Strategi Hilangkan Tekanan, Single Atau Mak-mak Ada Anak Patut Cuba!

Share

Tekanan. Apa sahaja kerja yang kita lakukan sudah pasti akan membawa kepada tekanan. Wanita berkerjaya mahupun ibu rumahtangga sudah pasti akan mencari jalan untuk hilangkan tekanan tetapi dengan cara berbeza.

Tipulah kalau ada yang mengaku dirinya tidak mengalami stress. Kita memang tidak dapat lari daripada mengalami stress. Tetapi bagaimana kita menghadapinya, semuanya itu perlukan usaha kita sendiri.

Jika anda mengalami tekanan, cubalah strategi ini bagi menghentikannya secepat mungkin.

1- Cari keluarga atau sahabat dan nikmati masa bersama

Mudah tapi ramai yang lupa yang cara ni sangat membantu. Meluangkan masa dengan sahabat dan keluarga akan ‘mencairkan’ masalah.

Orang yang membawa kita kegembiraan mungkin tidak tahu tentang beban yang sedang kita tanggung bila kita hanya duduk dimeja dan bersandar merenung siling. Kita juga mungkin terlupa mengenai mereka pada ketika ini.

Ketawa, bercerita, dan berkongsi duka lara kita akan membuatkan kita berasa lebih baik dan masalah kita akan lebih terkawal.

Jika masih mempunyai ibu dan ayah, ziarah mereka. Jika tidak mampu, telefon mereka bertanya khabar. InsyaaAllah, tiada apa yang lebih menenangkan dan mampu meleraikan tekanan hidup melainkan dengar suara orang tersayang.

2-Lakukan aktiviti luar

Menghabiskan masa di luar dikaitkan dengan hidup lebih sejahtera. Tidak kiralah anda keluar berjalan di kawasan sekeliling rumah atau melakukan aktiviti aktif seperti hiking dan sebagainya boleh memberikan perbezaan kepada apa yang anda rasa setiap hari.

3-Senyum dengan ikhlas.

Ketika rasa tertekan, apa yang boleh anda buat adalah senyum dengan ikhlas. Sebabnya apabila anda senyum, ia mampu mengurangkan tindakbalas tubuh terhadap stress. Walaupun ketika itu anda tidak berasa gembira. Senyum dikatakan mampu membantu merendahkan kadar jantung sebaik keadaan yang memberi tekanan itu berakhir.

4-Membaca Al-Quran

Mulakan permulaan hari dengan membaca Al-Quran. Sebaik-baiknya selepas solat subuh, pada waktu pagi sebelum memulakan kerja. Al-Quran adalah mukjizat yang terbesar, InsyaaAllah dengan membacanya pasti mampu melunakkan hati dan memberi ketenangan kepada sesiapa yang membacanya. Anda juga boleh mendengar bacaan ayat al-Quran di tempat kerja.

5-Dengar muzik

Bukan lagu bising, tetapi lagu yang tenangkan emosi. Lagi best kalau dengar waktu

6-Latih semula pernafasan

Fokus pada pernafasan mampu mengekang tubuh terhadap reaksi ‘menentang atau melarikan’ daripada tekanan atau ketakutan. Ia juga menarik perhatian anda daripada fikiran negatif. Bernafas perlahan melalui hidung, pastikan dada dan bahagian bawah perut naik dan perut mengembang. Hembus nafas dengan perlahan-lahan. Ulang ayat atau perkataan yang boleh membantu anda bertenang. Bagi mendapat kebaikan sepenuhnya, ulang proses ini sekurang-kurangnya 10 minit.

7-Berbuat baik pada diri sendiri

Kita seringkali mempunyai pelbagai perkara yang difikirkan. Kadangkala apa yang kita beritahu pada diri sendiri itu bukannya perkara yang baik. Kekal positif dan bercakap dengan diri sendiri akan membantu diri bertenang. Sebagai contohnya anda boleh cakap pada diri ‘ segala-galanya akan ok’ atau ‘ aku akan fikir bagaimana untuk menguruskan perkara ini’.

8-Catat perkara yang buat anda tertekan

Menulis apa yang anda fikir boleh menjadi satu luahan emosi yang baik. Sebaik anda menulis apa yang membuatkan anda tertekan, anda boleh memulakan pelan bagaimana untuk menyelesaikannya. Tidak kiralah anda menulis di atas kertas, buku nota, dalam telefon atau dalam fail komputer anda. Perkara penting adalah anda jujur dengan perasaan yang dialami.

9-Cerita pada rakan

Apabila anda rasa terlampau tertekan, carilah rakan atau orang yang anda sayang yang boleh mendengar masalah anda. Diharapkan rakan atau orang yang anda sayang ini mampu mengurangkan rasa tertekan. Jangan harapkan jawapan atau jalan penyelesaian sebaiknya luahkan apa yang anda rasa beri tekanan itu kerana meluahkan itu lebih penting daripada mencari penyelesaian.

10-Mula bersenam

Kalau boleh keluar jogging sambil cuci mata tengok ciptaan Allah. Kadang buat cara ini pun cukup membantu nak buang rasa tekanan dalam diri. Sebab sebaik sahaja bersenam, ia akan membantu mood, memberi ketenangan dan mengurangkan rasa tertekan. Carilah aktiviti senaman yang anda suka.

Haaa… pilihlah salah satu cara di atas. Tidak semua stress itu teruk. Kalau ikukan mengejar deadlines, menyiapkan projek, mendidik anak dan sebagainya, semuanya akan sentiasa membuatkan kita stress. Tetapi dengan tekanan juga akan membuatkan kita bekerja pada tahap tertinggi.

Namun, kita tak boleh hidup dengan tertekan atau stress setiap masa. Kita manusia biasa yang perlukan masa untuk berundur daripada segala tekanan dan merehatkan diri. Jika tidak kita akan burn out.

Published by
Julie Roshana