Sebenarnya, macam-macam cara para suami boleh lakukan untuk membahagiakan hati seorang, lebih-lebih lagi pada hari yang istimewa seperti Hari Lahir mahupun pada Ulangtahun Perkahwinan. Pastinya detik ini dirasai dengan lebih bermakna. Jika mempunyai bajet yang lebih sikit, tidak salah para suami beri kejutan, hadiahkan isteri ke destinasi percutian idaman yang diimpikan selama ini.
Baru-baru ini,Datuk Hashridz Murshim,47 atau Acis yang merupakan suami kepada Ratu Jazz Malaysia, Datuk Sheila Majid,53 ada membuat kejutan pada isterinya sempena hadiah ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-15 iaitu percutian ke destinasi impian penyanyi ini.
Lebih istimewa, bekas pemain keyboard untuk kumpulan Gersang ini hanya memberitahu isterinya lokasi percutian yang dipilih hanya ketika mereka telah berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Beruntungnya!
Ads
Berikut perkongsian yang dimuat naik didalam instagram komposer terkenal ini.
“Saya memberitahu isteri saya akan membawanya ke suatu tempat untuk beberapa malam dan beliau hanya tahu destinasi tersebut ketika kami mahu berlepas. Saya beritahu padanya, keperluan yang perlu dibawanya adalah topi. Selamat Ulang tahun ke 15, sayang”
Acis juga ada memuat naik video Shiela mendapat buku Alhambra, serta berkongsi gambar-gambar menarik ketika mereka berada di lokasi bersejarah, Granada, Andalusia, Sepanyol.
Ramai yang berkongsi kegembiraan, mengucapkan tahniah dan selamat menyambut hari ulang tahun perkahwinan buat pasangan ini, tidak kurang ada yang menganggap kejutan yang dilakukan Acis sangat romantik.
Terdahulu, pasangan in mendirikan rumahtangga pada 3 Jun 2003 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Khadeja Zaireen Murshim dan Khalefa Laila Murshim.
Ramai mak ayah yang terlepas pandang dengan penggunaan gajet dan televisyen pada anak-anak. Tidak kurang juga ramai yang menjadikan dua benda ini sebagai ‘babysitter’ buat anak, ‘umpan’ agar dapat melekakan mereka dan ‘tidak menggangu’ kerja-kerja yang mak ayah sedang lakukan.Tindakan ini amat tidak wajar sama sekali. Pendedahan pada gajet dan televisyen tanpa kawalan, mampu beri kesan buruk pada perkembangan anak-anak terutamanya yang masih dibawah umur 2 tahun.
Pendedahan ini dikongsikan oleh Fac The Kids House sebagai rujukan mak ayah.
#GAJET PENAWAR ATAU RACUN BAGI ANAK?
Kalau anak anda mengamuk, tantrum dan berlari-lari tak dengar cakap, apa yang anda buat? Umpan dengan gajet betul?
Berapa ramai ibu bapa di sini yang didik anak mereka dengan upin ipin, didi and friends, boboboy dan lain-lain seawal usia 5 bulan keatas? Angkat tangan.
Antara Kesan Negatif
Kajian menunjukkan anak-anak di bawah umur 2 tahun yang di biarkan menonton rancangan di TV akan mengalami efek negatif yang lama pada perkembangan bahasa, skil membaca dan ingatan memori jangka pendek. Kesan menonton TV pada 2 tahun pertama juga akan mengganggu tidur dan tumpuan anak-anak apabila mereka meningkat dewasa.
Kajian di Malaysia yang ada dilaporkan dalam sebuah mesyuarat ECCE Council baru-baru ini menyatakan bahawa 10 tahun dahulu, kadar masa fokus bagi pelajar di dalam kelas adalah 13 minit. Hari ini, kadar masa fokus telahpun jatuh pada hanya 4 saat.
Ramai guru yang mengadu tentang permasalahan mengawal anak murid dalam kelas, dan inilah antara puncanya; terlalu banyak didedahkan dengan pelbagai jenis gajet, tanpa pengawalan yang serius.
