‘Suami Ada Macam Tiada’, Rupanya Bila TIADA, Perkara ‘ANNOYING’ Paling Diingati Isteri!

Share

Bila semua kerja rumah isteri yang buat, mulalah hati kecil merasakan suami ada macam tiada. Kiranya, isteri boleh saja buat semua walaupun suami tak ada.

Sedangkan, tanpa isteri sedar, suami banyak melengkapkan hidup. Kerja rumah yang biasa-biasa itulah ringankan tugas isteri.

Takutnya, ditakdirkan tiada, barulah nak hargai dan terbayang-bayang apa yang dia buat itu. Perkongsian yang membuat para isteri ‘tersedar’ dan hidup tak akan sama bila suami tiada.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Perempuan Jangan Terdesak Cari Pasangan, Stigma ‘Tiada Suami’, Nikmatilah Hidup, Bahagiakan Orang Tua

Suami, Gembirakan Hati Isteri, Bila TIADA Baru Tahu Pentingnya Dia, Jangan Menyesal!

Info Lebih Menarik DI SINI

Suami Ada Macam Tiada, Hargailah!

Hari tu masa saya tulis satu kisah pasal suami isteri tu, ada beberapa komen macam ni lebih kurang.

“Saya dulu pun selalu ingat dah saya buat semua sendiri, sama je macam takda suami”.

“Bila gaduh dengan suami saya selalu kata, ada dengan takda sama je”.

Tapi tu part pertama.

Kemudian ayat kedua berakhir dengan…

“Tapi rupanya itulah kali terakhir saya bergaduh dengan dia. Mujur sempat berbaik. Sekarang dia dah takda, rupanya memang hidup saya dah tak sama macam dulu”.

“Saya ingat saya boleh hidup tanpa suami. Rupanya tidak. Cukup dengan dia ada tu pun, hidup saya berbeza dah sangat banyak.”.

Lebih kurang begitu.

Kita ingat begitulah.

Banyak Beza Ada Dengan Tiada

Tapi bila kita dengar kisah orang lain yang Allah ambil pasangannya lebih awal, tidak. Tidak pernah sama. Banyak sekali bezanya.

Kadang kita teringat dia suka campak tuala lepas guna walau berpuluh kali kita pesan sangkutlah tuala tu kat tempat dia.

Kadang kita ternampak cawan kopi kegemaran dia yang selalu sangat masa kita buat kerja dia tak mintak. Elok kita letak punggung dia tanya pulak.

Kadang kita teringat tempat dia sangkut seluar pendek dia yang jenis pakai sekejap gantung balik pintu. Bila tanya mana nak dibasuh semua dia kata baru pakai jangan diusik biar dulu.

Benda yang paling kita annoying masa dia ada tu lah yang buat kita paling ingat pada dia.
Kadang kita rasa pasangan kita tak buat banyak pun untuk kita. Kita rasa kita lah buat semua sendiri, paling banyak memberi dan kita paling banyak berbakti.

Benda Biasa Ringankan Kerja Isteri

Saya ingat seorang kawan pernah cerita. Setiap hari Isnin dia masuk kereta dan jalan ke tempat kerja. Tak pernah periksa minyak. Tak pernah periksa apa-apa. Sebab sepanjang masa, suami akan pastikan minyak kereta diisi siap. Barang anak untuk hantar pengasuh pun siap.

Dia tak rasa benda tu besar sangat sampailah suami terpaksa out station di satu hujung minggu. Baru dia rasa rupanya benda yang nampak remeh tu, tak seremeh itu. Nak keluar rumah isi minyak. Nak pastikan barang anak cukup. Dua tiga kali juga kena berulang. Nak biar betul-betul sempurna semua barang.

Tapi kita kadang tak nampak.

Sebab…
Tidak dia berlakon macam drama TV, tak ada dia nak tunjuk semua dalam Tik Tok. Dia tak bagitahu dalam muka buku.

Tiada dia buat konten dalam laman lain.

Sampai satu masa barulah kita rasa. Benda yang biasa-biasa tu, banyak meringankan kita.

Cuma dia simpan sendiri.

Cukup hanya untuk kita merasai.

Dia simpan dalam hati.

Cukup hanya kalau kita menghargai.

Mingguan Wanita : Gitulah isteri, bila nak marah selalu fikir yang bukan-bukan. Tapi, dalam hati sayang sebenarnya.

Sumber: Siti Suryani Yaakop

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora