Strategi Dunia Dan Akhirat Buat Anak-anak Jenis Lambat ‘Tangkap’ Bab Belajar, Mak-mak Jangan Putus Asa!

Share

Kalau dah ada anak-anak yang mula sekolah, pastinya mak-mak akan rajin jadi ‘cikgu part time’ untuk ajar anak belajar. Tetapi tak semua ibu mampu bersabar, kadang ajar banyak kali pun anak tetap tak dapat ‘tangkap’. Itu yang tetiba mak-mak boleh bertukar jadi harimau jadian.

Haaa… bukan mudah ya nak ajar anak-anak ya, namun jangan cepat putus asa. Mak-mak boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Puan Nur Khairunnisa Iskandar ini…

Mana ibu yang tak risau hati kalau anaknya jenis tak cepat tangkap bila diajar sesuatu yang baru.

Apalagi yang perlu guna logik akal seperti matematik. Boleh UP rambut mak, eh.

STRATEGI DUNIA

Apa yang boleh kita lakukan atau kita kongsi dengan ibu-ibu dan guru-guru yang berhadapan dengan situasi ini:

1. Waktu sesi penerangan, kecilkan sekecil kecilnya skop silibus tersebut, perlahankan kelajuan bercakap, pelbagaikan gaya pembelajaran.

2. Ulang. Practice makes perfect. Jika anak lain 10 kali ulang, anak ini maybe memerlukan 100 kali ulang.

Heart beat kencang tuh. Da rasa memang sakit tapi… subhanallah

Percayalah. Inna maal ‘usri yusra.

3. Jaga makan minum anak.

4. Perhatikan suasana dan apa yang sering ada di sekeliling anak. Biliknya, bahan permainan dan bacaannya, sekolahnya, kawannya, habitnya, hobinya… kita sendiri.

Apa yang boleh kita adjust supaya dapat jadi “alat bantu” penggerak kelajuan tahap kefahaman dan kesedaran anak.

5. Bersama dengan anak… konsisten riadah. Sebab akal yang sihat ada pada badan yang sihat.

Ini antara sedikit strategi dunia.

STRATEGI AKHIRAT

1. Tambah solat taubat dan hajat kita. Doalah sekiranya hijab anak lambat faham itu kerana kelalaian atau dosa kita… mintalah DIA ALLAH AL FATTAH buka jalan.

2. Jika anak tu sudah besar sikit, ajaklah anak untuk sering puasa sunat. Ia mencerdaskan minda.

3. Sedekah. Hadiahkanlah selalu juadah untuk guru atau sekolah tempat anak kita belajar. Ia memberi kegembiraan. Ia mampu menjadi magnet tarik kebaikan buat anak dan kita

4. Doa buat kawan-kawan anak kita. Ajak anak doa bersama untuk kejayaan dan kemudahan faham amal ilmu buat kawan. Banyak malaikat akan turut doakan yang lebih lebih baik buat kita

5. Bantulah kawan kawan anak kita yang memerlukan bantuan… tak kiralah apa pun bentuk bantuannya. Sebab janji Allah, Allah akan bantu kita selama mana kita bantu hambanya yang lain.

Bismillah. Tawakkaltu AlaLLah.

Moga asbab ini, Allah mudahkan jalan.

Published by
Nadia