Rajah di bawah (lihat pada gambar)menunjukkan perbezaan antara otak yang normal dan otak yang mengalami rangsangan gajet yang berlebihan tetapi rangsangan stimulasi sensori yang berkurangan.
Kurang Stimulasi Sensori
Buat pengetahuan semua, 3 tahun pertama pertumbuhan otak adalah sangat penting kerana saiz otak adalah dua pertiga saiz otak dewasa. Jika anak-anak mengalami masalah kurangnya stimulasi sensori seperti yang dilihat dalam rajah (ruang-ruang kosong), maka sangatlah rugi besar bila mana sel-sel otak tersebut mati begitu sahaja.
Sebelum anda salah faham, permasalahan ini bukanlah pada apa yang anak-anak lakukan sewaktu menonton televisyen atau sewaktu bermain gajet, tetapi apa yang mereka TIDAK LAKUKAN sewaktu dalam proses tersebut, yang mungkin berjam-jam lamanya (jika tidak dikawal dengan baik).
Anak Perlu Interaksi
Perkembangan anak-anak adalah berlandaskan pada bagaimana aktifnya mereka berinteraksi dengan ibubapa atau penjaga dan juga sebanyak mana mereka melihat interaksi ini berlaku. Menonton televisyen atau bermain gajet hanya melibatkan efek 2D yang bukan realiti.
Kajian ada melaporkan, kebiasaannya, ibubapa akan bercakap dalam 940 patah perkataan per jam apabila anak-anak ada bersama mereka. Itupun jika ibubapa tersebut prihatin dan rajin bersembang. Apabila TV di pasang, bilangan patah perkataan ini jatuh hingga ke 770 per jam.
Semakin kurang perkataan yang di sebut, semakin kuranglah pembelajaran perkataan baru. Semakin kurang jugalah kosakata yang boleh disimpan dalam lexical database otak kita. Antara sebab ramai anak yang lambat bercakap juga adalah di sebabkan oleh kurangnya perbualan antara ibubapa dan anak-anak.
Alami Masalah Fokus
Doktor Christakis yang merupakan Direktor pada Center for Child Health, Behavior & Development in Seattle, juga melaporkan bahawa anak-anak yang di bawah umur 3 tahun akan berkemungkinan besar mengalami masalah fokus di sekolah kelak jika diletakkan di hadapan televisyen berjam-jam lamanya.
Malah, dalam kajian beliau mendapati, setiap 1 jam tontonan sehari akan menyebabkan 10% masalah fokus, 2 jam pula akan menyebabkan 20% masalah fokus, jika dibandingkan dengan anak-anak yang tidak didedahkan langsung dengan televisyen. Apa bezanya televisyen dan pendedahan pada gajet yang berjam-jam lamanya dalam satu hari?
Jika betullah kata-kata “you are what you eat” maka, apa yang berlaku adalah “otak anak-anak adalah sebagaimana apa yang dipaparkan pada mereka“. Artikel ini bukanlah bertujuan untuk menyalahkan teknik keibubapaan anda, tetapi untuk kita sama-sama fikirkan cara yang boleh kita perbaiki untuk membantu rangsangan positif pada anak-anak.
Bukan tidak boleh menggunakan gajet atau menonton televisyen, tetapi adalah lebih baik jika anda sentiasa bersama anak-anak dan berkomunikasi dengan mereka untuk menstimulasikan otak mereka.
Gajet atau televisyen bukanlah babysitter buat anak-anak anda. Adalah tidak adil jika anda menyalahgunakan teknologi dengan cara ini. Rata-rata kajian menyarankan kurang dari 2 jam pendedahan pada gajet atau televisyen setiap hari bagi menyeimbangkan pertumbuhan otak anak-anak anda. Adalah lebih baik jika anak anda yang berumur bawah 2 tahun, langsung tidak didedahkan dengan gajet.
Sila share jika bermanfaat.
Disediakan oleh : Assist. Prof. Dr. Putri Afzan Maria Zulkifli
Deputy Dean, Faculty of Early Childhood Studies, UNITAR
Pesan penyanyi Nora Ariffin yang juga isteri kepada allahyarham komposer Johan Nawawi, ‘isteri carilah kebaikan dari suami. Jangan mencari salah suami semata-mata.
Kerana sewaktu ada di depan mata inilah, isteri hargai kehadiran pasangan. Arwah Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017, sehingga ke hari ini Nora sentiasa mengingati kenangan-kenangan manis bersama suami tercinta.
Luahnya di instagram miliknya,
Dalam kehidupan berumahtangga..
Carilah kebaikan dari suami.
Jauhi mencari keburukan semata- mata.
Tiada manusia yang sempurna.
Terimalah pasangan kita seadanya.
Mungkin asbab pasangan kita ini, adalah jalan untuk kita ke syurga.
Doa dan sentiasa yakin dengan ketentuan & hikmah dari Allah.
Muhasabah diri.
Sabar & redha adalah kunci.
Redha ibu, redha Allah
Redha suami, redha Allah.
Peritnya Hidup Tanpa Orang Yang Kita Sayang
Dan ketika berkongsi catatan ini, Nora sekali lagi menegaskan di ruangan komen sebab musabab dia menitipkan pesan ini untuk para isteri yang masih dianugerahkan suami.
“Alhamdulilah.. Saya dah tak de suami… Itu sebabnya nak sangat, para isteri di luar sana tahu… Betapa perit hidup tanpa orang yang kita sayang.”
Sebelum ini pun, Nora ada berkongsi gambar terakhir kali dia menatap wajah arwah suami tercinta. Pesannya,
Siapapun kita.
Inilah pengakhiran kita.
Kali terakhir melihat wajah & jenazah Johan Nawawi.
Solat lah….
Sebelum kita disolatkan.
Al-fatihah.
#adadalamtiadabynora
Nora Ariffin bersama ibunya.
Jaga Makan Suami, Jangan Bagi Orang Gaji Yang Buat
Walau pun membesarkan anak sendirian, selepas pemergian suami. Nora tetap terlihat kuat. Empat orang anaknya, Mohd Syakir Iman Johan, Mohd Syakir Alif, Putri Nur Dahlia dan Putri Nur Fatehah membesar dengan sempurna.
Malah anak sulungnya sudah pun mendirikan rumahtangga awal tahun ini dengan pasangan hidupnya, Eilya Sofea Azman.
Biarpun bergelar ibu tunggal, Nora tak pernah lupa nasihat satu-satunya ibu tercinta.
“Di antara nasihat yang sentiasa dipegang untuk menjadi isteri yang baik. Ma selalu pesan.. nak jadi isteri yang baik. Kena.. jaga makan suami, jangan bagi orang gaji yang buat, taat pada suami, patuhi hak dia dan jangan terlalu control suami.”
Buat majlis hari jadi anak di balai bomba, wanita kongsi cara nak mohon kebenaran. Bila tiba hari lahir anak, mak-maklah yang paling teruja.Terfikir di mana mahu meraikan majlis kerana tarikh ini datang setahun sekali.
Tempat paling biasa mak-mak raikan di restoran makanan segera, kedai makan atau mana-mana lokasi yang difikirkan sesuai untuk mengumpulkan ahli keluarga.
Untuk mencipta kelainan dan kenangan bagi anak, satu perkongsian dari fb Ayu Suhana, ibu ini berkongsi cara bagaimana memohon kebenaran jika mahu mengadakan majlis hari jadi anak di balai bomba.
Mungkin kita terfikir tempat-tempat begini tidak boleh dimasuki orang awam tetapi sebenarnya ia boleh dilakukan dengan syarat memohon kebenaran. Baca perkongsian dari Ayu Suhana. Mana mak-mak yang nak cuba, untung-untung jumpa abam bomba hensem.
Buat Majlis Hari Jadi Anak Di Balai Bomba
Bagaimana Cara Mengadakan Majlis Harijadi di Balai Bomba?
Neno..neno.. jadinya ramai bertanya macam mana Mama organize birthday anak-anak di balai bomba tempoh hari. Di sini dikongsikan panduan untuk rujukan bersama.
