukan hanya di rumah semata-mata kerana bagi isteri yang bekerja tanggungjawabnya pasti bertambah. Mana kerja rumah yang semestinya rutin dan perlu diuruskan setiap hari, lepas tu fikir tentang tugas yang perlu diselesaikan di pejabat.
Jemput hadam perkongsian daripada Peguam Syarie, Khairul Fahmi Ramli ini:
Bangun awal pagi seawal jam 6, bersiapkan sarapan anak untuk ke sekolah. Kemudian, bergegas keluar bekerja, tiba-tiba sangkut jem. Aduhhhh, sampai saja pejabat, punch card merah. Bos panggil marah-marah sebab selalu sangat merah.
Kerja bertimbun sampai tak sempat keluar makan, then petang kena balik cepat sebab nak pergi ambil anak dekat nursery. Lambat nanti kena charge lebih pulak. Then, sampai lambat sebab jem. Nak sampai rumah pulak, lagi jem.
Sampai kat rumah dalam lingkungan jam 7-8 malam, nak kena masak pulak sebab husband cakap nak makan kat rumah. Kalau tak masak, marah sebab kata rugi bayar maskahwin mahal tapi tak pandai masak. Then, jeng-jeng-jeng, part yang paling best, pukul 8.30 suami terus keluar rumah main FUTSAL alasan release stress.
Pernah tak korang dengar cerita ni daripada kawan-kawan yang pernah jadi macam ni. Atau mungkin it happens to you tapi saja tak nak bagitau perkara ni pada siapa-siapa. Dan ini the worse senario, suami balik jam 1.00 pagi terus tidur dan bila tanya kenapa balik lambat sangat, korang dimaki sebab kata queen control.
Ini bukan situasi yang rare. It’s really happened guys. Ada part suami enggan berkomunikasi dan bercakap dengan baik pada isteri tanda merajuk atau protes. Then, tekanan berlaku. Memang tak ada pukul memukul berlaku, tapi, tekanan perasaan dan mental inilah salah satu pendorong kepada keretakan rumah tangga.
Ads
Tapi,
Hal ini kalau dibawa ke Mahkamah kerana ia akan jadi drama air mata sahaja dalam kandang Plaintif. Ramai isteri yang menghadapi situasi ini tapi tak tahu macam mana nak buktikan pada mahkamah bukan sekadar mengalir air mata darah semata-mata.
Ads
Boleh ke nak tuntut fasakh?
Boleh. Ada peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 53(1)(h)(i) iaitu lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan menderita disebabkan kelakuan aniaya.
Seksyen ini tidaklah khusus kepada penderaan fizikal sahaja bahkan, penderaan mental juga adalah salah satu bentuk penganiayaan terhadap seseorang.
Apa yang perlu dilakukan sebelum buat tuntutan?
Pertama, jika sekiranya berlaku situasi yang macam tadi atau apa-apa yang lain boleh dirasakan sebagai memberi tekanan dan tak ada apa-apa isu lain yang lebih kuat, maka, isteri mesti mendapatkan terlebih dahulu khidmat kaunseling di Pejabat Agama. Hanya kaunselor sahaja boleh beri kaunseling dan jika sekiranya kaunseling tidak berjaya untuk diselesaikan sekalipun, sekurang-kurangnya anda berhak untuk dapatkan laporan kaunseling tersebut untuk dibawa ke perbicaraan kelak.
Kedua, dapatkan rawatan dengan Pakar Psikatri di Hospital kerajaan bukan swasta. Laporan penderaan mental ini hanya boleh disahkan oleh pakar tersebut. Selalunya isteri takut jumpa sebab bimbang dikatakan gila. Come on, gila dan stress adalah dua perkara yang berbeza. Cuma persamaannya adalah ia adalah masalah kesihatan. Jadi, masalah kesihatan hanya boleh disahkan oleh pakar kesihatan. Takkan masalah kesihatan nak disahkan oleh peguam pulak. Memang tak la kan.
Ads
Ketiga, jangan pendam masalah anda sorang-sorang. Kongsikan dengan rakan sekerja, saudara mara atau mungkin boleh adukan pada imam masjid anda. Sekurang-kurangnya, ada orang boleh bantu anda jika ada berlaku apa-apa masalah kepada anda dan juga boleh menjadi saksi kelak di Mahkamah.
Ini 3 easy step yang perlu untuk seorang isteri buat sebelum tuntut fasakh kalau dah tak ada langsung alasan lain yang lebih kukuh. Kalau tak sanggup berpisah pun dan masih nak teruskan, tapi ada masalah tekanan macam ni, boleh ja kalau nak pergi kaunseling untuk dapatkan nasihat rumahtangga. Saya yakin dan percaya, kaunselor pejabat agama adalah orang yang terlatih untuk memberi nasihat yang terbaik sekiranya rumahtangga masih boleh diselamatkan.
Selebihnya, atas bahu anda untuk tindakan selanjutnya. Jangan biarkan diri anda dianiayai mental wahai kaum hawa. Kaum wanita lah yang kini paling tinggi mengalami stress di Malaysia. Suami pula, fikirkan juga tanggungjawab zahir dan batin anda pada rumahtangga. Ini amanah kita. Wallahualam.
Khairul Fahmi Bin Ramli
Peguam Syarie Penang, Kedah, Perlis dan Perak, Firma Khairul Fahmi & Associates
Timb Setiausaha PGSM Kedah
MW: Para suami, ingatlah, walaupun dia isterimu, janganlah kau bebankan dengan segala tugas padanya. Bantulah dan ringanlah tangan untuk menolongnya. Jangan sampai isteri berpatah arang dan bertindak di luar dugaan. Jangan menyesal kemudian hari.
Kena peluk anak. Bagi memastikan anak-anak sihat, mak,ayah bukan hanya perlu menyediakan makanan yang seimbang semata. Sebaliknya anak-anak juga perlu diberi kasih sayang dan diberi sentuhan.
Bila cukup semuanya, insyallah anak-anak akan menjadi lebih sihat kerana emosinya stabil. Rupa-rupanya menurut kajian, selalu dipeluk dengan kasih saying dapat jauhkan anak-anak dari dijangkiti penyakit.
Mungkin sebab selama ini kita jarang peluk si kecil kita yang buatkan dia kerap batuk, selsema dan lagi teruk sampai selalu sangat demam.
Kadang itu memanglah kita sudah usaha jaga bab makan, kita suapkan anak diet yang ada zat dan vitamin berkhasiat tapi kita terlupa pulak nak jaga bab emosi dan berikan dia sentuhan fizikal.
Selalunya individu yang kerap tertekan, rasa tak disayangi, mudah benar dijangkiti penyakit sebab stres itu sendiri beri effect tak baik pada imuniti pertahanan badan manusia.
Rupanya Selalu Dipeluk Kurangkan Jangkitan Penyakit
Sebab itulah kena tahu yang selain dari langkah selalu cuci tangan, dapatkan rehat yang cukup, elakkan bertemu orang yang tengah tak sihat, rupanya selalu dipeluk dengan kasih sayang ini dapat jauhkan kita dari dijangkiti penyakit.
Serius! Saya sendiri rasa teruja betul bila dapat tahu fakta menakjubkan ni.
Adalah satu research team ini yang diketuai oleh Sheldon Cohen, Profesor Psikologi dekat Carnegie Mellon University, Amerika Syarikat sana.
Mereka lakukan satu study dan temui bahawa golongan yang kerap stres tadi ini bila kerap dipeluk dan diberi sokongan moral, kebarangkalian untuk terkena jangkitan demam selesema jadi lebih rendah berbanding golongan yang stress dan bersendirian tanpa kasih sayang.
Kajian ni memang ada dipamerkan kat dalam Jurnal Psychological Science.
Bukan Sekadar Ucapan, Kena Peluk & Beri Sentuhan
Sebab tu saya nak sarankan kat mak ayah semua, kita ni bukan setakat kena ucapkan dekat anak kita itu yang kita sayang dekat dia tapi kena tunjuk juga melalui sentuhan dan pelukan dari tangan kita sendiri.
Masa nak peluk itu, turunlah melutut dulu.
Biar mata kita dan mata si kecil itu selaras atau satu level. Kemudian peluk dan rapatkan dada kita sampai bertemu dengan dada anak kita.
Insyallah bila kita selalu peluk dan beritahu betul-betul yang kita sayang sangat kat dia, kesihatan emosi dan fizikal si comel tu akan jadi lebih bagus dan tak mudah nak jatuh sakit.
Tolong #sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang lain ye sebab saya rasa ramai lagi mak ayah yang belum tahu tentang fakta ajaib ni. Ahmad Luqman Bukhari
Saya suka kongsikan ilmu parenting dan kesihatan anak kecil kat telegram saya. Klik link ni kalau nak join 21 ribu mak ayah hebat kat dalam tu t.me/NotaALB .
MW: Jadi mak,ayah selain pastikan anak-anak cukup makan… Kena pastikan anak-anak sihat dari segi mental dan emosi. Jangan sesekali abaikan perasaan mereka dan berikan kasih sayang serta pelukan secukupnya.
Cantiknya lahai tengok Datin Seri Zizie Izette lepas bersalin. Biar pun baru-baru ini beliau berkongsi gambar simple OOTD, ibu anak kembar ini tetap mantain cantik malah sentiasa berseri-seri.
Kata isteri kepada Datuk Seri Bung Moktar Radin, ahli parlimen Kinabatangan ini, sejak adanya anak kembar, Aadam Zac Izette (abang) dan Aaleph Zeke Izette (adik) dirinya semakin sibuk menguruskan mereka.
“Sejak dah ada anak berderet-deret ini, nak keluar pun dah main sarung je. Apa-apa yang ada. Muka pun togel je.
“Nak siapkan anak-anak pun dah makan masa.”
“Last-last mommy asal siap je dah.”
Ini kerana akuinya, bab menguruskan anak-anak kebanyakannya diuruskan sendiri. Dan tak bergantung sepenuhnya dengan pembantu.
“I dont depend 100% on my helpers.”
“Mostly semua buat sendiri bab menguruskan anak-anak melainkan tak cukup dua kerat tangan ini.” Baguskan ibu anak kembar ini. Bermakna kasih sayang anak-anak akan tertumpah sepenuhnya dekat ibu.
Bonding dengan anak-anak pun akan terbina jika ibu dan ayah uruskan sendiri anak-anak mereka sejak dari bayi lagi.
Datin Seri Zizie Izette juga mempunyai anak perempuan, Naila Nur Jenna berusia 3 tahun.
Demi Kembar, Lepas Ini Dan Seterusnya.. Ini OOTD Paling Ringkas
Akui Datin Seri Zizie lagi,
“This is my simplest ootd. It will be this way from now on.”
“Yang penting ada gambar. Jadilah..”
Apa pun yang Datin Seri Zizie pakai tetap cantik di mata para peminatnya. Baca komen-komen peminat ni..
Pantang 44 Hari
Tengok bentuk tubuh Datin Seri Zizie yang kembali langsing selepas melahirkan anak kembar sememangnya menjadi idaman mana-mana mak-mak yang alami berat badan naik mendadak sepanjang kehamilan.
Beliau berpantang selama 44 hari dan menggunakan khidmat Kimporo postnatal. Antara artis lain yang pernah menggunakan khidmat ‘postnatal rejuvenation retreat’ ini adalah pelakon dan pengacara Yasmin Hani.
Aadam Zac Izeete dan Aaleph Zeke Izette (sebutannya Alif) dilahirkan pada hari Jumaat, 29 Disember 2017 pada jam 5. 48 pagi (Aadam) dan 5.50 pagi (Aaleph) dengan berat masing-masing 2.74 KG dan 2.78 KG.
Ternyata Allah lebih menyayangi Nurafiamikayla, tempoh tiga tahun tentu dirasakan terlalu singkat apabila anak yang dibelai sepanjang masa kini sudah tiada di depan mata.
Perkongsian pengguna TikTok, melissajefri iaitu ibu kepada arwah adik Afia meruntun hati semua orang apatah lagi melihat wajah comel yang tidak berdosa ini akhirnya pergi buat selamanya setelah mempunyai masalah kesihatan sejak dilahirkan.
Afia Tinggalkan Ibu
Menurut ibunya, arwah mempunyai masalah saluran jantung sempit dan terbalik sejak dilahirkan lagi. Namun siapa sangka, walaupun pembedahan yang dilaluinya berjalan lancar.
Tetapi ternyata Allah lebih sayangkan dia dan tanggal 16 Julai yang lalu, adik Afia pergi buat selamanya. Benarlah, ajal dan maut di tangan Tuhan, kita sebagai hamba-Nya harus reda dengan Ketentuan-Nya.
Apa yang membuatkan hati semua orang lebih tersentuh apabila anak kecil ini dikebumikan di kawasan perkuburan yang betul-betul bersebelahan rumah keluarganya.
Terima Kasih Allah
Rata-rata netizen mendoakan agar ibu dan ayah Adik Afia kuat menerima takdir ini. Sesungguhnya kehilangan anak bukanlah sesuatu yang mudah ditelan oleh ibu bapa. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Mingguan Wanita : Salam takziah dan semoga ibu dan ayah Adik Afia terus kuat menempuh hari-hari mendatang tanpa Afia di sisi. Al-Fatihah.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...