Jangan sesekali ambil langkah mudah bila dah tak sayang pasangan kita. Maklumlah apabila bertahun sudah berumah tangga, macam-macam ‘bau’ akan dihidu dan mulalah nampak sisi buruk pasangan kita.
Lagi teruk ada yang berniat nak cari oang baru sebab rasa isteri itu dah tak sehaluan. Tapi masalah sebenarnya betul ke sahaja alasannya?
Kenapa waktu dah ada anak-anak baru hati rasa tak sayang? Sebelum tersalah buat keputusan, renungkan perkongisan Ustaz Ebit Lew ini, moga kalian tidak menjadikan anak-anak mangsa hubungan yang dah retak seribu!
Seorang mesej saya… dia kata dia dah tak sayang isterinya.
Saya tanya macam mana boleh tak sayang.
Jawabnya memang dah tak sayang. Kami dah tak sehaluan. Sekarang saya nak hantar dia balik kampung.
Anak berapa orang abang?
Dah 5 ustaz…
Saya sebak terasa sedih…sebab saya tahu disebaliknya ada kisah pengorbanan..masing-masing dah berkorban. Inikan pula seorang wanita yang dah abdikan diri buat suami.
Saya terus mesej dia status fb saya.saya kata abang baca ini dan cuba fahami…lepas tu dia hantar gambar air mata dan kata. Nanti dia nak minta petunjuk Allah..dia kata..Allah..saya salah ustaz.
Bagaimana ada orang boleh tak sayang dan hargai isteri?
Cuba cek bab pakaian jer..Bagi kita lelaki pakaian cuma pakaian. Bagi wanita pakaian ni ada puluhan cabang dan ratusan rantingnya.
Kita sebagai suami bila tak faham kata, sayang nak balik kampung ke nak pindah? Macam Raja semuanya disiapkan. Start kereta dan jalan..cian isteri dah penat-penat uruskan semuanya…patut tolong picit kaki mereka. Urut mereka penat..hee
Isteri diam jer. Dah berhari siapkan pakaian nak balik kampung. Bila sampai kampung suami tanya mana pakaian abang yang ini? Isteri kata tertinggal. Macam mana boleh tertinggal. Hehe..
Suami kena buat-buat sibuk juga masa isteri kemas pakaian. Jangan bertenang sangat atau paling penting jangan marah. Bila isteri tanya tolong bantu cari. Atau paling kurang yang ni nak pakai hari kedua ke sayang. Cukupke baju anak ni.
Erti pakaian buat seorang isteri. Bagi Isteri dah siapkan baju anak mana. Baju ayah mana. Pakaian di rumah. Pakaian berjalan. Pakaian tidur. Jangan anak kena gigit nyamuk lengan panjang pendek, berlubang tak berlubang, warna cerah warna gelap. Hari raya pertama baju apa. Tengah hari raya mana baju anak. Raya kedua mana. Raya ketiga mana. Sama dari tudung sampai stokin. Supaya semua nampak cantik jer..kasut anak. Stokin anak. Tudung anak. Bantal busuk anak-anak. Belum kira bantal suami dan bantal sendiri. Tu belum kira malam raya anak dah try semua baju..ayah kata takperlah biarlah..cian anak tu.
Bila saya tengok ayah saya kemas bajunya dalam beg. Saya rasa nak menangis. Bantu mana yang patut. Tapi tak sama sentuhan seorang isteri atau ibu. Serius kemas baju nak balik kampung pun kena ada seni.
Bila ayah makan seorang diri..saya menangis. Baru saya tahu cinta itu ada kisah disebaliknya. Pengorbanan, cinta dan sayang beliau bercinta dengan ibu saya sehingga hari terakhir hidup ibu saya. Sehingga hari ini… terima kasih Allah atas anugerah itu….terima kasih ayah… terima kasih mak.
Bayangkan anak-anak kita yang kecil..tidaklah salah berpisah. Sikit pun tak salah..cuma kadang-kadang fikirkanlah sejenak anak-anak. Fikirkanlah agama anak-anak kita dalam dunia fitnah ini.
Saya telah lihat anak-anak tanpa mak ayah mereka. Hari-hari saya menangis. Berilah mereka warisan yang hak mereka. Agama dan kasih sayang.
Hargailah abang sementara ada. Dah takde esok takperlah..doakan..tetapi janganlah buang begitu sahaja bila rasa tak sayang..rasa tak perlu.
Hidup ini soal amanah. Itulah harga kita disisi Allah.
Sebab tu dalam hadis Nabi saw orang yang rumahnya dekat dengan rumah Nabi saw ialah orang yang berakhlak dan berbuat baik kepada isteri-ebit lew