Rutin seorang isteri, dah tentu akan bangun awal daripada anak dan suami untuk sediakan sarapan pada keluarga sebelum mereka ke sekolah dan tempat kerja. Suami bawa bekal ke tempat kerja. Tidak semua yang mampu berbuat demikian.
Bukan nak kata isteri pemalas apa, cuma ada suami yang tak nak menyusahkan isteri dan hanya makan di rumah saja. Lagi teruk ada suami bawa bekal kerap diperli oleh kawan-kawan dan inilah buat suami malas nak bawa bekal.
Sebenarnya, beruntungnya suami bila dapat bawa bekal. Bukan setakat jimat tapi inilah air tangan isteri yang paling sedap. Pedulikan kata-kata perli atau sindir dan tak perlu malu pun semua ini.
Perkongsian daripada Syahr Musafir ini ada benarnya. Suami bawa bekal tak perlu malu, hargailah pengorbanan isteri dan susah payahnya untuk sediakan masakan pada keluarga.
“Malu la bawa bekal.. Kau suami orang, dah lelaki dewasa, bukan budak-budak!” terkejut tengok masih ada orang yang komen berbunyi sebegini.
Untuk sediakan bekal ni, bukan bangun pagi terus siap. Tetapi banyakkkkkk pengorbanan yang dibuat.
Ada orang yang kena sediakan bahan atau masak malam sebelum tidur. Pagi tu bangun dan lengkapkan masakan, masukkan ke dalam bekas, bla bla bla.
Kena ada orang yang bangun 1 jam atau 2 jam lebih awal nak sediakan bahan dan nak memasak tu. Sediakan bekas nak masukkan bekal, bla bla bla.
Ada orang yang kena buat perancangan nak sediakan bekal apa tu seminggu terus.
Ads
Hari cuti hujung minggu buat perancangan, pergi kedai atau pasar, siangkan ayam ikan, masukkan ke dalam bekas untuk sejukbeku, tak dapat cuti pun, bla bla bla.
Bukan mudah.
Jadi tak perlulah mengata, menyindir, memerli, atau seumpamanya.
Dia sedang buat kebaikan.
Kalau kita ni jenis tak suka bawa bekal atau malu atau apa saja, diam sajalah. Jangan condemn dia.
Kita ni dah la tak buat macam dia, lepas tu kita berkata-kata mengguris hingga dia mungkin berhenti buat kebaikan tu.
Jangan Mengata & Perli
“Sayang, Abang tak nak bawa bekal dah sebab kawan-kawan mengata dan menyakat la… Malu la…” ni luahan si suami.
“Mama Papa, adik tak nak bawa bekal ke sekolah, sebab kawan-kawan mengusik…” ini luahan si anak.
Dia bawa bekal bukan bawa bom. Bila dia bawa bekas aiskrim bukan salah apa pun.
Ads
Mengata pasal bawa bekal. Mengusik pasal bawa bekal dalam bekas aiskrim atau bekas murah.
Akhir sekali isteri dia berhenti buatkan bekal dan akhirnya mak ayah dia berhenti berikan bekal.
Semua disebabkan mulut-mulut orang yang suka bercakap bukan-bukan. Kan lebih baik kalau diam saja.
Saya terasa, sebab saya pernah disindir bawa bekal ke tempat belajar dan tempat kerjaTerasa sebab saya pernah disindir sediakan bekal sekolah untuk anak-anak. Ada juga saya terasa, sebab saya pernah disindir selalu share saya masak apa untuk bekal sekolah anak-anak.
Orang yang follow Facebook saya ni tahulah ada netizen-netizen yang komen pelik-pelik hanya kerana saya lelaki dan setiap hari saya share saya sediakan sarapan pagi untuk keluarga dan bekal sekolah untuk anak-anak.
Saya tak buat salah kat mereka tu pun. Kalau 100 kali kena, ada la 1 atau 2 kali
saya respon sindiran tu. Saya pun manusia biasa je…
Ads
Sesungguhnya hanya orang yang sediakan bekal sahaja yang faham susah-payah nak sediakan bekal.
