Suami Dah Bawa Jalan, Tapi Kenapa Hati Isteri Masih Tak Bahagia

Sebelum ini MW pernah sarankan agar suami bawalah isteri berjalan-jalan. Sebab cara inilah antara yang dapat meredakan emosi penat isteri.

Ramai isteri beri repons. Ada yang bersyukur suami bawa berjalan-jaln walau sekadar cuci mata di kedai Eco, ada juga yang pilih tak perlu pun nak bawa jalan-jalan. Sebab lepak di rumah itu lebih menenangkan.

Apa pun alasan yang isteri beri, reward daripada suami itulah yang paling isteri harapkan. Walau simple, isteri tetap bahagia.

Ada juga yang sudah terima reward ‘jalan-jalan’ daripada suami tapi hati masih terasa pedih. Seolah-olah suami cuma berusaha keras mahu isteri bahagia tapi kurang ikhlas hatinya. 

Tak ramai isteri yang meluahkan perasaan ini sebenarnya, namun realiti inilah yang jadi. Dan jika tak diselesaikan cara baik lama-kelamaan susah nanti nak dicantum rasa sayang yang dah sedia retak.

Bila Suami Bawa Jalan Tapi Tangannya Setiap Saat Di Telefon

Ramaikan yang macam ini. Suami bawa ke tempat kesukaan isteri. Sayangnya seolah-olah isteri berjalan sendirian. Sebab di tangan suami tak lekang telefon. 

IKLAN

Nampak tak? fokus suami dah kelaut. Tak beri perhatian pada isteri. Paling pantang bila duduk di meja makan, sepatutnya samalah berbual dengan isteri.

Ini tidak, suami macam nampak bahagia bebenor melayan kawan-kawan dalam telefon. Sudahnya terkulat-kulatlah isteri. Kalau ada anak-anak terpaksalah isteri paksa relakan hati layan anak-anak saja. Makan hati sungguh dapat suami perangai rupa ini.

Bukan Suruh Romantik Pun, Cuma Janganlah Tinggal Isteri Jauh Sangat

Dah tipikal lelaki Melayu memang macam ni Cik Gayah! Nak buat apa lagi. Tahu tak apa tu?

IKLAN

Kalau jalan berdua, nah sorang di timur, sorang di barat. Apalah salahnya jalan beriringan. Kenapalah nak malu. Awakkan suami isteri.

Masa bercinta kan main berkepit. Bila dah lama-lama jemu ke bang! Janganlah macam itu. Isteri awak ini, bukan takat rindu nak keluar bersama awak, tapi dia rindu juga nak merasa mesranya suami melayan dirinya.

Bukan selalu pun.. sesekali. Sebulan sekali pun dah cukup. Kalau dapat jalan pegang tangan, lagilah bahagia.

IKLAN

Baik Dekat Rumah Atau Ketika Jalan Jalan, Tetap Nak Minta Isteri Layan Anak Anak

Bukan nak berkira, tak pun macam itu. Sudahlah sepanjang seminggu isteri tak sudah-sudah layan anak-anak di rumah. Ini sampai bawa isteri berjalan pun, isteri juga yang kena jaga mereka.

Suami? Dah penat sebab jadi pemandu. Jadi dia cuma bagi arahan saja. Alahai! Anak merengek nak beli permainan, isteri kena layan belikan. Anak nak makan, isteri juga yang kena turun carikan. 

Kalau itulah istilah bawa jalan-jalan suami. Lebih baiklah duduk rumah saja. Hati pun tak sakit, otak pun tak penat.

Kesimpulannya wahai suami isteri, dalam urusan nak bahagiakan hati pasangan, apa yang paling utama adalah saling bertolak ansur.

Jadilah isteri yang sentiasa damai jiwa demi kemurahan rezeki untuk suami dan jadilah suami yang sentiasa memberi tanpa berkira agar semakin lebat rezekimu.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI