Sebenarnya, strawberi bukan saja sedap dimakan; masam, manis buah ini kaya dengan oksidan. Sebab itulah, buah ini cukup berkesan untuk perawatan kulit muka.
Ini dah dibuktikan sendiri oleh Esyima Zamri. Sebagai pengamal bahan cantik alami ini, kulit wajahnya memang flawless berseri-seri.
Kongsinya, petua campuran madu dan strawberi ini dapat matikan jerawat.
“Nak hilangkan jerawat memang mudah sahaja. Apa yang penting kau orang kena tahu kenapa ia terjadi?”
1) Masalah hormon tidak stabil
2) Gemar makan makananan pedas dan berminyak.
3) Stress akan menyebabkan radang jerawat.
4) Penggunaan alat solek yang berlebihan dan tidak dicuci bersih.
5) Dan lain lain lagi penyebab.
Jerawat boleh dimatikan dengan mengamalkan bahan antioksidan yang terdapat di dalam strawberry dan campuran madu.
3 biji strawberry
1 sudu madu
Strawberry adalah buah yang berkhasiat untuk menghilangkan minyak yang berlebihan, menjaga kelembapan kuit, mencerahkan kulit dan juga menghilangkan bekas jerawat serta membantu meredakan radang jerawat.
Madu pula dapat melembapkan kulit, mencegah penuaan, membunuh jerawat kerana madu memiliki kandungan anti-bakteria sehingga jerawat dan parutnya dapat dihilangkan.
Kisar buah strawberry sehingga lumat.
Campurkan 1 sudu madu.
Tuang di dalam ice tray untuk dibekukan di dalam peti ais.
Boleh digunakan setiap malam untuk kesan terbaik !
Jom sama sama kita cuba petua ni.Yang paling penting ianya mudah dan selamat.
Sumber/Foto : Esyima Zamri
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.