Cara santuni isteri dan anak-anak dengan tunjukkan rasa sayang bukanlah hanya membeli barangan mahal-mahal, mewah dan bawa mereka melancong ke seluruh negara. Adakah itu sudah mencukupi dan membahagiakan?
Sebenarnya cara santuni isteri tidak perlulah sebegitu pun. Bayangkan kalau yang kurang kemampuan. Mana nak cekau barangan mahal-mahal begitu. Ada banyak cara pun untuk tawan hati isteri dan tunjukkan kasih sayang.
Perkongsian daripada Dr Azizul Azli Ahmad ini bolehlah diguna pakai oleh suami-suami di luar sana. Cara santuni isteri dengan layani anak isteri agar diri mereka rasa bahagia.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Hati-Hati Beli Sabun Atau Losyen Berbau Makanan. Boleh Bahayakan Pada Anak
Suami Jangan Rasa Isteri BEBAN, Gembirakan Hatinya, Pasti REZEKI Datang Pelbagai Cara
Info Lebih Menarik DI SINI
Depan saya ada pasangan suami isteri, sama tolak troli di Mydin petang tadi.
“Nanti kita buat kek sama sama ini ya”, sambil masukkan luxury moist cake dan cocoa powder ke dalam troli.
Manis cara dia santuni isteri.
Kita mungkin nampak biasa biasa sahaja. Tetapi kekalkan santuni isteri dengan baik waktu begini.
Kita mungkin tak semewah orang boleh bawa isteri ke Habib Jewel.
Dapat bawa isteri ke pasaraya, santuni dia nak beli apa sahaja.
Jika masih ada kemampuan, berapalah sangat harga bagi tepung kek sahaja.
Semua yang isterinya ambil, dia susun baik baik dalam troli. Sesekali sembang nak masak apa bila minum petang.
Tak semua isteri ada momen momen begini, suami sediakan keperluan cukup buat keluarga. Ada suami baik, jaga dan hargai mereka.
Isteri juga setiap hari masak buat kita, ia proses yang meletihkan dan lama.
Bila dapat keluar bersama beli barang begini. Tanyakan apa yang dia perlukan. Belikan sahaja, tawarkan apa yang lebih baik buatnya.
Kawan kawan,
Adakala isteri malu nak meminta. Mereka faham kondisi kewangan kita saat ini.
Jangan mengalah kawan, tinggikan ego kita. Kita lelaki, kerja cari rezeki, sediakan kediaman dan makanan adalah tanggujawab kita.
Berjuanglah.
Pedulikan semua bencana ini, sediakan apa yang kita mampu buat keluarga. Agar mereka tahu kita ayah dan suami yang akan dikenang dalam doanya.
Berbaktilah selagi sihat dan ada usia. Melihat kawan kawan sakit dan dijemput ‘pergi’. Sudah cukupkah kita berbakti buat keluarga sendiri.
Berjuanglah dan santuni keluarga kita waktu begini. Kita mungkin tak boleh jadikan mereka kaya, tetapi kita boleh berikan mereka bahagia.
Tiap kali pulang ke rumah, belilah sesuatu buat mereka. Ada nilai kasih sayang hanya bersama gorengan di tepi jalan.
Mingguan Wanita : Betul sangat. Isteri tak minta lebih-lebih pun, bawa balik jajan untuk anak pun happy.
Sumber: Azizul Azli Ahmad
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita