Lagi-lagi musim PKP ini, bermacam dugaan hidup mak-mak perlu tempuhi. Baik kewangan mahupun anak-anak, malah kehidupan peribadi. Jadi belajarlah kawal stress itu dengan baik agar tak burnout.
Bak kata, Rosmarlina Binti Abd Ghani ini tanda-tanda itu boleh dikesan baik dari gejala fizikal mahupun emosi yang turun naik. Begitu juga tingkah laku yang berubah mendadak.
Jika ada tanda-tanda yang dikongsikan ini, bolehlah bertindak untuk mendapatkan bantuan. Semoga mak-mak dilindungi dari emosi burnout.
Burnout atau dalam bahasa melayu nya
Tandus Upaya
Tak kisah lah kita suri rumah ke atau orang bekerja stress tu mesti ada.
Burnout ni banyak punca nya, disebabkan keadaan PKP sekarang, mungkin masalah rumahtangga, masalah kewangan, masalah anak2, masalah kerja atau masalah keluarga.
Bila stress tu berpanjangan ia akan menggangu emosi, keletihan fizikal dan kesihatan mental kita.
Kalau kita mengalami masalah dibawah, sebagai contoh
Gejala fizikal- badan rasa gatal-gatal
Sakit kepala, sistem penghadaman tak teratur, mengantuk atau berat badan naik.
Atau mungkin juga tidak boleh tidur serta makan terlalu kerap.
Bila terjadi masalah di atas itu bermakna kita sudah atau sedang mengalami burnout, burnout ni klu berpanjangan akan memberi kesan negatif pada kehidupan seharian kita dan mungkin juga akan membawa penyakit lain dan itu sangat bahaya.
Antara langkah-langkah yang boleh kita ambil ialah :
Kita kena ambil masa bertenang bagi tempoh pada diri sendiri, tak payah lama kejap pun takpa, contoh duduk relax tanpa buat apa-apa, golek-golek, tidur sekejap ke, bagi recharge balik tenaga. Time to relax
Ataupun pergi luar kejap, ambil udara segar, tengok pokok-pokok hijau, dengar kicauan burung-burung, bau bunga-bunga yang wangi, menikmati alam semula jadi dengan tenang dan senyap. Mindfulness , relaksasi.
Takpun belek-belak tanaman bunga atau sayur-sayur yang kita tanam
, maknanya ada connection dengan alam sekitar supaya kita fokus pada deria kita.Komunikasi dengan suami/ isteri selalu, beri kata-kata semangat dan nasihat antara satu sama lain.
Kemudian kita juga boleh beri sokongan sosial juga, contoh kalau ada kawan datang dan bagitahu masalah mereka, jadilah pendengar yang baik, bagi nasihat, kerana mungkin kawan kita tu pun juga sedang burnout, saling memahami dan bila kawan kita jumpa kita utk beritahu masalah dia tu pun antara salah satu step yang bagus sbb dia cuba luahkan apa yang terpendam di hati nya.
Sokongan moral antara satu sama lain tu penting.
Kita juga boleh dapatkan bantuan Professional atau bantuan kaunseling dari badan-badan bertauliah jika perlu
, cari informasi dan cara berhubung dgn mereka.Kita kena ingat stress ni kita tak boleh elak, hari-hari ada, yang kita boleh buat kita kena handle stress tu dengan baik.
Kehidupan dan masalah kita tak kan pernah sama.
Salam dari ibu anak 5 dan salah satu dari anak saya adalah moderate autism.
Nampak isteri menjerit jangan menjauh tapi cepat dekati, itu red flag isteri burnout.
Mingguan Wanita : Jika nampak ada sahabat yang mengadu burnout, jangan diam-diam menjauh atau asingkan mereka. Tetapi bantulah segera.
Sumber/Foto : Rosmarlina Binti Abd Ghani
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW