Salah satu usaha suami supaya isteri rasa tidak terperangkap dalam ‘mode bekerja’ ialah dengan memberikan slot me time kepada isteri. Maklumlah tugasan isteri tidak pernah habis, tidak kiralah yang bekerja atau suri rumah.
Suami Berikanlah Slot Me Time Untuk Isteri
Banyak masa dan tenaga isteri digunakan untuk bekerja selain menguruskan rumah tangga. Jangan biarkan isteri diselubungi kesibukan dan kepenatan kerana lambat-laun isteri akan mula rasa stres dan tertekan bila tiada ‘cuti’ dan sentiasa fikirkan tugas hariannya.
Ikuti perkongsian Mohd Fhais dan hadam baik-baik demi keharmonian rumah tangga para suami isteri.
Isteri Tiada Masa Untuk Me-Time
Sudah lama saya tidak meloihat isteri membaca novel. Padahal dulu dia lah hantu novel. Pantang ada novel baru, mesti hendak dibelinya. Sampailah satu ketika dulu saya ada tanya, “Kenapa tak baca novel lagi dah?”
Dia tak jawab tapi dia tanya balik pada saya, “Abang rasa bila sayang boleh baca novel?”
Krik… krik… krik…
Ads
Tak dapat hendak jawab soalan itu.
Sebab saya tahu kesibukan dia setiap hari. Dari pagi sampai malam kerja menanti.
Hari biasa bekerja, hari minggu pun bekerja. Dekat tempat kerja bekerja, dekat rumah pun bekerja. Padat amat rutin harian dia.
Dari situlah terdetiknya inisiatif untuk allocate satu masa me-time untuk isteri.
Ads
Barulah Si Dia Tak Terperangkap Dalam ‘Mode Bekerja’
Kalau tak ada me-time memang isteri kita akan terperangkap dalam “mode bekerja” sentiasa.
Bila saya tahu saja bila waktu dia cuti, saya akan siapkan semua kerja rumah. Basuh baju, basuh pinggan, kemas rumah sikit-sikit. Jika ada kelapangan.
Kadang sempat buat, kadang tak sempat buat juga. Baiklah daripada tak ada inisiatif langsungkan.
Tujuannya supaya bila dia cuti, tak ada kerja hendak di buat. Barulah boleh tukar pada ‘mode rehat.’ Dapatlah juga dia baca novel ini setengah hari.
Ads
Nampak macam remeh me-time ini tapi sebab me-time inilah isteri kita dapat jauhi dari gejala stres, depresi, burnout dan sebagainya.
Punca terjadi masalah mental di kalangan para isteri ialah kerana mereka tidak sempat nak dapatkan me-time yang berkualiti setiap hari.
Biarlah jadi penyibuk agar isteri merasa me-time. Walaupun tidak selalu tetapi tentu saja isteri terharu bila suami prihatin dengan me-time isteri. Penting sangat me-time untuk isteri, tidak percaya cubalah!
Satu pinjaman yang paling bernilai dariNYA, bila ada ibu yang masih setia mendengar luahan anak-anak, kadang tunaikan keinginan anak-anak nak makan apa dan mungkin ada ibu yang sanggup gadaikan sesuatu sebab nak tolong anak-anaknya.
Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu dan bertuah lah jika kalian masih mempunyai RATU KELUARGA sampai hari ini, tempat menumpang kasih walau masing-masing sudah berumah tangga.
Namun, ada anak-anak yang terlalu sibuk uruskan hal dunia sampai lupa bertanyakan khabar ibu. Allahu… berubahlah nak, pulanglah jenguk ibu jika dia masih ada.
Atau mungkin kita lupa dan tak pernah tahu kasihnya ibu sampai tak sanggup nak ganggu kesibukan anak-anaknya walau hatinya sarat dengan rindu.
Nah, jemput selami hati seorang ibu dengan bait tulisan indah daripada seorang ibu, Hajjah Rohana Saad dalam perkongsiannya tentang pengorbanan kaum ibu.
Inilah Pengorbanan Seorang Ibu
SYURGA KECIL YANG KAU MILIKI ADALAH SENYUMAN IBU MU
Saat kita berganjak dewasa, saat itu juga ibu semakin tua. Kedut diwajahnya menjadi saksi hidup kita. Sudahkah kita membuat dia bahagia?. Masa bersama ibu tidak lama, masa berlalu begitu pantas. Sekejab saja ibu telah tua. Andai kita terlalu sibuk, tidak luangkan masa bimbang kita tak sempat ‘rapat’ dengan ibu sebelum ‘nafas terakhirnya’.
Kita tak pernah nampak pun lebam mata ibu bersengkang mata tak tidur malam menjaga kita. Kita tak tahu pun mereka pernah ikat perut tak cukup makan. Kita tak pernah ambil kisah pun mereka jenuh berlari nak setlekan hutang demi membesarkan anak-anaknya.
Jangan biarkan masa berlalu tanpa berbakti padanya. Takut nanti tidak sempat Allah menjemputnya di tengah kelalaian kita. Kita sibuk mencari syurga Dunia semakin jauhlah syurga sebenar kita.
Ibu selalu punya cara untuk membuat anaknya bahagia. Punya beribu alasan untuk mengorbankan diri demi anaknya. Ibu selalu memberi yang tidak pernah orang lain beri untuk anaknya. Memberi apapun dalam hidupnya, hanya demi melihat anaknya bahagia. Masih tega kita menyakitinya?.
“Allah memerintahkan aku berbakti pada ibuku dan tidak menjadikan ku sebagai orang yang sombong dan celaka” (QS Mariam:32). Hadis Rasullullah saw “Orang tua adalah sebaik baik pintu syurga. Jika kamu mahu, jagalah pintu itu jangan kau sia-siakan”(HR Tarmidzi).
Semoga Allah mengampuni semua dosa kita dan kelalaian serta kekhilafan kita sebagai anak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Isteri berharta, rasa suami bergantung hidup dengan dirinya, dominan dalam rumah tangga. Dalam era moden ini, peranan suami isteri dalam keluarga sering kali mengalami perubahan yang ketara.
Isteri Berharta, Rasa Suami Bergantung Hidup Dengan Dirinya
Salah satu perubahan yang sering dibincangkan adalah apabila isteri mempunyai harta atau pendapatan yang lebih tinggi berbanding suami. Walaupun hal ini mungkin dianggap sebagai pencapaian yang positif bagi keluarga, ia kadang kala menimbulkan isu emosi dan psikologi antara suami dan isteri.
Memang ada isteri yang berpendapatan atau berharta lebih, yang merasakan suami bergantung sepenuhnya kepadanya.
1. Perubahan Dinamika Kuasa dalam Rumah Tangga
Secara tradisional, suami sering dianggap sebagai penyumbang utama kewangan dalam keluarga. Namun, dengan peningkatan peluang pendidikan dan pekerjaan bagi wanita, peranan ini tidak lagi eksklusif kepada lelaki. Ramai isteri kini mempunyai kedudukan yang kukuh dari segi kewangan. Namun, perbezaan dalam sumbangan ekonomi kadangkala mencetuskan rasa tidak seimbang dalam peranan dan tanggungjawab.
Bagi sesetengah isteri, apabila mereka menjadi penyumbang utama atau memiliki lebih banyak harta, mungkin timbul perasaan bahawa suami bergantung sepenuhnya kepada mereka. Perasaan ini boleh menyebabkan ketegangan, terutamanya jika ia melibatkan isu-isu ego atau maruah suami yang mungkin merasa tidak lagi dihormati atau dilihat sebagai “pemimpin” keluarga.
2. Punca Perasaan Ini Berlaku
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada perasaan isteri bahawa suami bergantung pada dirinya:
Perbezaan Pendapatan: Apabila isteri mempunyai pendapatan yang lebih tinggi, terdapat kemungkinan dia merasa beban kewangan yang lebih besar terletak pada bahunya. Ini boleh mencetuskan rasa tidak puas hati jika isteri merasakan suami tidak memberi sumbangan yang sewajarnya.
Kurang Pengiktirafan: Isteri mungkin merasakan suaminya tidak mengakui atau menghargai usaha yang dilakukan dalam memastikan kestabilan kewangan keluarga. Ini boleh menimbulkan rasa penat emosi dan fizikal.
Persepsi Masyarakat: Tekanan dari norma sosial yang masih melihat lelaki sebagai penyumbang utama dalam keluarga boleh menambah ketegangan. Masyarakat yang masih memegang teguh kepada stereotaip ini mungkin menyebabkan isteri merasakan suaminya gagal memenuhi peranannya.
Dominan Dalam Rumah Tangga
3. Kesan Kepada Hubungan Suami Isteri
Perasaan bahawa suami bergantung sepenuhnya kepada isteri dari segi kewangan boleh memberi kesan buruk kepada hubungan suami isteri. Beberapa kesan yang mungkin berlaku termasuk:
Ketidakseimbangan Kuasa: Apabila isteri merasakan dia memegang kawalan penuh dalam urusan kewangan, suami mungkin merasa diketepikan. Ini boleh menyebabkan ketidakpuasan hati, rasa rendah diri, dan seterusnya menjejaskan hubungan mereka.
Kurangnya Rasa Hormat: Perasaan bahawa suami “bergantung” kepada isteri boleh merosakkan rasa hormat yang diperlukan dalam sebuah perkahwinan. Tanpa rasa hormat ini, komunikasi yang baik dan saling memahami sukar untuk dicapai.
Stres dan Kekecewaan: Kedua-dua pihak mungkin mengalami stres yang tidak disedari. Isteri merasa terbeban, manakala suami merasa tertekan kerana dianggap tidak mampu menyumbang seperti yang diharapkan.
4. Langkah-Langkah Mengatasi Masalah Ini
Tidak dinafikan, situasi ini memerlukan kerjasama daripada kedua-dua pihak untuk mengatasinya. Beberapa langkah yang boleh diambil adalah:
Komunikasi Terbuka: Suami dan isteri perlu berbincang secara terbuka mengenai perasaan mereka. Isteri perlu menyuarakan jika dia merasa terbeban, manakala suami harus bersedia untuk mendengar dan mencari jalan untuk membantu mengurangkan tekanan tersebut.
Sokongan Emosi: Selain sokongan kewangan, sokongan emosi juga penting dalam hubungan suami isteri. Suami boleh menunjukkan bahawa dia menghargai isteri dengan memberi perhatian dan sokongan emosi, serta membantu dalam urusan rumah tangga.
Pengurusan Kewangan Bersama: Walaupun isteri mempunyai pendapatan yang lebih tinggi, adalah penting untuk suami dan isteri bekerjasama dalam menguruskan kewangan keluarga. Dengan cara ini, kedua-dua pihak merasa mereka memainkan peranan yang sama penting dalam memastikan kestabilan rumah tangga.
Menyemai Rasa Syukur dan Penghargaan: Kedua-dua suami dan isteri perlu belajar untuk bersyukur dan menghargai peranan masing-masing. Kejayaan isteri dalam kerjaya tidak harus dilihat sebagai kelemahan suami, sebaliknya sebagai kekuatan bersama yang boleh membantu keluarga mencapai matlamat yang lebih besar.
5. Mengubah Persepsi Diri dan Masyarakat
Selain daripada usaha dalam rumah tangga, adalah penting juga untuk mengubah persepsi masyarakat tentang peranan suami isteri dalam aspek kewangan. Lelaki tidak semestinya perlu menjadi penyumbang utama kewangan, dan wanita tidak semestinya hanya di rumah menjaga anak-anak.
Kedua-dua pihak harus saling melengkapi dan memahami bahawa kekuatan hubungan terletak pada sokongan bersama, bukan hanya dari segi kewangan tetapi juga emosi, mental dan fizikal.
Perasaan bahawa suami bergantung pada isteri yang lebih berharta boleh menimbulkan cabaran dalam perkahwinan, tetapi dengan komunikasi yang baik, saling menghormati, dan sokongan yang mantap, situasi ini boleh diatasi.
Peranan suami dan isteri dalam rumah tangga moden perlu difahami sebagai perkongsian yang setara, di mana kedua-dua pihak memainkan peranan penting dalam membina keluarga yang bahagia dan berjaya.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Anak ramai, isteri jadi garang sebab penat, suami jangan dungu, bantulah urus rumah tangga. Pernah tular satu perkongsian oleh seorang suami yang ingin menceraikan isterinya kerana terlalu garang sejak mengandung anak kedua.
Anak Ramai, Isteri Jadi Garang Sebab Penat, Suami Jangan Dungu, Bantulah Urus Rumah Tangga
Si suami memilih untuk bercerai kerana isterinya dikatakan tidak lagi lemah lembut seperti ketika dia mula mengenalinya semasa belum berkahwin dulu. Alasan lelaki ini untuk bercerai semata-mata kerana isterinya garang, selalu marah sambil menjerit pada anak sulung dan tidak lagi lemah lembut memang tidak boleh diterima akal.
Ada banyak faktor yang perlu diperhatikan. Bukan hanya sekadar menyalahkan pihak isteri sahaja. Dr Say Shazril Shaharuddin juga terpanggil untuk respon tentang topik yang diperkatakan itu. Berikut ulasan Dr Say Shazril Shaharuddin
Topik: Anak Ramai, Bini Mengilai, Suami Minta Cerai
Anak sulung saya autistic kiranya mencabar habis dah. Dalam kes saya, bini saya memang bukan seorang yang lembut sebelum kahwin. Beliau seorang yang firm, competitive dan logical tapi i marry her for that.
Saya tak suka yang lemah lembik nak makan mana direplynya “urmm ikut u lah”, nak pergi mana “urmm ikut u lah” yg takde ketetapan hati & tak visionary. Tapi bini saya sedikit “loud”. Kita sembang sebelah dia, dia reply macam pakai airpods, cukup lantang.
Tambahan wanita kalau awal-awal dah tak lembut, apetah lagi bila ada anak ahaha. Tapi looking back, bila ada anak (sekarang tiga), bini saya lebih lembut berbanding masa ada satu anak dulu.
Mungkin masa satu anak dulu, kami takde experience membesarkan anak tu, tak tahu apa tanggungjawab masing-masing, saya in denial yang anak saya autistic, saya tiada manager dan saya ralit dengan Mobile Legends.
Banyak kali jugak bini menangis break down sebab tekanan dan sebab suami ibarat kerja di pelantar Kemaman. Diminta cerai oleh bini toksah bilang berapa kali mujur talak tak jatuh kat wanita kalau tak hidup mati balik pun saya tak boleh kawin dengan dia.
Apa yang saya pelajari dari incident ni adalah, sejauh mana kita tengok betapa kuatnya isteri kita, everyone has their limit. Indicator dia simple, kalau wife banyak tinggi suara, itu tandanya mereka penat, as easy as that.
Dan kita sebagai suami janganlah jadi dungu hanya ber-huhu instead ringankan mana yg perlu. Bini masak, kita kemas. Bini bagi anak makan, kita mandikan anak. Bini tidurkan satu anak, kita tidurkan satu lagi anak.
MARRIAGE IS A TEAMWORK. Coming together is a beginning, keeping together is progress, working together is success. Alhamdulillah bini sekarang lebih tenang, perkahwinan kami lebih riang, tu yg kami rasa kami mampu menimang. What say u on this topic? Ke patut je suami-suami ceraikan bini-bini singa+naga+serigala ni?
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.