Hanya orang yang pernah disindir kerana sediakan bekal sahaja yang faham sedihnya disindir.
Sesungguhnya bawa bekal, makan bekal dan sediakan bekal adalah tidak salah, dan tidak wajar untuk diperli.
Ya, saya faham ada rakan sekadar mengusik saja. Bukan menyindir pun. Baguslah rakan itu sekadar mengusik. Tetapi kena sedar, manusia yang menyindir adalah wujud dan tulisan saya ditujukan kepada golongan sebegini sahaja.
Dan kita kena faham, ada masanya usikan juga bertukar menjadi sindiran negatif dan menyebabkan seseorang itu berkecil hati, sakit hati, menangis dan mengalami depression.
Berkata baik, atau diam saja.
Mingguan Wanita : Suami kalau mampu bawa bekal yang isteri masakkan adalah suami yang baik, hebat. Betul tak?
Tong Gas Meletup, Bakal Pengantin Wanita Cedera Parah Melecur Seluruh Badan! Besar sungguh dugaan yang dihadapi oleh bakal pengantin ini, saat menanti debaran hari bahagia tidak lama lagi namun diuji dengan kecederaan parah apabila gas meletup sewaktu hendak memasak.
Tong Gas Petroleum Cecair (LPG) Meletup
Seorang bakal pengantin melecur hampir keseluruhan badan apabila tong gas petroleum cecair (LPG) meletup ketika wanita itu dikatakan mahu memasak di kediamannya di Taman Sena Permai, Pokok Sena, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa berusia 26 tahun dilaporkan ingin menggoreng ikan sebelum gas memasak berkenaan tiba-tiba meletup sehingga memusnahkan rumah dua tingkat terbabit.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tasek Gelugor, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Mohamad Hazam Hassan, berkata pihaknya bergegas ke lokasi sebaik saja menerima panggilan kecemasan pada jam 8.13 pagi berhubung insiden itu.
“Setiba di tempat kejadian, anggota mendapati seorang wanita mengalami kecederaan dan sudah dibawa keluar oleh jiran sebelum pasukan bomba sampai.
“Mangsa dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB), di sini, untuk menerima rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Bakal Mendirikan Rumahtangga Januari Depan
Difahamkan, mangsa bakal mendirikan rumah tangga pada Januari depan dan mendiami rumah terbabit bersama adik lelaki serta isterinya.
Mohamad Hazam memaklumkan, kejadian itu turut menyebabkan sebuah kereta dan motosikal yang diparkir di halaman rumah berkenaan mengalami kerosakan.
Seterusnya, beliau berkata, anggota bomba melakukan kerja-kerja pemantauan dan kawalan supaya tiada letupan susulan berlaku.
“Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
Sayangnya ada yang tak faham kata perempuan mengandung alamah itu mengada, naik lemak, saja-saja buat lembik. Ya ampun, tak ada isteri nak saja-saja buat lembik hadap morning sickness.
Benda tu memang semulajadi datang dari perubahan hormon dalam diri orang perempuan yang mengandung. Bukan isteri tak cuba kuat.
Bila dah tak habis semua keluar, masuk air pun muntah.. kau ingat ada tenaga lagi mak buyung tu abang?
Sah sah lah tak..
Lagi dah cover tenaga dua nyawa dalam satu badan. Jadi, sebelum judge kenalah faham ibu hamil ni emosinya memang turun naik.
Bila Isteri Mengandung Alahan, Suami Cuba Usahakan Ini
1. Sebab dia penat bawa badan yang naik berganda. Kali sebelum ni berat isteri cuma 45kg, bila hamil boleh naik sampai 10kg pun iya.
Dah berat seguni beras tu. Lagi nak minta dia terkejar ke sana ke mari layan suami, dengan anak-anak yang lain lagi.
Dengan letih-berat lagi.. mana tak emosi isteri tu cepat turun naik.
2. Kalau di awal kehamilan ada isteri yang alami morning sickness yang teruk. Walau pun doktor kata, morning sickness tu normal untuk ibu hamil tapi bagi ibu-ibu baru dia memang takkan dapat handle emosi dan susah payah alahan.
Tiba-tiba tak boleh bau nasi, masuk air kosong pun keluar balik. Ada tu cuma boleh makan buah je. Itu ok lagi, ada isteri cuma mampu makan snack ‘jajan’ je. Nak tolak pun.. itulah satu-satunya makanan yang boleh lepas kat tekak.
MW :Tak semua isteri hamil alami alahan yang teruk. Ada ibu hamil cergas malah boleh aktif ke sana ke mari. Tak rasa alahan teruk macam sesetengah ibu hamil yang morning sickness. Itu rezeki mereka.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan, bila terlalu lama pasangan memendam rasa, jika berlaku perkara kecil pun akan diperbesarkan kerana hati telah lama tersakiti.
Selama ini segala masalah hanya dipendam, tidak diluahkan apatah lagi diselesaikan. Jadi hari demi hari, masalah yang kecil menjadi besar hingga memberi kesan kepada hubungan suami, isteri.
Hubungan yang sedia dingin menjadi semakin dingin hingga kadang-kadang hanya tinggal gelaran suami, isteri tetapi rasa kasih dan cinta itu sudah lama pudar.
Bila Terlalu Lama Pasangan Memendam Rasa
“Hmmm, dia balik dah…”
Berapa ramai yang bila mana dia nampak atau tengok pasangan dia, dia rasa tenang dan tenteram?
Kemudian, berapa ramai pula yang bila mana dia tengok pasangan dia, dia rasa tak tenang dan meluat?
Allah menciptakan kita ini berpasangan dan di antara tanda kekuasaan Allah ialah bila mana kita tengok pasangan kita, kita rasa tenang dan tenteram disebabkan kasih sayang yang wujud antara kita dengan dia…
Bila Rasa Meluat
Jadi kalau kita tak tenang dan rasa meluat dekat dia, itu apa? Hubungan kita banyak sangat masalah… Lepas satu, satu…
Tak selesai lagi masalah lama, sudah muncul masalah baru dan yang pastinya, setiap masalah itu tidak diselesaikan melalui kaedah perbincangan, bertentangan dua mata, duduk semeja…
Bila kita memendam rasa, bila ada yang tak terluah, maka sedikit sebanyak, setiap apa yang berlaku dalam rumah tangga kita, walaupun sekecil perkara, ianya akan diperbesarkan disebabkan hati sudahpun terluka atau terasa… Jadi semua perkara dikaitkan, diungkitkan…
Perasaan terhadap pasangan sudah mula berkurangan…
Kasih sayang itu tak wujud walaupun tinggal serumah… Macam ada dinding antara kita dan pasangan… Kurang berkomunikasi, kurang bergurau, kurang bermesra, kurang bersembang…
Penyebab kenapa kurang itu ini adalah kerana kita tak luangkan masa bersama atau berdua dengan secukupnya…
Buat Hal Masing-Masing
Kita dan pasangan buat hal masing-masing… Oleh sebab itu bila kita tengok muka dia, kita ada dengan dia, kita rasa tak tenang, kita rasa tak tenteram, kita rasa meluat…
Kehadiran dia tu membuatkan kita tak seronok dan tak gembira…
Macam mana hendak tahu sama ada kita dan pasangan ini ok atau tak?
Cuba tengok bila dia tidak ada, apa yang kita rasa…
Mingguan Wanita : Bila wujudnya masalah dalam rumah tangga, cuba selesaikan cara baik dan jangan biarkan mak ayah terjerat dengan dendam serta ego. Jika hubungan tidak dapat diteruskan, noktahkan saja dan jangan biarkan hati terluka.