Suami Beri Kejutan Istimewa Di Lapangan Terbang, Bawa Sheila Majid Bercuti Ke Destinasi Impian! Bertuahnya!

Share

Sebenarnya, macam-macam cara para suami boleh lakukan untuk membahagiakan hati seorang, lebih-lebih lagi pada hari yang istimewa seperti Hari Lahir mahupun pada Ulangtahun Perkahwinan. Pastinya detik ini dirasai dengan lebih bermakna. Jika mempunyai bajet yang lebih sikit, tidak salah para suami beri kejutan, hadiahkan isteri ke destinasi percutian idaman yang diimpikan selama ini.

Baru-baru ini,Datuk Hashridz Murshim,47 atau Acis yang merupakan suami kepada Ratu Jazz Malaysia, Datuk Sheila Majid,53 ada membuat kejutan pada isterinya sempena hadiah ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-15 iaitu percutian ke destinasi impian penyanyi ini.

Lebih istimewa, bekas pemain keyboard untuk kumpulan Gersang ini hanya memberitahu isterinya lokasi percutian yang dipilih hanya ketika mereka telah berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Beruntungnya!

Berikut perkongsian yang dimuat naik didalam instagram komposer terkenal ini.

“Saya memberitahu isteri saya akan membawanya ke suatu tempat untuk beberapa malam dan beliau hanya tahu destinasi tersebut ketika kami mahu berlepas. Saya beritahu padanya, keperluan yang perlu dibawanya adalah topi. Selamat Ulang tahun ke 15, sayang”

Acis juga ada memuat naik video Shiela mendapat buku Alhambra, serta berkongsi gambar-gambar menarik ketika mereka berada di lokasi bersejarah, Granada, Andalusia, Sepanyol.

Ramai yang berkongsi kegembiraan, mengucapkan tahniah dan selamat menyambut hari ulang tahun perkahwinan buat pasangan ini, tidak kurang ada yang menganggap kejutan yang dilakukan Acis sangat romantik.

Terdahulu, pasangan in mendirikan rumahtangga pada 3 Jun 2003 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Khadeja Zaireen Murshim dan Khalefa Laila Murshim.

Sumber: IG @hashridz, missmajid

Published by
Suhaidah Abd Wahab