Suami ASMA Tidak Boleh Duduk, Pengantin Perempuan Terpaksa Sanding Seorang Diri

Share

Manusia hanya mampu merancang, selebihnya berserah pada Allah menentukan segalanya. Salam takziah buat keluarga ini apabila pengantin lelaki yang sepatutnya bersanding dengan pasangannya meninggal setelah diserang asma.

Pada mulanya, suami diserang asma hingga tidak boleh duduk, oleh itu pengantin perempuan terpaksa sanding seorang diri dalam sebuah majlis resepsi demi meraikan tetamu yang telah diundang.

Pengantin Perempuan Terpaksa Sanding Seorang Diri

Pilu hati pengantin wanita di Jakarta, Indonesia, apabila terpaksa meneruskan majlis resepsi perkahwinan bersendirian tanpa suami tersayang yang diserang penyakit asma sebelum meninggal dunia.

Portal Tribunnews melaporkan, pengantin itu, Momon Tanjung kelihatan sedih ketika meraikan tetamu yang berkunjung ke majlis perkahwinannya.

Kisah mengenai Momon tular selepas kakaknya melalui sosial media berkongsi kisah sedih itu pada Oktober lalu.

Erde Dayat Tanjung, 32, turut memaparkan gambar pengantin wanita meraikan tetamu di pelamin tanpa suami di sisi.

Malah, wanita itu kelihatan melayani tetamu seorang diri dengan hiasan pengantin yang cukup cantik.

Baca Juga Di sini:

Pemuda Nikah Dua Wanita Serentak, Pengantin Lelaki ‘Malu-malu” Bila Gambar Dirakam

Che Ta Melaram Baju Pengantin Songket Hijau, Raikan Ulang Tahun Perkahwinan Ke 7

Kejutan Bekas Kekasih, Pengantin Perempuan Meraung Hingga Keletihan Atas Pelamin

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

Suami Meninggal Sehari Lepas Nikah

Erde berkata, kesihatan suami adiknya, Suharman pada awalnya baik ketika akad nikah pada 25 September lalu.

Bagaimanapun, sehari selepas itu Suharman diserang penyakit asma.

“Keadaan pengantin lelaki masih baik, ketika membuat persiapan resepsi (dijadualkan pada 27 September), dia berasa badannya keletihan.

“Ketika resepsi, keadaannya tidak boleh duduk, keluarga sarankan berehat dan tidak naik ke pelamin.

“Pengantin perempuan terpaksa duduk sendiri di pelamin melayani tetamu,” kata Erde.

Menurutnya, ketika majlis berlangsung, keadaan Suharman semakin teruk sebelum dibawa ke hospital.

“Suharman kritikal selama dua hari dan keadaannya makin teruk dan disahkan meninggal dunia pada 30 September,” katanya.

MW: Semoga isteri almarhum dan keluarganya tabah berdepan dengan takdir Ilahi. Menerima kematian dalam tempoh masa yang singkat bukan sesuatu yang mudah.

Sumber: myMetro

Published by
Nur Syazwani Mehat