Berita

Stoking Bertulis Allah, “Meletakkan Allah Di Kaki Adalah Satu Penghinaan Yang Tidak Boleh Diremehkan – Menteri Agama

Share

Stoking bertulis Allah, meletakkan Allah di kaki adalah satu perbuatan yang tidak boleh diremehkan. Ramadan tahun ini tercemar dengan insden panas  stoking tertulis kalimah Allah yang dijual di  kedai serbaneka KK Mart.

Ia  mendatangkan kemarahan umat Islam kerana penggunaan kalimah Allah adalah satu isu yang sensitif apatah lagi letaknya di kaki.

Stoking Bertulis Allah

Menyedari umat Islam marah dan isu ini agak panas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar meminta umat Islam di negara ini bertenang dan memberi kepercayaan kepada pihak berkuasa menyiasat isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di rangkaian kedai serbaneka KK Mart.

“Meletakkan Allah Di Kaki Adalah Satu Penghinaan Yang Tidak Boleh Diremehkan – Menteri Agama

Memetik laporan Bernama, beliau berkata pihak polis, Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca, pihak yang bertanggungjawab selain niat di sebalik perbuatan itu.

“Saya rasa sedih dan dukacita dengan apa yang berlaku. Kita berada dalam bulan Ramadan, ada yang menyatakan jangan terlampau sensitif dengan isu Allah letak di stoking tetapi ini tidak boleh (dibiarkan).

“Allah ini satu kalimah yang sangat tinggi di mata orang Islam. Allah adalah pencipta kita dan perbuatan meletakkan Allah di kaki adalah satu penghinaan yang tidak boleh kita remehkan,” katanya.

Mohd Na’im berkata demikian kepada media selepas Majlis Pelancaran Program Hadiah Penjaga Dua Tanah Haram Raja Salman Abdulaziz Al-Saud di sini semalam.

Beliau berkata walaupun pihaknya sudah menerima surat permohonan maaf daripada KK Mart, Jakim telah diarah memanggil wakil pengurusan syarikat itu untuk berbincang dan membantu siasatan bagi memastikan insiden khianat sedemikian tidak berulang.

“Kemaafan itu seperkara tetapi yang pastinya kita harap pada masa hadapan, KK Mart tidak ambil remeh  tentang perkara sebegini dan mana-mana jabatan audit perlu tengok dahulu barang yang dibawa masuk.

“Perkara sensitif susah nak dimaafkan. Diharap KK Mart dan pemborong serta penjual lain harus mengambil iktibar dengan apa yang berlaku. Ia sangat sensitif, kena beri ruang kepada umat Islam (untuk memaafkan perbuatan ini),” katanya.

Sebelum ini, tular gambar stoking tertera kalimah Allah yang dijual di KK Mart Bandar Sunway selepas ia dimuat naik oleh pengguna di media sosial sejak 13 Mac lepas.

Semalam, pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart Datuk Seri Dr KK Chai tampil memohon maaf dan merayu agar orang ramai tidak memboikot kedai serbaneka itu.

pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart Datuk Seri Dr KK Chai tampil memohon maaf dan merayu agar orang ramai tidak memboikot kedai serbaneka itu. Kredit foto :- MalaysiaGazette

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Gadis Mualaf Ini Bersungguh Belajar Membaca Iqra & Menulis Jawi, Bersyukur Hidayah Allah

Hanya Mampu Terlantar, Derita Hidap Penyakit ‘Misteri’ Seluruh Kulit Mengelupas Keluar Nanah

Viral Bayi Perempuan Baru Lahir Punyai Kalimah ALLAH Di Dahi

Faizal Tahir Buat Kerja Dakwah, Ramai Sebak Saksi Mualaf Mengucap Dua Kalimah Syahadah

Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar. Walau baru menganjak usia 15 tahun,namun Ratu dipilih menjadi wajah eksklusif koleksi abaya jenama Qierahman.
Ratu dan ibunya @official_lindajasmine ditemui ketika majlis pelancaran koleksi Qierahman Eid 2024. Sebagai seorang ibu Linda akui Ratu masih belum ada akaun media sosial sendiri. Bimbang namun Linda dan Que akan membenarkan anaknya aktif di media sosial bila tiba masa yang sesuai.

 

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros