Suami Berehsanlah Kepada Isteri, Dapat Buat 4 Perkara Ini Pun Dah Sangat Membahagiakan Suri Hati

Share

Pesanan buat para suami, berehsan lah dengan isteri.Bantulah hal kerja-kerja rumah, permudahkanlah urusan isteri lebih-lebih lagi jika memiliki anak kecil. Perkara dan pertolongan yang nampak remeh oleh suami, namun beri makna cukup besar buat isteri serta pasti sangat dihargai.

Berikut perkongsian Fauzan N Siti sebagai panduan buat kita.

Untuk SUAMI… Berehsanlah kepada isteri kamu.

Makan malam bersama cinta hati dan maryam sebab abang-abang dan kakak ada kelas teakwondo.Masuk ke kedai.. duduk..tapi perit tekak sebab ada yang kurang cerdik hisap rokok macam minta mati cepat..jadi kami alih tempat duduk.

Berhadapan kami..satu keluarga..masyaaAllah baik-baik anak-anaknya.6 orang.Yang paling kecil didukung ibu agak-agak usia 4 atau 5 bulan. Saya mengadap meja meraka, mata saya tak habis pandang. Ibunya sekejap bangun, sekejap duduk, sekejap bangun, sekejap duduk.Dodoikan anak.

Ayah?

Cuba teka..

Ya.. Tengok Telifon.

Kami dapat makanan dahulu.Saya makan dengan tenang, teringat masa anak saya kecil-kecil..kalau makan suami akan ambil anak, dia hebat bab makan sambil gendong anak. Macam tiada apa yang digendung..laju sahaja dia habis makan.

Mata saya tak habis pandang lagi ibu itu. Saya dapat tangkap dia sebut..

” Udah ya dik…ibu letih..jom kita duduk?”

Saya pandang suaminya..tak angkat muka lagi.Sambil saya makan, makanan mereka pun sampai.Bapa laju mengadap makanan

Ibu?

Sebelah tangan anak, bahu dengan napkin putih sebelah tangan suap makan.

Saya makan laju-laju sikit.Bila ibunya nampak tak boleh nak makan.letih lengan barangkali.. Saya dengar dia cakap pada anak yang paling tua.

“Along, tolong ambik adik sekejap”

Soleh sungguh..laju-laju alongnya minum air dan ambil adik..

Sedang ibunya makan..alongnya macam nak terjatuh adik tu…mak nya terjerit..along!

Laju-laju saya pergi..

“Mari puan.. saya jaga dukung baby..”

“Puan makan ya, minum”

Nampak riak muka ibu itu terkejut, lepas itu senyum dan ucap terima kasih…

Laju-laju ibu itu minum.

Saya cakap

“Tak pa puan, pelan-pelan”

Mungkin dia rasa takut menyusahkan saya.Dia minum cepat-cepat dan kembali ambil baby.

Terdengar bapa nya cakap

“Elok diam dia”

Tak tahu macam mana saya nak bereaksi.Adakah kerana anak diam,boleh biar isteri pegang sepanjang masa?

Untung kamu punya isteri baik begitu.

Ini nasihat saya kepada bapa-bapa.Isteri ini tak minta banyak.Kalau nak di banding kan dengan banyak yang telah dia korbankan dan beri bagi memudahkan pihak suami.Tak terbalas dek suami.

EHSAN suami pada isteri yang ber anak kecil yang pasti isteri akan sangat-sangat hargai.

1.Mudahkan Waktu Makan Terutama Waktu Anak Bawah 1 Tahun

Mohon bergilir pegang atau jaga anak, benarkan isteri makan dahulu terutama isteri yang menyusu badan. Lapar memang sangat lapar bukan di buat-buat. Suami tidak menyusu badan dan perut sedia ada lemak tersimpan tu…tak lapar mana..boleh tahan..

Kalau mampu suap isteri itu lebih bahagia.

2. Mudahkan Urusan Menunggu

Contohnya kalau tengok kedai makan ramai orang dan dapat parking tidak jauh, tak payah minta isteri keluar kereta lagi..biar dia tunggu dengan aircond on. Bila makanan sampai pergi ambil anak dan isteri.

Ini tidak..dah lah bawak sekali, menunggu panas-panas, tolong dukung anak tak mahu, muka tengok phone, anak menangis marah, makanan sampai dia hadap dulu…isteri terkulat-kulat lapar dan letih..kesian.

3. Beri Masa Isteri Tidur dengan Tenang Di Luar Waktu Tidur

Ehsankan isteri yang sudah berjaga malam menyusu anak anda.Jadi kalau nampak isteri letih, offer jaga anak-anak.Suruh isteri masuk bilik kunci pintu dan tidur.

Ini tidak… ramai bapa macam cacat pun ya..Anak nangis tak reti nak buat apa, anak berak tak reti nak buat apa, anak nak makan tak reti nak buat apa..yang reti..cakap ” pergi kat ibu/mak/mama” …eh…teruk sangat cacatnya tu.

4. Ringan Urusan Sampingan Isteri

Kalau isteri dah basuh baju, tolong sidai kan.. kalau makan, basuhkan pinggan anak-anak, kalau mahu keluar, tolong sarungkan baju seluar anak-anak. Nampak kecik tapi benda-benda ini kalau ditimbun atas bahu isteri sahaja di tambah pula dengan tak tidur malam menyusu dan lapar..ianya sangat -sangat menyiksakan.

Tidak jadi pondan suami kalau tolong basuhkan pinggan.

Dan mertua pula.. jangan sedap mulut mengomel cakap menantu mengkulikan anak jantan awak.Kalau tak nak anak jantan kerja.. jangan bagi kahwin..awak bela sampai tua.

Cukup rasanya 4 ini mampu buat yang ini pun dah sangat-sangat membahagiakan isteri.

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.

Suami baik menghasilkan isteri yg solehah dan isteri solehan menghasilkan ibu yang mithali.

*terima kasih cinta hati*

Semoga perkongsian ini bermanfaat

Sumber:Fauzan N Siti

Published by
Suhaidah Abd Wahab