Ujian kita di tahun baru, di tengah kekalutan mengadap virus Covid-19 yang tidak berpenghujung. Datang pula berita duka apabila sebuah pesawat bilik negara jiran terhempas.
Lebih menyedihkan apabila pesawat ini membawa ramai penumpang terdiri daripada 62 penumpang termasuklah anak kapal. MW merakamkan ucapan takziah kepada semua mangsa yang terkorban.
Pesawat Sriwijaya Air dikatakan terhempas selepas empat minit berlepas, usaha mencari sedang giat dijalankan dan serpihan tubuh serta bangkai pesawat mula dijumpai di laut.
Sriwijaya Air Terhempas Selepas 4 Minit Berlepas
Pesawat komersial Sriwijaya Air terhempas di perairan Kepulauan Seribu selepas hanya empat minit berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta menuju ke Pontianak, semalam.
Ketua Polis Metro Jaya (Jakarta) Yusri Yunus dipetik media tempatan berkata, terdapat maklumat awal daripada nelayan di kawasan berkenaan yang mendakwa pesawat berkenaan terhempas di perairan itu.
Menurut laporan televisyen tempatan, yang menyiarkan video dirakam nelayan, menunjukkan mereka (nelayan) menemukan beberapa serpihan kecil terapung di perairan berkenaan.
“Ketika ini pasukan mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan pelbagai agensi telah ke lokasi perairan berkenaan,” kata Yusri.
Setakat jam 7 malam semalam (waktu Indonesia Barat), belum ada penyataan rasmi daripada Kementerian Perhubungan (Pengangkutan) atau syarikat penerbangan Sriwijaya Air, berkaitan dakwaan nelayan berkenaan.
Sementara itu, Kompas.com melaporkan, Ketua Daerah Kepulauan Seribu, Djunaedi turut mengesahkan maklumat berkenaan.
Djunaedi berkata, kejadian itu disedari penduduk setempat yang kemudian melaporkan kepada pihak berkuasa.
“Dari penduduk setempat kita terima informasi nelayan tempatan melihat ledakan api.
“Ya saya dapat informasi dari nelayan ada orang yang minta tolong, ada ledakan api di sekitar Pulau Laki,” katanya.
Ads
Manakala TV One Indonesia melaporkan sebuah kapal peronda pemerintah menjumpai cebisan daging manusia di sekitar lokasi di mana pesawat itu dipercayai terjatuh.
Kapten kapal, Eko, berkata, mereka menuju ke lokasi berikutan laporan daripada nelayan tempatan yang mendengar bunyi letupan seperti guruh.
Temui Serpihan Daging Mungkin Tubuh Manusia
“Ada ditemui serpihan-serpihan dari daging, mungkin tubuh dari manusia,” katanya dilapor TV One.
Pesawat itu pada mulanya terputus hubungan setelah berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta pada Sabtu ketika dalam penerbangan ke Pontianak di wilayah Kalimantan Barat.
Pesawat jenis Boeing 737-500 itu dilapor membawa 62 penumpang termasuk lima anak kapal dilaporkan terputus hubungan dengan kawalan lalu lintas udara selepas berlepas jam 2.36 petang waktu Indonesia Barat.
Kontak terakhir pesawat itu dengan menara kawalan adalah pada 2.40 petang waktu Indonesia Timur.
Pesawat itu dijadualkan tiba di Pontianak, jam 3.15 jam waktu Indonesia Timur (4.15 waktu Indonesia Barat).
Ads
Serpihan Tubuh, Bangkai Pesawat Dijumpai Di Laut
Anggota badan manusia dan serpihan bangkai pesawat Sriwijaya Air yang terhempas semalam, ditemukan di di perairan berhampiran di sini.
Pesawat Boeing 737-500 dikatakan terhempas ke laut, kira-kira empat minit selepas ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta.
Punca nahas masih belum diketahui, ketika pihak berkuasa giat memfokuskan kepada usaha mencari dan menyelamat.
“Setakat pagi ini, kami menerima dua (beg) mayat, salah satunya adalah barang dipercayai milik penumpang dan satu lagi mengandungi anggota badan manusia,” kata jurucakap polis Jakarta, Yusri Yunus kepada MetroTV.
Penemuan itu ketika aset seperti kapal, helikopter dan pasukan penyelam dihantar ke lokasi nahas.
Pesawat jenis Boeing 737-500 yang membawa 62 penumpang termasuk anak kapal itu dilaporkan terputus hubungan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta menuju Pontianak, pada 2.36 petang waktu Indonesia Barat.
Kontak terakhir pesawat itu dengan menara kawalan adalah pada jam 2.40 petang waktu Indonesia Timur.
MW: Semoga keluarga mangsa pesawat Sriwijaya Air tabah menghadapi ujian berat ini. Memang sedih dengan tragedy yang berlaku, namun tentu sahaja apa yang berlaku ini miliki hikmah di sebaliknya.
Macam-macam perkara berlaku dalam dunia sekarang. Manusia semakin kejam dan sanggup melakukan perkara di luar kewarasan fikiran. Tempoh 40 tahun berkahwin bukan jangka masa yang sekejap. Seharusnya sudah cukup ‘masak’ dengan setiap perangai dan tingkah laku pasangan.Namun tidak bagi pasangan suami isteri dari Makassar, Indonesia ini.
Mahligai perkahwinan yang dibina selama 40 tahun bagi pasangan di Dusun Lerang, Desa Abbumpungeng, Kecamatan Cina, Bone, Sulawesi Selatan ini berakhir dengan tragis.
Tolak Lakukan Hubungan Intim
Seorang suami berusia 80 tahun bertindak membunuh isterinya berumur 60 tahun yang baru dirujuk kira-kira dua bulan selepas bercerai hanya kerana mangsa menolak untuk melakukan hubungan intim.
“Kejadian itu berlaku pada waktu subuh tadi. Berdasarkan pengakuan pelaku, dia berang kerana ajakannya untuk mengadakan hubungan seks ditolak isterinya. Dia terus mengambil parang dan menyembelih mangsa,” kata jurucakap polis, Abdul Rahim.
Ujian Kesihatan Mental
Untuk memastikan motif pelaku, pihak berkuasa akan melakukan ujian kesihatan mental terhadap lelaki itu yang dikenali sebagai Andi Soto.
Dia telah didakwa di bawah Pasal 44 Undang-undang Kekerasan Dalam Rumah Tangga yang mana jika disabit bersalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun.
Sementara itu, anaknya menjelaskan bapanya itu pernah dirawat di sebuah hospital di Makassar kerana sering berhalusinasi dan berprasangka buruk kepada orang lain.
“Ramai ahli keluarga yang takut dengannya. Tetapi, bapa saya kadangkala berada dalam keadaan normal dan baik,” kata Andi Asrul.
MW: Individu yang memiliki masalah mental dan sering berhalusinasi perlu dipantau selalu dan diberikan rawatan sebaiknya. Jika dibiarkan sahaja memang boleh membahayakan orang sekeliling.
Bila suami yang outstation tiba-tiba kirim gambar menikmati semangkuk oden di tepi kolam renang, tiba-tiba isteri ini, Hazirah Maulana rasa tak keruan. Cemburu..
Jeles sungguh lihat suami boleh santai tepi kolam bebas dari hingar bingar anak-anak. Setiap minggu pula itu. Dia pula, struggle dengan tiga orang anak yang masih kecil itu sampai dah terlupa nikmat makan.
Sebab biarpun kental jiwa, kudrat isteri itu terhad. Emosi isteri, tak selalunya tenang.
‘Jeles’nya Dengan Suami, Tiap Minggu Boleh Lari Dari Hingar Suara Anak
Lunch tadi suami hantar gambar dia makan oden family mart dengan tenang sambil menikmati swimming pool.
Aku? Tengah makan juga tapi sambil berhempas pulas layan 3 orang anak. Yang kecil tengah menangis minta didukung, 2 orang lagi tengah bergaduh berebut toys. Dah lupa apa itu nikmat makan.
Dalam hati. “Ya allah jeles nya dengan suami. Setiap minggu dia outstation jadi setiap minggu dia dapat lari seketika daripada hingar bingar suara anak anak. Nangis, jerit, gaduh mereka.”
Tapi aku? All the time dengan anak-anak. Kuali periuk belanga kain baju. Kerja yang tak pernah habis. Ada masa stress dan penat datang menjengah.
Bila jadi macam ni selalu nya untuk aku refresh, aku perlukan ME TIME. Dan cara aku layan me time aku ialah dating dengan suami 2 ke 3 jam tanpa anak anak. Aku perlukan sokongan dan kasih sayang dari dia. Dapat sekejap pun jadilah. Kalau nak bersuka ria dan berhoney moon tanpa anak, memang tak sampai hati nak tinggalkan.
Syukur? Ya bukan tak syukur. Tapi aku juga manusia biasa. Ade mase aku rebah, ada ketika aku kuat.
Suami Jangan Cepat Melatah Bila Isteri Tiba-tiba Mudah Naik Angin
Pesanan buat para suami,
Kalau anda terlihat tetiba isteri mudah naik angin, mudah nak menangis, itu tanda dia betul betul perlukan sokongan dan bantuan dari anda.
Tak kira lah isteri itu suri rumah atau berkerjaya. Isteri juga manusia biasa. Ada kala dia jadi sangat kuat dan ada kala dia jadi sangat lemah seperti anak kecil. Si suami, ambil alih tugas jaga anak dan rumah buat seketika. Beri isteri QUALITY ME TIME. Bagi isteri tu buat apa yang dia suka tanpa apa apa gangguan.
Tiada lagi emosi anak anak dan suami yang akan tercalar.
Hidup kembali bahagia. Aman dan harmoni. Tangisan jerit anak anak pun dapat dia handle dengan mudah. Masakan pula kembali lazat sedap dan menyengat.
Tapi andai si isteri itu rebah kembali, ulang kembali. Setiap isteri ialah manusia biasa yang tak lepas dari membuat kesalahan. Tak lepas dari fitrah kehidupan.
Sebagai suami, anda perlu cakna dan sensitive dengan perubahan si isteri.
Aku,
suri rumah bersama 3 anak kecil
Bahagia dengan cara sendiri
P/s: Thank you husband. I love you. Counting days to 5 years of marriage
Resepi Oden Yang Menjadi Viral
Sebenarnya luahan Me Time Hazirah yang tiba-tiba jeles dengan suami menikmati oden tepi kolam dah viralkan makanan itu secara tak langsung. Ramai juga yang tertanya-tanya, resepi oden yang menjentik-jentik rasa itu.
Bila rasa penat itu dah hilang, bayangkan lah berpuluh oden isteri boleh layankan untuk suami.
Haa.. ini resepi oden yang Hazirah masak sendiri. Tak perlu beratur panjang dekat family mart.
Cara Buat Oden viral
Lada kering dalam 10 batang
Bawang besar sebiji
√ Kisar sampai lumat.
√ Panas kan minyak pastu tumis bahan kisar, masukkan serai, masukkan 1 senduk pes tomyam dan masukkan 1 kiub pati tomyam. Masukkan 5 cawan air dan biarkan mendidih.
√ Akhir sekali masuk lah segala steamboat yang korang ada.
Rujukan Bahan-bahan Oden
Pilih lah steamboat barang barang yang mak-mak nak.
Guna pes ni. Memang sebijik rasa dia.
Letak satu kiub pati tomyam
Ni haa.. mee udon yang kat Oden tu. Satu pek ni boleh makan 2 ke 3 orang tau. Nampak je kecil tapi padat. Boleh dapat kat pasar raya. Kite beli kat Maslee. Basuh dulu tau. Tak yah celur dengan air panas.
Ni la dia oden versi saya. Mee tu jangan masuk dalam kuali sekali tau. Masuk dalam mangkuk pastu tuang kan kuahnya.
Tak Berselipar Tarik Anak Guna Stroller, Ayah Tunggal Ini Gigih Kerja! Isteri Meninggal Kerana Kanser. Demi membesarkan anak-anak tercinta, ibu ayah sanggup ketepikan rasa penat asalkan dapat membesarkan anak-anak dengan sebaiknya.
Ibu bapa juga sanggup bersusah payah dan mengorbankan diri sendiri demi kebaikan anak-anak. Apabila salah seorang dari pasangan meninggalkan kita ibaratnya patah sebelah kaki.
Bukan mudah untuk membesarkan anak-anak sendirian. Begitu jugalah perjalanan hidup seorang ayah yang pernah tular di Kuching, Sarawak. Ketika itu, ayah tersebut sedang menarik anak-anak menggunakan stroller di traffic light sewaktu hujan dalam keadaan tidak mengenakan selipar.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Rupa-rupanya isteri lelaki tersebut sudah meninggal dunia dek kerana kanser.
Tak Berselipar Tarik Anak Guna Stroller, Ayah Tunggal Ini Gigih Kerja!
Lelaki yang berasal dari United Kingdom itu berkahwin dengan wanita yang berketurunan Cina dari Sarawak. Mendiang isterinya merupakan seorang pensyarah. Namun telah meninggal dunia tahun lalu kerana kanser.
Seorang yang sangat bertanggungjawab, kuat bekerja dan dalam masa yang sama menjaga tiga anak yang masih kecil.
Kisah hidupnya yang sadis mendapat perhatian, pempengaruh Ebit Lew. Malah Ebit juga telah sudi menghadiahkan sebuah kenderaan begi memudahkan lelaki ini membawa anak-anak bersama.
“Sebak bila tular video seorang ayah di kuching sarawak tarik anak-anak di traffic light waktu hujan tidak berselipar. Rupanya brother ni dari UK. Isterinya chinese sarawak meninggal dunia tahun lepas kerana kanser.
“Gigihnya ayah ni cari rezeki menjaga rumah hantu di aeon kuching. Mendiang isterinya seorang pensyarah.
“Masa saya jumpa beliau pada mulanya beliau berkeras menolak apa sahaja pemberian. Beliau orang baik. Hidupnya cuma kerja dan menjaga anak-anaknya.
“Tak suka menyusahkan orang. Lama kami berbual dan makan bersama. Sedih dengar kisah hidupnya. Ujian yang menimpanya. Lihat kasih sayang ayah dan anak-anaknya. 2 lelaki seorang perempuan.
“Saya hadiahkan kereta supaya mudah untuk keluarga ini. Jauh juga ayah ni tarik anak-anaknya ke sana sini. Sekarang agak susah.
“Duit yang ada digunakan untuk membayar sewa dan makanan. Jadi mereka berjimat untuk benda lain.
Rezeki Anak-Anak
“Tak berhenti dia kata terima kasih dan muka bersalah menerima pemberian hadiah dan lain-lain. Rezeki anak-anaknya kata saya.
“Kami cuba bantu urusan pasport anak-anak dan ic yang lahir disini dan sekolah mereka. Baik-baik anaknya. Masa ke rumahnya anaknya buat tarian singa belajar di youtube katanya.
“Seharian bersama keluarga ini. Semoga dimudahkan urusan keluarga ini,” kongsi Ebit.
Mingguan Wanita : Allahu baiknya hati ustaz Ebit Lew. Semoga bapa tunggal ini dipermudahkan urusannya dalam menjaga anak-anak.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...