Suami Ceraikan Isteri, Tak Tahan Tabiat Buruk Hanya Mandi Sekali Dalam Setahun

Share

Seorang lelaki di Taiwan nekad menceraikan isterinya ekoran tak tahan dengan tabiat buruk pasangannya yang hanya mandi sekali dalam setahun.Memetik laporan Taipei Times,lelaki tersebut nekad ingin bercerai kerana tidak tahan dengan tabiat buruk isteri. Bukan sahaja tidak menjaga kebersihan diri, wanita tersebut turut melarang suaminya untuk bekerja.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Lin akan sentiasa kunyah gula-gula getah dan memakai topi untuk menutup bau mulut serta rambutnya. Tambah suaminya lagi, Lin juga hanya memberus gigi dan membasuh rambut ketika dia merasa perlu sahaja.Lin hanya mandi setiap kali masuk tahun baru dan menghabiskan masa 3 jam untuk mandi.

Usia Perkahwinan 13 Tahun

Perkahwinan mereka sudah 13 tahun bersama dan lelaki itu mengatakan isterinya juga menghalang untuk mendapatkan zuriat dan mereka hanya melakukan hubungan intim sekali 1 tahun.Sebelum melangsungkan perkahwinan, lelaki itu mendakwa isterinya itu akan mandi sekurang-kurangnya sekali seminggu, namun keadaan semakin parah setelah mereka berkahwin.

Selain malas mandi, wanita tersebut turut memaksa suaminya untuk tidak bekerja dan menjaga bapanya yang sakit.Ini menyebabkan mereka tidak mempunyai sumber kewangan tetap dan terpaksa bergantung kepada ibu mertuanya.

Bagaimanapun, pada tahun 2015, lelaki ini nekad untuk berpindah keluar dari rumah tersebut dan bekerja di Hsinchu di utara Taiwan tanpa pengetahuan isterinya. Tidak berapa lama kemudian, isterinya mendapat tahu tentang perkara itu dan terus memaksa suaminya itu berhenti dan pulang semula ke rumah.Susulan kejadian, lelaki ini akhirnya nekad pulang ke rumah dan memfailkan penceraian terhadap isterinya.

Macam-macam hal. Musim sejuk-sejuk ni, jangan malas-malas mandi iya. Tetap kena jaga kebersihan diri.

Sumber: Astro Awani & Taipei Times

Published by
Suhaidah Abd Wahab