Tragedi pesawat Malaysia Airlines, MH370 hilang dari radar terus terpahat di hati rakyat Malaysia. Enam tahun sudah berlalu sejak 8 Mac 2014. Namun, kejadian ini terus diingati dan tak mungkin dilupakan.
Malah kekal menjadi misteri. Di mana sebenarnya pesawat yang berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing itu.
Intan Maizura Othaman, balu krew MH370, Mohd Hazrin Hasnan ketika kejadian itu sedang mengandungkan anak bongsunya, Muhammad Mohd. Hazrin. Di sebalik tragedi yang berlaku, rupanya tiga orang balu krew pesawat MH370 saling berhubung dan memberi sokongan antara satu sama lain.
Tentunya telefon menjadi perantara mereka. Sehinggakan tiga sahabat ini mendapat gelaran ‘Balu 370’.
Kongsi Intan, “Since the 8 March 2014, the 3 of us sering bersama… Lebih sinonim dengan gelaran Balu 370 dari kalangan keluarga dan rakan terdekat, secara tak langsung ianya bunyi macam kelakor jugak.
“Kami bertiga bersuamikan Flight Crew yang sama-sama operate flight MH370. Bertiga berkongsi duka dan senang bersama. Kami bertiga sama-sama menerima berita kehilangan / kematian suami bersama.
“Persoalannya redha atau tidak, no choice.. kehidupan kena diteruskan jugak. Alhamdulillah… berkat doa, Allah kurniakan kekuatan untuk redha atas ujianNya.. Sama-sama dalam jangka 6 tahun ini meneruskan kehidupan dan membesarkan anak-anak dengan segala apa yang ada
.”Atasi emosi dan kekecewaan sendirian.. Stereng kereta tu selalu jadi teman kami menangis. Sambil driving, boleh je stop kete kat mana-mana sambung nangis.
Breakdown everytime sambil tangan pegang stereng kereta.. sambil masing-masing update dalam group wasap kami “Charlie’s Angel”
Itu lah kami dulu hingga ke hari ini.. Sambil masing-masing hantar gambar selfie mata bengkak-bengkak lepas dan ketika menangis..
“wehhh aku sedih”
“wehhh aku tak tahan”
“wehh aku rindu”
Itu lah antara skrip standard yang masing-masing akan terima..
Bezanya kami sudah kurang menangis sekarang.. dah kering airmata pon.. tak larat dah nak berteriak. Alhamdulillah, Semakin kuat dan semakin tabah.. Terima kasih Ya Allah atas segala kekuatan yang Engkau kurniakan..
Alhamdulillah dan syukur di atas persahabatan yang bermula dengan airmata ini.. Semoga Allah permudahkan urusan kami dan anak-anak dan juga Allah kurniakanlah syurga buat suami kami yang telah pergi.. Aamiin
#prayformh370 #rememberingmh370 #6yearsmh370
MW : Semoga suatu hari nanti kebenaran apa sebenarnya yang terjadi pada pesawat MH370 akan terjawab juga.
Sumber/Foto : Intan Maizura Othaman