Suami belasah isteri di penjara 3 bulan, denda RM2000. Kata hakim isteri bukan punching bag. Pasti ramai yang masih mengingati video tular di media sosial di mana seorang suami tanpa belas kasihan bertindak menarik rambut dan menendang isteri sebelum perbuatan itu dirakam dan dimuat naik di media sosial.
Susulan tindakan kejam itu, polis menjalankan siasatan dan membawa kes ini ke pendakwaan. Berjalan begitu pantas, kes yang menarik perhatian ramai ini akhirnya menemui titik noktah apabila hakim menjatuhkan hukuman penjara 3 bulan ke atas tertuduh.
Memetik Harian Metro, lelaki berkenaan yang juga bekas suami kepada penyanyi dangdut, yang merupakan seorang ahli perniagaan dihukum penjara tiga bulan dan denda RM2,000 di Mahkamah Majistret, di sini, tadi, selepas didapati bersalah memukul isterinya.
Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Reduan Mahamood, 58, yang mengaku bersalah.
Sekiranya tertuduh gagal membayar denda, mahkamah memerintahkan tertuduh dikenakan tambahan hukuman penjara selama sebulan.
Nik Siti Norazlini dalam hujahnya turut menasihati tertuduh dan mengharapkan hukuman itu dapat memberi pengajaran kepadanya.
Ads
“Seorang isteri adalah pendamping bukannya ‘punching bag’. Saya harap hukuman ini dapat memberi pengajaran kepada kamu. Jangan buat lagi pada anak, isteri dan kepada sesiapa sekali pun,” katanya.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas Adriana Mohd Arif, 45, dengan memukul serta menendang mangsa. Kesalahan itu dilakukan di sebuah unit kondominium di Batu 9, Cheras, di sini, pada 14 November lalu.
Ads
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Norfarhanim Abdul Halim, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Shafiq Ahmed Bazari.
Terdahulu, Mohd Shafiq memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan terhadap Reduan dengan alasan dia sudah insaf dan tidak akan mengulangi kesalahan itu. Malah katanya, tertuduh yang juga menghidap penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi adalah penyara utama keluarga.
Ads
Bagaimanapun Norfarhanim memohon mahkamah mengenakan hukuman sewajarnya sebagai pengajaran supaya tertuduh lebih bijak dalam mengambil sebarang tindakan pada masa akan datang.
Pada 19 November lalu, Harian Metro melaporkan polis menahan bekas suami penyanyi dangdut yang memukul isterinya sebelum kejadian itu tular di media sosial, baru-baru ini. Kejadian itu dirakam seorang individu sebelum dimuat naik di media sosial sehingga tular pada 17 November lalu.
Video berdurasi satu minit tujuh saat itu memaparkan lelaki berambut panjang menarik tudung wanita berkenaan sebelum mangsa di heret dan di tendang berkali-kali di muka serta badan.
Rakaman juga menunjukkan kanak-kanak perempuan menangis sambil mengangkat tangan ssuami ebagai tanda memohon maaf kepada individu terbabit.
Dugaan buatnya. Di saat anak-anak lain berseronok bermain tapi tidak baginya. Dia memikul tanggungjawab yang berat dengan jaga ibu terlantar sakit kerana menghidap kanser payudara tahap 4.
Cukup memahami penderitaan dan kesakitan ibunya. Walaupun berusia 10 tahun, dia sudah faham erti tanggunjawab. Sementelah tempat untuk dia bergantung harap, si ayah meninggal dunia kerana sakit jantung.
Itulah tanggungjawab seorang anak sulung dengan jaga ibu terlantar sakit. Rutin hariannya tidak sama seperti anak-anak lain. Hakikat yang harus diterima dengan redha. Pasti ada yang terbaik untuk anak ini. Kisah yang menyayat hati telah menarik perhatian pembaca di media sosial.
Jaga Ibu Terlantar Sakit, Hidap Kanser Payudara Tahap 4
Nur Saffiya Irdina Mohd Firdaus, berusia 10 tahun telah pikul tanggungjawab yang cukup besar buat ibunya. Dalam usia begini, dia sudah mampu menguruskan ibunya, Roliza Md Zain, 31 tahun yang terlantar akibat kanser payudara yang dihidapinya sejak tahun lalu.
.
Setiap pagi sebelum ke sekolah, dia akan menukarkan lampin pakai buang dan menyuapkan makanan pada ibunya. Begitu juga bila pulang dari sekolah, dia akan lakukan rutin yang sama.
Murid tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Tawar, Kuala Ketil, Kedah, redha dengan ujian Allah buat dirinya. Dia sebagai anak sulung daripada 4 adik beradik menggalas tanggungjawab ini selepas kematian bapanya tahun lalu kerana penyakit jantung dan paru-paru berair.
Tinggal Dengan Ibu Saudara
Dalam perkongsian tersebut, Nur Saffiya Irdina bersama 2 orang adiknya menumpang di rumah ibu saudara. Manakala adik bongsunya tinggal bersama ibu saudara yang lain sejak ibunya sakit.
Dalam pada itu, ibunya disahkan menghidap kanser payudara tahap 4 pada Ogos tahun lalu, iaitu dua bulan sebelum suaminya meninggal dunia.
.
Daripada apa yang dikongsikan ibunya, selepas bersalin anak keempat, keadaan payudara sebelah kiri membengkak. Sangkaannya, ia hanya mengalami bengkak susu selepas berjumpa bidan kampung.
.
Orang ramai yang ingin memberi sumbangan bolehlah menghubungi talian 019-8673582 (Rokiza) atau 019-5739844 (Rohani)
Mingguan Wanita : Moga anak-anak ini diberi kekuatan dan ibunya cepat sembuh.
Nad sebak kongsi pengalaman. Alhamdulillah selepas sebulan bertarung nyawa dan ditahan di hospital akhirnya malam tadi Nad Zainal muncul menerusi sesi siaran langsung di TikTok.
Kemunculan pelakon itu selepas sebulan menerima rawatan di sebuah pusat perubatan akibat pendarahan dalam paru-paru menceritakan apa yang berlaku adalah suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Malah Nad juga berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya.
Nad Sebak Kongsi Pengalaman
Paling sebak apabila dia tidak sabar menatap wajah anak-anak kesayangan.
“Sudah tentu mereka gembira. Ibu bapa saya datang terlalu awal sebelum saya dibenarkan keluar hospital.
“Jadi saya minta kebenaran pihak hospital untuk saya jalan keluar ke kereta ibu bapa. Nak tengok anak-anak saya.
“Saya berjalan buat pertama kalinya dari hospital. Saya nampak Som (panggilan anak kedua), dia tunjuk ke arah saya dan cakap ‘mummy’.
“Boleh nampak dari dalam kereta, Som dah senyum dan barisan gigi dia sudah penuh. Ketika saya dalam wad, dia sakit gusi sebab nak tumbuh gigi.
“Itulah pengalaman yang saya tak boleh lupa dengan melangkah keluar kena matahari. Dia macam ‘wow’ hidup baru. Begitulah, sebulan kot tak jumpa anak,” luahnya.
Terima Kasih Pada Yang Mendoakan
Nad juga sangat terharu dan berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesembuhannya.
“Selama sebulan di hospital adalah pengalaman bermakna dan tak akan dapat saya lupakan. Ia membuatkan saya lebih menghargai kehidupan dan akan lebih berhati-hati.
“Saya akan selalu melakukan pemeriksaan kesihatan selain nak hargai semua makanan. Tak mahu buang-buang dah. Nanti kita cerita selebihnya.
“Sekarang ini saya cuma nak kongsikan keadaan saya. Apa yang terjadi sepanjang saya jalani rawatan akan saya kongsikan nanti, termasuk apa yang saya mimpi ketika tidak sedar,” sambungnya.
Tolak Supplemen Punca Sakit
Nad juga menolak dakwaan yang mengatakan punca penyakit yang dialaminya adalah disebabkan supplemen yang diambilnya.
“Timbul isu kononnya saya sakit kerana makan supplemen sampai jadi viral. Ternyata spekulasi itu tidak betul sama sekali.
“Ini sedikit sebanyak buat saya sangat bersalah sampai fikir kenapa saya sakit sampai mengganggu perniagaan orang. Ini luar kawalan saya. Saya nak terangkan ia tak ada kaitan dengan supplemen,” kongsi Nad yang akan berehat daripada dunia lakonan selepas mengambil kira pelbagai faktor serta nasihat keluarga dan rakan-rakan.
Nak cari nasi lemak sedap bukan senang. Biasanya nasi lemak sedap mesti dimasak dengan santan. Rupanya ada resipi nasi lemak yang dimasak tanpa santan dan menggunakan rempah-rempah yang biasa ada di dapur kita.
Peniaga nasi lemak ini, Puan Siti Nor Fatin bukannya calang-calang wanita. Dia miliki Diploma Kejururawatan. Tapi disebabkan tak nak berjauhan dengan anak-anak, dia sanggup tidak memilih kerjaya jururawat.
Sebaliknya jadi suri rumah yang berjualan nasi lemak di gerai depan rumahnya. Resipi nasi lemak yang dikongsi ini resipi turun temurun daripada emaknya.
Percaya atau tidak, nasi lemak yang dijual di gerai depan rumahnya itu cuma RM1 sebungkus. Tapi nak tahu sedap atau tak nasi lemaknya, lihat hasil jualannya setiap hari.
Baru berniaga empat hari, wanita ini sudah menjual kira-kira 40 ke 50 bungkus nasi lemak setiap hari. Itulah duit poket suri rumah ini.
“Sebenarnya saya tolong mak saya meniaga dari darjah dua. Sekarang umur saya 26 tahun. Saya pilih jadi suri rumah sebab tak kuat nak tinggalkan anak-anak. Setiap kali saya masak nasi mesti bergenang air mata teringatkan masa kecil-kecil dulu.”
“Sekarang saya pula teruskan legasi tu. Specialnya nasi lemak ni saya tak pakai santan. Saya share resipinya. Mana tahu ada suri rumah nak buat meniaga juga.”
Resipi Nasi Lemak Sedap
Untuk Nasi
Beras basuh dan tanak macam biasa. Masukkan daun pandan dan garam.
Untuk Tumis Darat
Bawang Kecil
Halia
Kulit kayu manis dengan adik-beradik dia (bunga lawang, buah pelaga dan cengkih.
Tumis semuanya dan masukkan dalam nasi. Bila nasi dah nak kering, kacau biar sekata.
Untuk Sambal
1. Tumis bawang besar yang dah dikisar. (Saya kisar dengan minyak siap-siap)
2. Bila dah wangi baru masukkan cili kisar. Biarkan ‘diaorang’ pecah minyak.
3. Masukkan air, asam keping, gula, garam. Saya guna gula kabung. Masak sampai dia kering.
4. Lepas itu, boleh hidangkan dengan timun, kacang dan telur.
Moga anda berjaya menghasilkan nasi lemak sedap dengan panduan resipi yang diberikan oleh peniaga yang baik hati ini.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...