Urusan perkahwinan dan perceraian bukan satu mainan. Entah apa yang difikirkan oleh pengantin lelaki ini apabila dengan selambanya melafazkan cerai pada isterinya hanya beberapa minit selepas akad nikah.
Satu klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan detik seorang pemuda menceraikan isterinya sebaik sahaja diijab kabul, lapor portal berita TribunJateng.com hari ini. Rakaman itu diberi judul ‘Pemuda di Bima ceraikan isteri beberapa minit selepas ijab kabul, keluarga pengantin perempuan terus mengamuk.’
Lafaz Talak Pada Isteri
Dalam klip video itu, kelihatan si suami enggan menandatangani surat nikah selepas ijab kabul selesai. Dia sebaliknya berdiri dan melafazkan talak kepada isterinya.
Perbuatan pemuda tersebut menyebabkan keluarga pengantin perempuan hampir pitam. Insiden itu juga menyebabkan keluarga pengantin lelaki dan pengantin perempuan bergaduh.
Dipaksa Kahwin
Keterangan yang disertakan bersama rakaman itu menyebut bahawa lelaki itu menikahi gadis yang sedang berbadan dua dan dia enggan bertanggungjawab. Bagaimanapun, dia tetap dipaksa untuk melangsungkan pernikahan tersebut.
Lelaki itu tetap hadir dalam majlis pernikahan itu dan menjalankan ijab kabul. Namun, dipercayai akibat diselubungi perasaan kecewa, dia terus menceraikan isterinya.
“Hari ini, aku talak Yati,” katanya dalam bahasa Bima.
Tersentak dengan perbuatan tersebut, keluarga pengantin perempuan langsung mengamuk dan bertindak menyerang lelaki itu. Apa yang berlaku seterusnya tidak dapat dipastikan kerana video itu berakhir dengan kedua-dua keluarga bergaduh.
Lokasi kejadian belum dapat dipastikan tetapi beberapa netizen berkata, insiden itu berlaku di Sumbawa, Kepulauan Sunda Kecil, manakala pengantin lelaki dikatakan berasal dari Kampung Kalampa dalam Kecamatan Woha. – Agensi
Baca Lagi Di Sini :
27 Tahun Berkahwin, Pasangan Terkaya Dunia, Bill & Melinda Gates Umum BERCERAI!
Mingguan Wanita : Perkahwinan dan perceraian bukanlah mainan.Perkahwinan bukan boleh dipaksa-paksa dan paksa untuk berkahwin demi untuk ‘bertanggungjawab’ tidak akan membahagiakan perkahwinan.
Sumber: Kosmo
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI