Uncategorized

Status Bukanlah Isu Besar, Radin Ingin DiKenali Bukan Sekadar Penyampai Radio

Share

Ditanya soal tentang status masih bujang tetapi mengacarakan rancangan kewanitaan, bagi Radin ianya bukan isu yang perlu diperbesarkan. Selain dirinya, Sherry Al Hadad juga masih belum berkahwin, dirinya cukup pasti penonton mampu menilai mana satu pengacara yang bagus atau tidak. Status mencari perkara kedua untuk dinilai.

“Lagi pula sebelum Mingguan Wanita Talkshow berlangsung, saya bersama team akan berbincang dahulu tentang tajuk yang bakal diperkatakan, apakah content dan output yang sesuai juga kami sama-sama duduk berbincang. Ianya bukanlah isu untuk menghalang saya mengendalikan rancangan buat wanita.

“Dari segi pembahagian masa, segalanya diharapkan mengikut perancangan. Alhamdulilah rezeki saya di radio juga, saya telah beralih daripada slot malam kepada waktu siang setelah lima tahun di syif malam dan ianya merupakan tugas hakiki saya.

“Manakala rancangan ini pula di waktu pagi.   Saya dapat rasakan saya boleh manage masa saya dengan baik. Saya masih lakukan rutin saya mengikut kebiasaan, setiap hujung minggu saya ada dinner show

dan wedding event yang menjadi punca rezeki saya selama ini, “ jelasnya lagi.

Teruja Dengan Amanah Yang diberikan

Radin diamanahkan untuk slot travel dan food, sudah tentulah ia menjadi sebab utama empunya diri menerima tawaran ini. Dirinya sendiri gemar melancong dan sangat cintakan makanan, oleh hal yang demikian dia sangat teruja untuk berkongsi dengan audien jika memiliki ruang dan peluang.

Selain itu mungkin program ini bakal menjadi platform buat Radin mempelajari sesuatu yang baru. Dalam masa yang sama, Radin merasakan peluang ini adalah peluang keemasan bagi membuktikan dirinya bukanlah sekadar penyampai radio tetapi dalam masa yang sama mampu bergelar hos tv.

Dirinya sentiasa mengharapkan orang dapat menerima bakatnya dan memandang kebolehan dan potensi diri yang ada padanya.

Kepada semua pembaca Mingguan Wanita jangan ketinggalan untuk menyaksikan Mingguan Wanita Talkshow Musim Kedua kerana Radin juga merupakan salah seorang hos.

#mingguanwanita

#temansetiapwanita

Published by
Syazwani Mehat