“Suami, Cubalah Penuhi Permintaan ISTERI, Mungkin Ini Permintaan Terakhir..”- Shuib

Share

Menyesal, perit dan sukar untuk dilupakan. Mungkin ini akan jadi satu ‘ralat’ bila permintaan terakhir pasangan tidak dipenuhi. Kalaulah masa boleh diundur kembali, mahu saja kita akan buat apa yang pasangan inginkan.

Jangan tunggu perkara dah jadi baru nak menyesal dan ingat sampai bila-bila. Tunailah apa yang isteri mahukan, kita tak tahu mungkin inilah permintaan terakhir baginya.

Inilah antara luahan perkongsian daripada selebriti, Shuib yang kehilangan isteri tercinta, Siti Sarah setahun yang lalu. Dalam perkongsiannya turut memaparkan rakaman video bersama arwah isterinya yang hampir merajuk kerana tidak dapat makan di tempat kegemarannya.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Walau Penat.. Jam 2 Pagi, Shuib Bangun Masak Telur Mata Untuk Arwah Sarah

Shuib Akui Sukar Lalui Kehidupan Selepas Pemergian Arwah Sarah “Tak Rasa Hilang Separuh, Sebaliknya Hampir Semua”

Permintaan Terakhir Tanpa Kita Sedar

Namun, apa yang ingin dikongsikan adalah tentang permintaan pasangan. Kadang-kadang isteri teringin makan makanan kegemaran atau sesuatu bukanlah menganda-ngada. Mungkin inilah permintaan terakhirnya yang kita tak tahu.

Jadi, tak salah pun untuk suami tunaikan. Takutnya bila ingat kembali itulah permintaan terakhir yang tak smepat kita tunaikan. Menyesal dan mengalir air mata darah sekali pun dah tak berguna.

 

“Inilah video yang selalu buat I sedih yang teramat. Masa ni pregnant 5 bulan, You nak sangat makan dekat tempat favourite you. Berkali kali call sebab nak ajak pergi makan. Bila I pergi amik, buat pulak muka comel, dengan manjanya sekali.” Katanya.

“Pada suami semua, selagi mana kita boleh tunaikan permintaan orang yang kita sayang, cubalah sehabis baik untuk memenuhi segala permintaan yang tersayang kerana mungkin itu adalah permintaan yang terakhir. Terima kasih yang terus mendoakan Siti Sarah…” pesan Shuib Sepahtu

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora