Sakit hati isteri bila hari-hari terpaksa hadap tohmahan, kata makian dari suami jenis cakap tak berlapik ini. Boleh kemurungan tahap tertinggi dibuatnya.
Pengalaman mengendalikan klien yang berdepan suami seumpama itu, buatkan Peguam Syarie, Mohd Azlin Bin Mohd Razali, Perunding Keluarga Islam tergerak untuk berkongsi nasihat.
Awas! ya suami dengan kata-kata kasar yang boleh melukakan hati isteri.
Seksanya Bila Suami Cakap Tak Lapik
Kau ni b*d*h!
Maaf kalau mulakan posting kali ini dengan ayat macam ni.
Kasar tak ayat macam ni bagi anda?
Mungkin tak kasar kalau diucapkan member-member sambil bergurau kan?.
Tapi bagaimana rasanya jika ayat diatas diucapkan oleh suami atau pasangan anda sendiri.
Ads
Itulah kisah yang dikongsikan salah seorang wanita pada sesi sesi consultation beberapa hari lepas. Ayat pertama yang keluar dari beliau masa sesi ini adalah saya ada masalah dengan suami, saya tertekan dengan suami.
Saya hadapi tekanan perasaan bila suami suka gelar saya bodoh dan dengan perkataan lain yang buruk dan keji.
Beliau beritahu tak tahan bila digelar bodoh dan beberapa perkataan lain yang tak sedap pulak saya nak ditulis di sini.
Honestly, perkataan macam ni saya dah biasa dengar malah ada yang lebih teruk dan lebih bisa daripada ini yang pernah dikongsikan client saya. Apa pun jenis perkataannya, yang buruk dan yang keji pastinya menusuk terus ke hati. Manakan tidak, pasangan sendiri yang ucapkannya.
Telinga Sakit, Hati Lagi Lah Sakit
Berbalik kepada wanita ini, perkataan yang diungkap suami ini telah memberi tekanan padanya. Telinganya sakit, hati pun lagi la. Dah bertahun lama saya dengar. Lama kelamaan secara tidak sedar perasaan hormat dan sayang pada suami hilang.
Ads
Sebab dari masalah mulut ini, hubungan mereka semakin teruk. Komunikasi makin parah, pergaduhan makin kerap. Hubungan mereka mula suram tidak seperti dulu semuanya bermula dari perkataan bodoh.
Ceritanya wanita ini memang panjang, kalau saya nak tulis memang panjang. Perbincangan kami saja makan masa hampir 2 jam. Lama tak? Sesi consultation memang ambil masa lebih kurang macam tu. Lagi kronik masalah client lagi lama lah masanya.
Ambil Langkah Ini, Adukan Suami Pendera Emosi Isteri
Saya kongsikan pada beliau langkah yang boleh diambil, step by step ikut kepada kesesuaian. Antaranya saya cadangkan:
Ads
1. Beliau mulakan dengan aduan keluarga di pejabat agama dahulu dan lihat apa feedback selepas sesi kaunseling dijalankan.
2. Kemudian barulah ambil langkah seterusnya sesuai dengan keputusan kaunseling tersebut.
Apa yang dihadapi wanita ini ianya dinamakan sebagai penderaan secara mental. Beliau hadapi tekanan pada emosi, batin dan mental. Ianya sebenarnya lebih parah berbanding penderaaan atau keganasan secara fizikal. Ia seperti anai-anai yang memakan kayu secara perlahan-lahan. Secara tidak sedar tiang rumah reput dan merobohkan sebuah rumah. Itulah analogi yang boleh digambarkan.
Luka atau lebam pada fizikal boleh dilihat dan diubati, lambat laun ianya hilang dari pandangan. Luka pada batin dan mental, tidak dapat dilihat dan susah diubati. Ia seperti barah.
Elakkan wujud perkataan buruk, cacian atau sebagainya dalam rumahtangga. Ia sesuatu yang sangat tidak sihat. Nampak macam tiada kesan apa-apa sebab hanya cakap sahaja. Tapi sebenarnya kesan sangat besar pada rumahtangga dan ianya tidak nampak ketika itu. Jika tidak dibendung, rumahtangga pula boleh berantakkan.
Bila dah bosan tengok cat dinding rumah yang sama saja setiap tahun, apa kata tahun ini kita deko dinding kediaman lain dari yang lain. Buat style corak abstrak yang memang menangkap pandangan sesiapa yang melewati kawasan berkenaan.
Sebenarnya dinding corak abstrak ini lebih menarik untuk dijadikan feature wall. Taklah nanti satu rumah bercorak-corak. Boleh pening dibuatnya. Tapi lain orang lain citarasa, ya tak? Terpulanglah.. Cuma kalau nak buat rupa gini, macam inilah cara betulnya.
Nak membuat dinding corak abstrak ini sebenarnya taklah ambil masa sampai sebulan. Cuma bila nak masuk bulan puasa ni, tentulah masa lebih terhad begitu juga tenaga. Jadi buatlah sikit-sikit. Nanti bila nak masuk 1 Syawal, siaplah dinding idaman hati di kediaman anda tu.
Panduan deko dan cat dinding corak abstrak ini telah dikongsikan oleh Puan Izni Illiyyin. Katanya deko abstrac wall ini adalah pilihan mereka suami isteri untuk kediamah seluas 650 kaki persegi.
“Saya sertakan sikit deco rumah kami yang serba sederhana. Masih mengekalkan cara sebulan satu barang.”
Ini Cara Deko Dan Cat Dinding Corak Abstrak
1. Kena pilih dinding sebagai feature wall untuk cat. Kecil atau besar atas pilihan.
2. Sebelum beli cat, dinasihatkan agar pilih warna dulu. Boleh google contoh contoh warna yang sesuai untuk digabungkan. Dua, tiga atau empat warna tidak menjadi masalah asalkan elok dan senang di mata.
3. Mulakan lukis lakaran kasar atas satu helaian kertas. Bentukkan setiap angle berdasarkan pilihan anda. Warna kan setiap ruang angle sebagai panduan sebelum anda cat di dinding.
Tip: Anda dinasihatkan untuk buat beberapa paksi utama sebagai panduan dan boleh disambung dengan angle kecil yang lain
4. Ambil marker/colour pen yang sama dengan warna pilihan cat dan warnakan di atas kertas yang telah dibuat lakaran kasar.
5. Boleh mula tampal MaskingTape di dinding dan mulakan proses cat.
6. Masking Tape boleh dicabut selepas siap proses mengecat dan anda boleh touch up bahagian bahagian yang nampak kurang kemas.
Untuk Lebih Faham, Rujuk Contoh Bergambar
Di sini saya sertakan beberapa gambar sebagai panduan untuk yang baru mula untuk deco dan untuk pasangan yang baru mulakan kehidupan berdua macam kami.
Lakaran Pertama. Marker Kuning untuk cat warna kuning dan marker Hijau untuk cat warna mint.
Lakaran Kedua dan kami kira agar warna Kuning dan Mint balance.
Lakaran final sebelum start tampal maskingtape.
Masking tape siap ditampal dan kami start dengan cat warna kuning.
Siap cat semua bahagian sebelum cabut maskingtape.
Setelah cabut maskingtape. Masking tape stilll ada di lantai.Abaikan meja penuh dengan air dan makanan sebagai backp perut lapar.
Siap cabut semua masking tape. Alhamdulillah tak perlu banyak touch up.
‘Bekerja seorang tanggung isteri, empat anak.’ Bila utamakan keluarga, insyallah cukup semua. Paling penting dahulukan yang mana lebih utama.
Seorang suami jika dia mengutamakan isteri dan anak-anak daripada kepentingan sendiri insyallah berkat dan murah rezekinya. Ikuti perkongsian Puan Siti Suryani Yaakob ini dan fahami apa yang cuba disampaikan:
Bekerja Seorang
Di tempat kerja saya ini ada seorang ‘abang’. Abang tak abang juga pasal lagi berapa tahun nak pencen sudah dia.
Abang ini seorang saja yang bekerja. Isteri dia suri rumah. Ada anak 4 orang. Dari dulu sampai sekarang memang dia seorang saja yang bekerja cari rezeki untuk keluarga.
Kadang saya teruja nak belajar dari orang-orang macam ni. Macam mana dengan bekerja seorang diri dapat tanggung keluarga. Dan cukup semua. Siap ada dua buah rumah pula lagi. Kisah begini lebih dekat dengan realiti. Kisah kebanyakan kita sehari-hari.
Isteri dan keluarganya adalah paling atas buat dia lebih dari semuanya.
Di office, dia makan biasa-biasa. Kadang beli nasi dengan kuah kari saja. Ada masa nak sedap sikit letak ayam satu. Banyak masa dia makan apa yang ada. Janji perut kenyang dia kata.
Tapi setiap hari Isnin dia akan bercerita. Semalam makan udang celup tepung di Kuala Selangor. Ada masa pagi-pagi datang kerja dia bagitahu ada kedai Western yang sedap. Semalam dia ke sana dengan anak isteri. Sebab isteri ajak pergi.
Bila Utamakan Keluarga
Rupanya dia tak makan sedap di office sebab dia nak makan sedap dengan keluarga dia. Untuk dia tak apalah yang biasa-biasa. Supaya dia boleh bagi untuk keluarga yang extravaganza.
Kalau buat makan-makan di luar yang tak mampu dia bawa semua, dia rela tak pergi. Dia kata tak sampai hati nak makan sedap tanpa ada anak isteri. Lepak-lepak lepas kerja tu memang tidak ada. Nak balik cepat. Nak tengok di rumah ada apa kena buat.
Kalau isteri sakit dia cuti. Biar demam biasa pun. Katanya macam mana nak tinggal. Nanti siapa yang nak masak. Tak akan isteri yang sakit itu pula nak masak. Takkan dibiar dia seorang hendak urus anak.