Wanita Kongsi Cara Nak Mohon Kebenaran
Info yang dikongsikan adalah melalui pengalaman sendiri, mungkin berbeza dengan yang lain. Namun kebiasaannya prosedur tidak jauh berbeza.
Lokasi Balai Bomba
Yang pertama, pastikan terlebih dahulu lokasi balai bomba mana yang anda nak buat majlis. Telefon dulu bertanya sama ada balai tersebut membenarkan diadakan majlis harijadi. Janganlah dial 999. Kita bukan kecemasan, kita nak buat birthday je pun.
Boleh google nombor pejabat balai bomba yang kita maksudkan dan bercakap dengan pegawai yang berkenaan. Tanya tarikh yang available untuk diadakan majlis harijadi anak anda. Percayakah anda ada balai yang dah fully booked sampai tahun depan? Pastikan anda membuat perancangan awal. Antara balai yang popular ialah Balai Bomba TTDI dan Sri Hartamas. Untung kami buat di Balai Bomba Cyberjaya sebab ada abam bomba influencer yang popular..hai abam Ijat.
Step seterusnya kena buat permohonan. Tulis surat permohonan memohon kebenaran bagi mengadakan majlis di balai tersebut dan nyatakan butiran-butiran penting lain seperti tarikh, masa dan bilangan tetamu. Surat permohonan tersebut boleh di emel atau dihantar secara serahan tangan.
Tunggu kelulusan. Tempoh menunggu kadang kala mengambil masa 1-2 minggu. Kalau masih belum menerima sebarang jawapan, boleh follow up tanya ya. Kena sentiasa beringat yang mereka bomba ya bukan event space.
4.Program aktiviti. Banyak aktiviti menarik yang abam bomba ada antaranya fire safety/ fire extinguisher demo, berpeluang menaiki fire truck pusing2 sambil siren dibunyikan (Mama paling excited yg ni!) dan jangan lupa remind tetamu anda untuk bawa tuala dan baju extra sebab aktiviti terakhir ialah mandi pili bomba. Dah macam waterpark. Budak-budak sukalah sangat yang ni..Splash..splash. Namun, semua aktiviti ini bergantung kepada keadaan. Sebab abam bomba sentiasa on standby. Sekiranya mereka ada operasi, mereka akan terus berkejar bertugas.
5. Sekiranya permohonan telah diluluskan, maka barulah kita start buat preparation. Bermula dengan buat invitation. Mama buat RSVP invitation guna Canva sahaja. Kemudian tempah makanan, pilih menu ringkas sebaiknya untuk mudah dikendalikan. Jangan lupa portion makanan utk abam-abam bomba yang ohsem tu ya.
Banner birthday kami tempah tak letak nama, kosong sahaja. Jadi kalau sesiapa nak pinjam boleh roger ya. Kostum bomba nak pinjam pun boleh. Ada 7 pasang semuanya, anak sedara ramai.
Caj Bayaran. Berapa caj yang dikenakan untuk event 3 jam ini? TIADA.Ya tiada sebarang bayaran dikenakan. Namun hulurlah sedikit saguhati selayaknya untuk abam-abam bomba yang sangatlah ohsem, sangat sporting, sangat mesra, sangat cool melayani anak-anak sepanjang majlis berlangsung.
Sekian 6 tips dari Mama Firefighter. Harap membantu semua di luar sana..neno..neno.
Dalam kehidupan seharian seorang Muslimah, perlu disulami rasa cinta yang mendalam terhadap Al Quran.
Kiasan Ustazah Sharifah Khasif Fadzillah ketika menyampaikan Tahsin & Selawat di Festival Ummah Mega Haflah: Bidadari Berselawat, Wanita Peneman Syurga, Semarak Cahaya Al Quran” sememangnya mempunyai mesej yang amat mendalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Wah enaknya, Ayam Rendang Terangkat, Rasa Melekat. Beberapa hari saja umat Islam akan menyambut Syawal. Istimewa hari ini, Mak Empal Masak Apa Hari Ini?...