Suami Bertanding Jawatan Exco Pemuda UMNO “Semoga Allah Sentiasa Memberkati, Melindungi Dirimu” Mira Filzah

Share

Suami Bertanding Jawatan Exco Pemuda UMNO. Disebalik kejayaan seorang suami pasti, ada isteri sentiasa di belakangnya.

Terbaru menerusi perkongsian di akaun Instagram, suami kepada pelakon popular Mira Filzah, Wan Emir Astar mengesahkan dirinya bertanding bagi jawatan Exco Pemuda UMNO dalam pemilihan parti bulan depan.

Suami Bertanding Jawatan Exco Pemuda UMNO

Meneruskan legasi keluarga, anak sulung daripada empat orang adik-beradik ini merupakan anak kepada bekas Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mastura Yazid.

Suami Mira Filzah merupakan seorang arkitek yang memiliki firma seni bina dan perusahaan membuat keputusan itu bagi membawa pembaharuan dalam parti.

Terdahulu, ibunya Datuk Mastura Yazid telah mengambil alih tempat suami, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar yang meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak.

Datuk Mastura yang merupakan bekas peguam bela, peguam cara dan penterjemah berjaya mengekalkan kerusi kawasan Parlimen Kuala Kangsar disandang Allahyarham dengan majoriti 6,969 undi pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar (PRK) 18 Jun 2016. Beliau kekal sebagai ahli parlimen Kuala Kangsar pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Doa Isteri Buat Suami Tercinta

Sebagai seorang isteri pastinya akan mendoakan yang terbaik buat suami.

“Semoga Allah SWT sentiasa membimbing setiap langkah, keputusan yang dibuat, membantu, mendengar, memberkati dan melindungi dirimu.

“Bismillahirrahmanirrahim. Allahumma yassir wala tu ‘assir,” begitulah komen Mira Filzah di hantaran posting Instagram Wan Emir.

Sebelum itu menerusi hantaran di Instagram Wan Emir telah memuat naik gambar dan kapsyen tentang dirinya yang menawarkan khidmat melalui Pemilihan EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Sesi 2023-2026.

“𝘋𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘮𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘚𝘞𝘛, 𝘴𝘦𝘳𝘵𝘢 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘸𝘢𝘵 𝘬𝘦 𝘢𝘵𝘢𝘴 𝘫𝘶𝘯𝘫𝘶𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘮𝘶𝘭𝘪𝘢 𝘙𝘢𝘴𝘶𝘭𝘶𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘚𝘈𝘞,

“Saya, 𝗪𝗮𝗻 𝗘𝗺𝗶𝗿 𝗔𝘀𝘁𝗮𝗿 𝗯𝗶𝗻 𝗪𝗮𝗻 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗞𝗵𝗮𝗶𝗿-𝗶𝗹 𝗔𝗻𝘂𝗮𝗿, setelah mengambil pandangan dan nasihat daripada sekalian rangkaian persahabatan, dengan rasa rendah diri dan penuh keinsafan, menawarkan khidmat saya melalui Pemilihan EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Sesi 2023-2026.

“Mungkin ada yang tertanya, kenapa saya mengambil keputusan ini. Hakikatnya, banyak luahan daripada orang ramai yang saya terima; dengan harapan mereka moga ‘parti keramat’ ini dapat terus berjuang atas landasan yang benar. Lebih-lebih lagi kita di pergerakan Pemuda yang menjadi tonggak utama dalam wadah ini, mestilah teguh berusaha untuk mendapatkan dan mengukuhkan keyakinan rakyat khususnya anak-anak muda terhadap perjuangan yang dibawa ini. Maka, antara sebab itulah terdetiknya dan termaktubnya suatu niat di hati, untuk menawarkan khidmat saya buat parti ini di landasan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia biarpun pada ambang penutupan pendaftaran calon pemilihan pada tempoh hari.

“Buat sahabat-sahabat para pewakilan Pemuda di seluruh negara, sekiranya kalian meletakkan kepercayaan kepada saya dan pasukan untuk menggalas amanah ini, maka saya akan laksanakannya dengan sedaya habis baik mungkin, berbekalkan pengalaman kerja, suka dan duka dalam meneruskan sebuah perjuangan — demi agama, bangsa dan tanah air tercinta.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua atas segala doa, dorongan, dan sokongan kalian. Saya juga ingin memohon kemaafan sekiranya ada kekurangan insan diri saya ini secara semulajadi, kesuntukan masa untuk berjumpa dengan semua, dan dalam kekhilafan tindak-tanduk saya pada hari yang mendatang, khususnya dalam tempoh kempen ini.

“Salam perjuangan dan persahabatan saya ucapkan. Saya Wan Emir Astar, sedia berkhidmat.” Kongsi Wan Emir Astar.

Baca Disini : Nampak Macam Ikan Laga, Busana Digaya Neelofa & Mira Filzah Jadi Tumpuan

Sumber / Sumber Foto : Instagram Wan Emir Astar

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!

Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.

 

Published by
Norhayati Suboh