Apa-apa mak ayah buat di rumah, anak perhatikan. Mak ayah yang baik, akan menghasilkan anak yang baik-baik. Begitu juga kalau layanan suami pada isteri baik, anak-anak akan ikut dan buat.
Boleh dikatakan anak jadi CCTV di rumah, anak perhatikan apa yang mak ayah buat. Cara bercakap, layanan pada setiap ahli keluarga dan adik beradik. Mungkin kita tak nampak sekarang, tapi jika sentiasa amalkan berbuat baik pada setiap ahli keluarga, kita akan nampak hasilnya kelak.
Inilah yang dikongsikan oleh Sariah Suhailah. Ingat pesan maknya supaya sentiasa berbuat baik. Berbuat baik pada suami, isteri dan anak-anak. Jika layanan suami pada isteri istimewa, anak-anak akan berbuat begitu nanti.
Baca Artikel Menarik Di Sini: Mak Ayah HEBAT Bila Berjaya Didik Anak Jaga ADAB & SOPAN Tingkahlaku
Anak TANTRUM Untuk Tarik Perhatian, Mak Ayah Jangan MUDAH KASIHAN, Inilah Cara Mendidiknya
Info Lebih Menarik DI SINI
Bila tengok nasi dan air ni, saya teringat kat kakak, anak sulung yang kat asrama. Saya tak pernah sangka dengan usianya dia akan layan saya macam ni.
“Umi, pergilah makan. Kakak jaga adik.”
Bila saya ke dapur, saya tengok nasi dah dihidang, air pun dah dituang. Allahurabbi. Sebak sungguh.
Apa yang buat saya sebak ialah, apa yang kakak buat ni ialah apa yang abinya buat kat saya.
Sejak bertahun-tahun kahwin, kalau suami siap makan dulu, dia akan tuangkan air untuk saya. Simple sangat. Tapi, rupa-rupanya anak perhatikan.
Dan sejak sekitar 2 tahun lepas, masa umurnya 11 tahun, kakak sentiasa tuangkan air untuk saya dan abinya kalau dia siap makan dulu.
Dan kali ni, bila dia tengok saya sentiasa terkejar-kejar nak makan bila ada baby, dia upgrade letak nasi sekali. Subhanallah.
Apa yang lebih mengejutkan saya ialah bila kakak dah masuk asrama, Afham yang nombor dua tu automatik ambil tugas kakak.
“Umi, air umi ni. Afham dah letak.” Allahurabbi, macam di’pass’ tugas tu pada adiknya.
Tuan puan,
Saya tak pandai ilmu parenting. Teori-teorinya banyak saya tak tahu. Saya sentiasa merasakan banyak kesilapan saya dalam mendidik anak-anak.
Cuma, satu je pesan mak saya yang saya ingat.
‘Buat baik.’
Suami buat baik pada isteri.
Isteri buat baik pada suami. Dan,
Mak ayah buat baik pada anak-anak.
Selepas berbelas tahun, barulah saya benar-benar nampak hasil ‘buat baik’ yang mak pesan.
Subhanallah. Alhamdulillah.
Wallahu a’lam.
Mingguan Wanita : Kita buat bukan mengharapkan hasilnya sekarang. Mungkin ini akan menjadi ingatan dan anak-anak amalkan kelak, lebih-lebih bila anak perhatikan kasih sayang ayah pada ibunya. Moga kita semua sentias dalam berkasih sayang.
Sumber: Sariah Suhailah Chik
Masih belajar untuk buat baik
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita