Sebagai manusia yang ada hati dan perasaan, tentu kita mudah rasa kasihan pada orang lain. Tak kisahlah dari segi apa pun, kewangan kehidupan atau sebagainya. Rasa empati dalam diri.
Tapi, paling membimbangkan bila rasa kasihan pada orang lain itu hingga boleh menimbulkan satu ‘perasan lain’. Dari tak ada apa-apa terus ‘jatuh cinta’ pula.
Sedihnya, pasangan suami isteri yang membina bahagia selama ini boleh roboh, gara-gara kasihan pada orang lain yang tiada hadnya.
Malah, tidak dinafikan, kebanyakan perkara ini bole hberlaku buat pasangan suami isteri yang bekerja. Curang di tempat kerja, ada kekasih gelap di tempat kerja dan sebagainya. Tidak hanya pada suami isteri, perkara ini juga boleh jadi pada anak gadis dengan suami orang, lelaki bujang dengan isteri orang dan sebagainya.
Semuanya gara-gara dari kisah pendek yang hanya ‘kasihan pada orang lain’. Inilah juga pandangan daripada Farizal Radzali tentang perkara ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Curang Itu Pilihan Bukan Boleh Dibuat Main-Main, Suami Janganlah Aniaya Pasangan!
CURANG, Apa Tak Kena & KURANGNYA Lagi Pasangan, Jangan Nak Cari Alasan!
Info Lebih Menarik DI SINI
Selalunya ia bermula dgn kisah pendek, sesaat cuma.
“Laa, konyoknya baju. Takde org tolong gosok ke?” Saja gurau.
“Kesiannya tunggu teksi sampai jauh malam ni, suami tak boleh ambilkan ke?” Tunjuk prihatin.
“Sebelum pergi kerja tadi tak sarapan ke?” Sian member lapar.
“Takpelah, alang-alang dah satu jalan, meh la saya tumpangkan,” gentleman.
Nampak mcm biasa je. Tapi impaknya mungkin besar.
“Isteri saya sibuk urus anak-anak, tak sempat gosok baju,”
“Suami saya malas nak tempuh jem untuk ambil saya kat sini, terpaksa la naik teksi,”
“Isteri saya bangun lambat, tak sempat buat sarapan,”
“Haah, boleh juga. Nanti saya bayar duit minyak kereta,”
Maka, bermulalah. Dialog akan berlarutan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Saya pernah bertemu seorang wanita baik, suaminya juga seorang yang baik. Masing-masing saling mempercayai, saling memahami dan bertolak ansur.
Entah di mana silapnya, si suami main kayu tiga, ditangkap khalwat dengan isteri orang, yang juga merupakan rakan sekerja.
Ada juga kes, sama maacm tu. Suami isteri baik. Tiada kekurangan, harta, anak, bahagia, semua cukup. Tapi isteri bercinta dengan si bujang di tempat kerja.
Kenapa jadi macam tu?
Semuanya bermula dengan ‘takde niat’. Kesian, perihatin, ambil berat, ingin membantu. Lama-lama hati menjadi cair.
Mulalah rasa kenalan baru ni lebih ambil berat, lebih perihatin, lebih baik.
Kalau suami sendiri, kita pakai baju baru pun tak perasan. Dia buat dek je. Bila tanya cantik tak, dipandang endah tak endah dgn jawapan acuh tak acuh. Tapi dengan kenalan baru ni, belum sempat kita cakap lagi dia dah tegur, cantiknya you pakai baju warna mcm ni.
Bagi suami pulak, isteri sendiri pagi-pagi tak dan duduk makan sarapan sama-sama. Tapi kat pejabat, ada orang temankan sarapan. Balik rumah isteri tak tanya pun suami, awak ok ke?
Kerja kat office ok? Sibuk dengan anak-anak. Tapi kat office, muka sedih sikit, dah ada orang perasan. Bagi kata-kata semangat, tenangkan hati..
Segalanya tentang hati. Kuat atau tak, bukan bagaimana kita lari setelah terlanjur menyukai yang tak sepatutnya. Tapi bagaimana kita tak memulakan dari awalnya.
Buat baik berpada-pada. Segala perbuatan, perasan & empati, ada hadnya. Semua ada had. Jangan sesekali melepasi had.
Suami, tak perlu nak kasihan kat isteri orang lain.
Isteri, tak perlu nak kasihan kat suami orang lain.
Anak gadis, tak perlu fikirkan kesusahan suami orang.
Anak teruna, tak perlu fikirkan kesusahan isteri orang.
Kalau kasihan, ingin bantu, carikan ruang atau peluang lain utk mereka dibantu.
Mula-mula kasihan, lama-lama kasihkan.
Dah banyak terjadi.
Mingguan Wanita : Tak salah nak kasihan orang lain tapi berpada-pada. Lebih baik kasihan pada pasangan dan keluarga dulu.
Sumber: Farizal Radzali
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita