Salah satu usaha suami supaya isteri rasa tidak terperangkap dalam ‘mode bekerja’ ialah dengan memberikan slot me time kepada isteri. Maklumlah tugasan isteri tidak pernah habis, tidak kiralah yang bekerja atau suri rumah.
Banyak masa dan tenaga isteri digunakan untuk bekerja selain menguruskan rumah tangga. Jangan biarkan isteri diselubungi kesibukan dan kepenatan kerana lambat-laun isteri akan mula rasa stres dan tertekan bila tiada ‘cuti’ dan sentiasa fikirkan tugas hariannya.
Ikuti perkongsian Mohd Fhais
dan hadam baik-baik demi keharmonian rumah tangga para suami isteri.Isteri Tiada Masa Untuk Me-Time
Sudah lama saya tidak meloihat isteri membaca novel. Padahal dulu dia lah hantu novel. Pantang ada novel baru, mesti hendak dibelinya. Sampailah satu ketika dulu saya ada tanya, “Kenapa tak baca novel lagi dah?”
Dia tak jawab tapi dia tanya balik pada saya, “Abang rasa bila sayang boleh baca novel?”
Krik… krik… krik…
Tak dapat hendak jawab soalan itu.
Sebab saya tahu kesibukan dia setiap hari. Dari pagi sampai malam kerja menanti.
Hari biasa bekerja, hari minggu pun bekerja. Dekat tempat kerja bekerja, dekat rumah pun bekerja. Padat amat rutin harian dia.
Dari situlah terdetiknya inisiatif untuk allocate satu masa me-time untuk isteri.
Kalau tak ada me-time memang isteri kita akan terperangkap dalam “mode bekerja” sentiasa.
Bila saya tahu saja bila waktu dia cuti, saya akan siapkan semua kerja rumah. Basuh baju, basuh pinggan, kemas rumah sikit-sikit. Jika ada kelapangan.
Kadang sempat buat, kadang tak sempat buat juga. Baiklah daripada tak ada inisiatif langsungkan.
Tujuannya supaya bila dia cuti, tak ada kerja hendak di buat. Barulah boleh tukar pada ‘mode rehat.’ Dapatlah juga dia baca novel ini setengah hari.
Nampak macam remeh me-time ini tapi sebab me-time inilah isteri kita dapat jauhi dari gejala stres, depresi, burnout dan sebagainya.
Punca terjadi masalah mental di kalangan para isteri ialah kerana mereka tidak sempat nak dapatkan me-time yang berkualiti setiap hari.
Biarlah jadi penyibuk agar isteri merasa me-time. Walaupun tidak selalu tetapi tentu saja isteri terharu bila suami prihatin dengan me-time isteri. Penting sangat me-time untuk isteri, tidak percaya cubalah!
Sumber: Mohd Fhais
Artikel berkaitan: Suami Nak Cerai Isteri Terlalu Garang, Hikmah “Me Time” Pasangan Kembali Bersama
Pentingnya ‘Me Time’, ‘We Time’ Untuk Suami Isteri, Sebulan Sekalipun Dah Cukup!
Walaupun Isteri Diberi ‘Me Time’, Hakikatnya Hati Tetap Pada Keluarga Juga, Percayalah!