SPM 8A, 4A, tirai besi tak halang dua banduan dapat keputusan cemerlang. Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sebalik tirai besi bukanlah halangan untuk meraih keputusan yang cemerlang.
SPM 8A, 4A, Tirai Besi Tak Halang Dua Banduan Dapat Keputusan Cemerlang
Buktinya dua banduan Sekolah Intergriti Penjara Marang, meraih keputusan cemerlang dengan memperoleh 8A dan 4A. Bagi dua orang banduan iaitu Mohd Alif dan Ahmad Abdullah, mereka adalah calon yang menduduki SPM 2023 di penjara itu awal tahun ini. Mohd Arif berkata, status banduan menjadikan pemangkin semangat buatnya untuk berjaya dalam SPM.
Jelas Mohd Alif, dirinya bertekad ingin membuktikan kepada keluarga dan masyarakat yang dia juga mampu berjaya seperti pelajar lain.
“Dengan keputusan SPM ini saya hendak ubah hidup saya… halangan dalam penjara sememangnya banyak tapi saya anggap ia sebagai cabaran.
“Setiap cabaran sama ada kita boleh hadapi atau tidak dan alhamdulillah saya berjaya buktikan pada keluarga dan masyarakat bahawa banduan juga mampu meraih kejayaan,” kata anak sulung daripada enam beradik itu yang berhasrat menyambung pengajian selepas dibebaskan.
Rakannya, Ahmad berkata, dia turut berbangga dengan keputusan SPM yang diperoleh rakannya itu walaupun hanya mereka berdua saja menduduki SPM di sekolah berkenaan.
“Kejayaan yang dikecapi rakan saya itu membuatkan saya lebih bersemangat untuk menempuh cabaran hidup dan kami berdua berharapkan akan sama-sama ke menara gading selepas dibebaskan nanti.
“Sebagai rakan karib Alif, saya bangga dengan kawan saya itu namun jauh sekali untuk cemburu keputusan yang diperoleh rakan saya itu walaupun saya hanya memperoleh 4A saja,” katanya.
Ads
Menurutnya, walaupun 4A ia sudah memadai buatnya dan keputusan itu sudah mampu membanggakan keluarganya terutama ibunya.
Katanya, mereka lazimnya akan mengulangkaji pelajaran bersama-sama dan sentiasa memberikan fokus ketika guru sedang mengajar memandangkan mereka berdua tidak mempunyai kemudahan seperti rakan-rakan lain untuk dijadikan rujukan.
Sementara itu, Pengarah Penjara Marang Mohamad Jusoh Ismail berkata, dengan keputusan SPM yang diperoleh calon terbabit membuktikan tiada halangan untuk seseorang berjaya walaupun dimana mereka berada.
“Kita bangga dengan pelajar yang ada di sini walaupun belajar dengan kekangan masa terhad selain kemudahan juga terhad namun mereka boleh juga mengecapi kejayaan.
“Namun, kejayaan ini kalau tiada dorongan daripada guru mereka sendiri selain tanpa minat daripada pelajar sukar untuk mereka mengapai kejayaan seperti ini,” katanya.
Ads
Beliau berkata, guru yang mengajar dua pelajar itu banyak memberi dorongan hingga mereka beroleh kejayaan dan pihak penjara akan cuba membantu berdasarkan ketetapan yang ditetapkan oleh jabatan.
Sutradara terkenal Erma Fatima semalam memaklumkan biar apa pun yang orang lain perkatakan tentang pelakon Iqram Dinzly, dirinya tetap tidak percaya. Bagi pengarah dan pelakon drama bersiri Mak Cun ini, Iqram hanya sedang membuat satu persembahan panggung untuk menjadi tontonan kepada siapa pun.
Sejak beberapa hari lalu, pelakon tampan Iqram Dinzly yang kelihatan semakin kurus ini membuat pelbagai aksi pelik di laman instagram miliknya. Ternyata apa yang dipersembahkan itu, mendapat pelbagai reaksi netizen.
Ada yang menganggapnya Iqram sedang berhadapan masalah depression, tak kurang juga yang mengecamnya. Mereka meminta agar Iqram dirawat segera. Iqram juga menyelar mana-mana pihak yang menuduhnya berhadapan masalah kejiwaan. Dia juga mengakui apa yang dipersembahkan itu cumalah strategi pemasaran. Ibu Iqram juga mengakui yang anaknya itu masih normal.
Kau Masih Iqram Dinzly Yang Aku Kenal Dulu
Begitu juga dengan Erma Fatima. Baginya Iqram Dinzly, pelakon yang dipanggilnya ‘Adik’ ini tetap Iqram Dinzly yang dikenali dulu. “AKU TAK PERCAYA! Biar apa pun kata mereka…aku tetap tak percaya. Dimana jua kau berada dik…akak percaya kau tahu apa yang sedang kau lakukan.
“Setiap kali akak tengok video live kau…setiap kali itu hati akak yakin…kau sedang membuat satu persembahan di atas panggung untuk kami melihat diri kami.”
“Maki hamun..keji mengeji itulah KITA.
“Terima kasih dik kerana mengingatkan KAMI tentang DIRI KAMI.
“Akak PERCAYA..akak PERCAYA…Kau masih Ikram Dizly yang aku kenal dulu.”
Hakak suka semangat positif yang Erma Fatima kongsikan ini. Marilah kita hidupkan semangat berkasih sayang. Dan ingatlah sebelum menulis atau melemparkan komen ingatlah hati dan perasaan orang lain.
Sebab Allah sayang, kita yang menyayangi hambaNya yang lain. Iqram Dinzly juga manusia dan punya hati dan perasaan.
Adik Luth meninggal dunia, kapsyen ibu undang sebak “mommy akan sentiasa bersama Luth sayang”
Pasti ramai yang masih mengingati kecomelan wajah adik Luth atau nama sebenarnya Mas Muhammad Luth Muhammad Aliff. Berusia empat tahun, ramai yang menghulurkan bantuan bagi meringankan bebanan penyakit yang jarang ditemui ini bagi menyembuhkannya.
Adik Luth Meninggal Dunia
Antara artis yang banyak membantu adalah pelakon Anzalna Nasir yang telah meluahkan rasa simpati dan sebak dengan dugaan dan derita yang menimpa adik Luth yang menderita penyakit jarang dijumpai, lantas menggerakkan usaha mengumpul dana meringankan beban ditanggung keluarga si kecil itu.
Namun sehari menjelang aidiladha, di saat umat islam di Malaysia menyambut hari wukuf, Allah lebih menyayangi anak comel ini yang mengidap ketumbuhan otak agresif tahap empat, Glioblastoma Multiforme (GBM) yang telah pun dijemput Allah kembali kepadaNya tengah hari tadi.
Ia dikongsikan di Instagram ibunya memaklumkan tentang pemergian anak kesayangannya itu.
“Dengan nama Allah yang Maha Mengasihani lagi Maha Penyayang, dukacita kami ingin maklumkan bahawa Mas Muhammad Luth Muhammad Aliff sudah kembali ke rahmatullah jam 12.14 tengah hari.
“Kami sekeluarga menerima takdir ini dengan reda dan mohon semua mendoakan roh Allahyarham Luth ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta dikasihi Allah SWT. Mommy (ibu) akan sentiasa bersama Luth sayang,” kata kapsyen dalam hantaran gambar di IG.
Kapsyen Ibu Undang Sebak “Mommy Akan Sentiasa Bersama Luth Sayang”
Kisah adik Luth menarik simpati ramai rakyat Malaysia yang mengumpulkan dana buatnya bagi rawatan di luar negara bagi merawat penyakit dihadapinya segera. Luth memerlukan bantuan RM6 juta untuk kanak-kanak itu mendapatkan rawatan berkenaan bagi meneruskan kehidupannya dengan lebih baik bersama keluarga tersayang.
Namun sebelum sempat dana terkumpul penuh, anak sulung dari tiga beradik ini berada dalam fasa kritikal dan berjaya melepasinya selepas ditidurkan selama 96 jam di mana keadaannya dalam separuh sedar.
Namun Allah lebih menyayanginya di mana Luth kembali kritikal Ahad lalu sebelum menghembuskan nafas terakhirnya tenghari tadi.
Ashraf Muslim tunai umrah grup pertama ke tanah suci. Bersyukur ke hadrat Ilahi hari ini pelakon terkenal ini memaklumkan dirinya akan berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan umrah.
Seperti mana yang dikongsikan menerusi akaun Instagramnya, Ashraf berasa sangat teruja apabila dirinya bersama jemaah lain merupakan grup pertama dari Malaysia ke Mekah dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) baharu.
Ashraf Muslim Tunai Umrah Grup Pertama Ke Tanah Suci
“Assalamulaikum.. first of all, saya ingin memohon maaf kepada ahli keluarga saya, sahabat-sahabat saya, rakan-rakan media sosial dan seluruh mereka yg mengenali saya.
“Alhamdulillah, hari ini saya telah dijemput menjadi dhuyuf al rahman untuk ke tanah suci Allah swt.
“Dimana menjadi team pertama dari Malaysia yg membawa jemaah umrah dengan mengikuti SOP yg baru. Allahuakbar , besar betul kuasa Allah.. tiada kata yg boleh terucap dgn Allah selain TERIMA KASIH ALLAH and I LOVE YOU ALLAH! Banyak nak dibetulkan dalam diri yang hina ini. Semoga Allah ampunkan kita semua dan dengar segala rintihan dan kabulkan segala permintaan kita. InsyaAllah.
Rasa Macam Tak Percaya
“Ya Allah, rasa mcm tak percaya.. ya Allah.. Engkau jagalah, lindungilah keluargaku, sahabat-sahabatku dan mereka yg ku sayang serta harta bendaku ya Allah. Permudahkan urusan keluargaku sewaktu ketiadaanku bersama mereka. InsyaAllah, insyaAllah,” tulis Ashraf.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.