Duit poket dan nafkah untuk isteri adalah dua perkara yang berbeza. Suami jangan salah faham. Selalunya,dia ingat nafkah itu dah cukup dengan sediakan tempat tinggal, perbelanjaan rumah dan sebagainya.
Ada juga isteri yang bekerja tidak kisah pun dapat duit poket atau nafkah sebab dia tahu kemampuan suami dia. Namun, kalau suami hulur, jangan tak ambil pula, walaupun hanya RM10, mungkin inilah keberkatannnya, bukan kedekut ye.
Suami kena faham betul-betul antara nafkah dan duit poket. Ada masanya duit poket yang suami beri inilah disimpan dan diguna untuk waktu kecemasan.
Inilah yang dikatakan oleh Mohd Fadhil tentang keberkatan duit poket yang diberikan pada isteri. Rezeki sentiasa ada untuk mereka sekeluarga.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: ‘Jangan Kedekut Untuk Berbuat Baik Pada Pasangan’ Ini Punca Rezeki Isteri Tak Putus
Suami Tak Kedekut Belanja Keluarga, Isteri Akan Rela Keluar Duit Untuknya
Info Lebih Menarik DI SINI
Sepanjang saya mendirikan rumah tangga selama hampir 9 tahun, inilah tahun pertama saya beri duit poket kepada isteri.
Sejak awal perkahwinan, saya amat-amat jarang dan boleh dikatakan tak pernah beri isteri duit poket. Ada ketika saya yang minta dia sebab saya ‘kering’. Jika ada sekali pun hanya RM50.00. Itupun boleh kira dengan jari berapa kali saya beri.
Nafkah bagi saya adalah tempat tinggal, cukup pakaian dan makan minum. Setiap bulan saya akan pastikan ada beras, keperluan anak, bahan dapur kering dan basah.
Itu sahaja.
Walau bagaimanapun perangai saya, jika ada rezeki bonus, saya akan hulurkan kepada isteri. Walaupun RM10.00.
Pernah sekali saya dijemput pergi ceramah, jauhnya mengambil masa 2 jam perjalanan.
Bayarannya hanya RM 200.
Pergi balik duit minyak dah RM100, tol RM50.00. Tinggallah baki RM50.00. RM10.00 hadiahkan kepada isteri, bakinya simpan untuk kecemasan (bagi isteri juga).
Begitulah.
Sehinggalah hari ini, Alhamdulillah, Allah kurniakan saya rezeki setiap bulan. Rezeki inilah saya berikan kembali kepada isteri.
Ada ketika dapat RM1000, saya beri RM500.00. Ada ketika siap buat kejutan, bawa dia ke kedai yang dia suka dan pilih sahaja nak apa, saya bayarkan.
Hari ni, dapatlah saya merasa hulurkan hadiah setiap bulan. Saya lebih suka beri wang, mudah isteri nak simpan atau nak belanja. Wang hadiah lain, wang beli barang peribadi lain.
Bagi saya, setiap rezeki saya pada hari ini adalah daripada doa seorang isteri. Maka, sebagai suami, jangan lokek atau kedekut hulurkan wang kepada isteri walaupun RM10.00.
Percayalah, rezeki kita akan mencurah-curah.
Mingguan Wanita : Berkat doa isteri, insya Allah rezeki suami sentiasa ada. Jangan sia-siakan.
Sumber: Mohd Fadhli
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita