Boleh dikatakan dalam telefon bimbit isteri mesti penuh dengan gambar keluarga, anak-anak dan pasangan. Tapi, dalam telefon suami belum tentu penuh dengan gambar isteri dan rasanya lebih banyak gambar anak-anak.
Mungkin sesetengah suami merasakan kurang berminat dan tidak gemar untuk ambil gambar isteri. Bukan jenis kaki bergambar dan merasakan ia tak penting.
Berbanding wanita, kalau boleh segala kenangan ingin dirakam dan dikenang sampai bila-bila. Inilah memori dan tak akan berulang lagi. Kalau dulu, ada almbum untuk disimpan dan di tatap. Sekarang ini semuanya digital dan banyak tersimpan dalam telefon bimbit.
Walau bagaimanapun, tak salah untuk suami ambil gambar isteri dan jadikan ia momen-momen indah untuk dikenang. Patutnya, berbanggalah ada wanita di belakang suami dan ibu pada anak-anaknya.
Perkongsian daripada Al Irfan Jani ini sungguh ‘deep’ dan ingatan buat lelaki aka suami di luar sana. Jangan sebab isteri kusut masai, malu pula nak ambil gambar isteri. Sedangkan dialah orang yang patut ditatap dan disimpan dalam ingatan sampai hujung nafas.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Suami Jenguklah Barang Harian Isteri GUNA, Baru Tahu Keadaan Rumah, Pekalah Bukan KOMPLEN!
Ustaz Elyas Ismail Tak Kekok Suap Isteri Makan, ‘Dialah Bantu Di Rumah, Urus Anak-anak’
Info Lebih Menarik DI SINI
Wahai para lelaki…
Perasan tak…Bila kita membuka lembaran album foto-foto lama.
Dari nenek moyang kita sendiri misalnya.
Kita akan perasan satu perkara…
Betapa rajinnya sang isteri merekod setiap detik-detik penting dalam kehidupan berkeluarga.
Sikit-sikit snap.
Sikit-sikit snap.
Percayalah, tak ramai suami yang tergerak hatinya
ingin memfoto wajah isterinya.
Ada tu tak TERLINTAS LANGSUNG.
Aku sendiri mengaku, sering begini. Kita serupa.
Perasan tak, betapa rajinnya sang isteri merekodkan momen kehidupan yang telah kita bina selama ini?
Sedangkan, dia sendiri terlupa, wajahnya sendiri jarang ada di dalam album kita bersama.
Satu hari nanti,
apa yang paling kita kecewakan, album gambar famili kita tidak banyak memberitahu generasi selepasmu, tentang siapakah seorang wanita, yang berada di belakang kamera.
Ambillah fotonya.
Biarlah betapa malunya dia, asalkan kita teliti dan hati-hati menyimpannya.
Wahai para suami,
Ada seorang wanita, yang patut kita berbangga dengan selekehnya dia.
Dialah ibunda kepada anak-anak kita.
Tetaplah terus menyimpan wajah itu.
Biarkan rambut berserabut,
tidak bersolek, atau dengan T-shirt buruknya itu,
sebab…itu semua tidak penting bagi anak-anak kita saat ketiadaannya kelak.
Apa yang lebih bernilai,
wajahnya itu sudah cukup untuk dicintai,
lebih berbaloi untuk ditatap, disimpan,
diawetkan ke dalam memori.
Memori, mengajar kita tentang jerih-perih.
Tentang doa dan pesanan-pesanan yang kita tinggalkan.
Tiada wanita yang ingin melihat wajah selfie-nya di sepanjang hayat.
Berbanggalah, kerana punyai seorang isteri
yang sering di belakang kamera keluargamu.
Maka di situlah tugasmu, para suami.
Snap wajahnya.
Kegembiraan.
Kesengsaraan.
Ketabahan.sebelum punyai anak, atau selepasnya. sebelum di hujung nafas
yang entah bila kita dipisahkan-Nya.
Mingguan Wanita : Suami ni nak kena bagitau baru dia nak ambil, itu pun dalam keterpaksaan, kadang-kadang la. Isteri ni kalau boleh semua benda dia nak ambik gambar. Sekurangnya, bila tengok balik akan kembalikan kenangan waktu itu.
Sumber: Al Irfan Jani
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita