Suami demam sikit pun isteri layan macam raja. Selalunya isteri akan memberi 100 peratus perhatian apabila suami jatuh sakit. Makan pun bersuap. Berlainan pula dengan situasi bila isteri sakit. Seboleh mungkin isteri akan cuba ‘gagahkan’ diri untuk melakukan aktiviti harian seperti biasa.
Walau macam mana isteri berkecil hati dengan suami, bila suami sakit, walau hanya demam biasa sahaha, isterilah orang yang paling risaukan suami. Malah dia berjaga malam temani suami yang tidak sihat.
Sebolehnya, dia akan cuba memasak apa sahaja kesukaan suami di saat suami tidak sihat malah berusaha untuk suami cepat pulih. Itulah isteri kita. Namun ada juga yang mempersiakan isteri. Malah tidak menghargai isteri.
Pesanan EncikMatt atau Muhammad Hassan, penulis yang sering berkongsi mengenai kisah kehidupan ini berkongsi kisah suami isteri. Suami kena buka mata untuk hargai isteri.
Bila suami terlantar di hospital. Orang yang paling susah sekali adalah isteri.
Dia akan bagi sepenuh masa jaga suami di wad. Kadang-kadang dia sanggup tinggalkan anak-anak untuk bersama suami 24 jam.
Dia tak kisah pun tak cukup tidur, tempat tidur tidak selesa. Yang penting dia nak suami lekas baik, suami selesa atas katil.
Dia tak kisah pun basuh berak, bau busuk najis suami, tukar lampin suami. Dia senyum je.
Sebab itulah kita suami. Ketika sihat, ketika senang, ketika duit banyak. Jangan pernah lupa isteri, jangan ketika ini terlintas nak cari perempuan lain(curang) dengan alasan banyak kekurangan pada isteri.
Bila senang suami diuji dengan wanita. Ingatlah bila susah, terlantar di hospital. Perempuan yang kononnya kita rasa lebih baik, lebih cantik dari isteri kita tu, mereka hilang entah kemana.
Selalu kena ingat. Wanita yang ikhlas adalah isteri kita. Nasihat dia, taat dia, khidmat dia, semuanya untuk suami. Dia akan sanggup susah senang bersama kita. Bila kita senang dia syukur, bila kita susah dia bersama-sama. Bila kita sakit, dia jaga.
Jaga isteri, satu masa nanti dia akan jaga kita sampai mati.
Sumber: Muhammad Hassan