Saya ceritakan kisah ini supaya kita perhati. Dalam saat ramai berkisahkan suami kena sediakan emas. Suami kena sediakan duit sebanyaknya. Suami kena bagi harta benda.
Di TikTok dan media sosial merata-rata orang tunjuk hadiah dan mewah yang suami bagi pada isteri. Lalu kadang mengusik kentalnya hati kita yang rasa sudah cukup serba-serbi.
Kadang suami kita usaha bekerja bagi rezeki buat semua. Buat kita. Dan ada juga keluarga dia. Kadang sudah buat berbagai cara. Tapi rezeki dia cukup seperti itu sahaja. Secukup rasa. Tak mewah tapi ada semua.
Tapi dia ada banyak nilai baik. Yang kecil-kecil. Yang kadang masa dia tiada baru kita terasa betapa besarnya nilai kecil yang dia buat pada kita. Benda yang kadang tak nampak. Sebab dia bukan bentuk material.
Dan dia atas semuanya…
Yang mencari rezeki adalah kita. Tapi yang memberi kecukupan adalah Dia. Yang beri bahagia itu bukanlah pada banyaknya. Tapi yang beri bahagia itu adalah pada berkatnya. Berkat pada dua-dua hati yang saling berusaha bahagia membahagia.
Impian besar seorang wanita, hidup bukan cuma nak mengumpul harta tetapi cukuplah kiranya ada tempat dia nak berteduh walau rumah itu tak besar.
Namun rezeki masing-masing, ada orang dia dapat rumah besar dan bermewah bagai. Dan ada pasangan yang masih menyewa tetapi memilih untuk bercuti jauh-jauh janji hati bahagia.
Terpulang, tetapi perkongsian daripada Puan Nurulbadiah Lai ini mengupas dari sudut kelebihan orang yang beli rumah awal.
Mengumpul Harta Atau Beli Rumah Sebagai Pelaburan
Some people asked us… why beli rumah dekat kuantan bukan kat Terengganu? Nanti pencen nak balik terengganu juga kan. Alang-alang beli rumah, beli yang besar sikit atau ada kawasan yang luas.
Baik simpan duit then bila pencen balik kampung buat rumah besar-besar. And ada juga yang sokong beli rumah dan siap suggest beli lagi and lagi as a pelaburan.
I respect pendapat semua org, in fact setiap orang tak sama planning dia. If you wanna know about my stand, here it is..
1. My husband working here at kuantan. We have no idea berapa lama akan stay dekat kuantan. Maybe 10 years? Maybe more? Or maybe sampai pencen. So why not beli rumah kt sini dan enjoy every bit of it.
2. The fact beli dulu rumah siap-siap tapi tak payah duduk lagi sebab kerja dekat luar lagilah tak agree. Bagi nurul kita bekerja, cari duit, mesti kita nak enjoy titik peluh kita kan. Kenapa kita nak bayar untuk yang kita tak duduk lagi. Time berkerja adalah time kite enjoy kehidupan kita sebab masa muda hanya sekali kan.
Tak cukup duit? It’s okay menyewa. In fact menyewa for the whole life pon, if you really take it as positive, you will find happiness. Kami menyewa about 3 years dekat kuantan before, and for sure less commitment, kami enjoy every moments yang kami ada walaupun kami tak ada rumah sendiri. Rumah orang tak semestinya kita tak boleh decor simple-simple untuk tenangkan mata setelah penat bekerja.
3. Rumah besar bukan keutamaan bagi kami. Kecik tak apa asalkan duduk kat dalam tu rasa tenang dan bahagia. Pencen baru nak buat rumah besar-besar kadang-kadang fikir untuk apa, anak-anak dah besar. Last-last kita laki bini je duduk rumah besar tu.
4. Hari itu terpengaruh juga, alang-alang beli rumah better beli banglo sebiji-biji, atau rumah yang ada halaman luas. So husband plan nak combine loan dengan nurul. Tapi makin besar dan elok rumah tu, makin tinggi komitment. Bila komitment tinggi mesti banyak benda kena cut. So last sekali we decided beli rumah teres biasa end lot. Agak kecil tapi alhamdulilah, so far tak rasa terbeban lagi sebab within budget.
5. Beli aset banyak-banyak untuk pelaburan bagi Nurul depends pada kemampuan masing-masing. Macam nurul sendiri, cukuplah sebuah rumah. In shaa Allah masa hadapan, anak-anak Allah dah janjikan rezeki.
Banyak aset di masa muda, bermakna banyak komitment kena jaga. Banyak kudrat kena keluar, banyak benda kena cut. Terlalu berjimat sampaikan nak makan pun kena catu, pergi jalan-jalan pun tak boleh sebab nak bayar loan. Bukan style nurul.
Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan mengumpul harta.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Wah enaknya, Ayam Rendang Terangkat, Rasa Melekat. Beberapa hari saja umat Islam akan menyambut Syawal. Istimewa hari ini, Mak Empal Masak Apa Hari Ini?...