Spekulasi Perkahwinan Tidak Direstui Ibu, Hannah Delisha Akhirnya Bersuara & Mohon Maaf

Share

Selepas tular kononnya perkahwinan yang baru dibina oleh Hannah Delisha dan suami, Imam Shah tidak mendapat restu selepas ibu kandungnya Noor Ashikin memuat naik bait-bait puisi berjudul Hikayat Antah Berantah yang memberi bayangan seolah-olah tidak merestui perkahwinan anak perempuannya.

Tebaru menerusi perkongsian di Instagram Story, Hannah membuka mulut dan memohon maaf di atas segala cerita mengenai dirinya yang kurang enak diperkatakan beberapa hari lalu.

Isu Perkahwinan Tidak Direstui Ibu, Hannah Delisha Mohon Privasi

Menurut bintang kelahiran Singapura ini sama seperti orang lain, dia juga mempunyai masalah peribadi sendiri.

Oleh yang demikian pelakon cantik ini memohon maaf di atas perhatian yang tidak diingini terhadapnya ketika ini.

“Saya mohon maaf dengan perhatian yang tidak dijangka terhadap saya kini. Ya, seperti anda semua, saya juga mempunyai masalah peribadi sendiri.

“Saya minta maaf kerana ia sudah diketahui umum sekarang,” tulisnya menerusi Instagram Story miliknya.

 

Cuba Jauhi Gosip

Seperti yang diketahui umum, sejak bergelar anak seni, sememangnya Hannah tidak dikaitkan dengan gosip yang negatif.

Malah menurut dirinya lagim sememangnya dia cuba menjauhi segala gosip dan membawa nama negaranya dengan bermaruah.

Malah pelakon ini juga berharap diberi ruang privasi ketika melalui dugaan yang tidak terjangka ini.

“Ketika awal menjejakkan kaki dalam industri ini, tujuan utama saya adalah untuk menghiburkan anda menerusi kerja saya dan bukannya disebabkan oleh kehidupan peribadi.

“Saya cuba menjauhi segala gosip sebaik mungkin dan membawa nama negara saya dengan bermaruah. Dan saya berharap agar dapat terus melalui laluan itu. InsyaAllah.

Mohon Doa Dari Semua

“Sekali lagi, saya mohon maaf atas cerita kurang enak mengenai saya dan keluarga.

“Anda semua layak menerima yang lebih baik daripada saya. Apa yang saya harap ialah doa daripada kalian dan privasi ketika melalui dugaan ini,” luahnya.

Baca Disini Juga:

“Syurgamu Merestuimu, Anakku” Ibu Mentua Hannah Delisha Doakan Terbaik Buat Anak & Menantunya

Hannah Delisha Tak Kongsi Kisah Bercinta Di Media Sosial “Biarlah Sah Dahulu Barulah Share”

Selamat Pengantin Baru, Hannah Delisha Kini Bergelar Isteri Kepada Imam Shah

Namun Hannah bertuah kerana ibunya mentuanya, Mariana Yati banyak memberi sokongan dan dorongan dalam mengharungi dugaan ini.

Pelakon yang membintangi drama Sekali Lagi ini mula menjadi perhatian setelah ibunya Noor Ashikin didakwa tidak merestui perkahwinan tersebut. Tidak berakhir di situ pasangan itu dikatakan sudah berkahwin sejak setahun lalu dan hanya berkongsi perkara itu pada 18 Februari lalu.

Sumber/Sumber Foto: Instagram Hannah Delisha
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Norhayati Binti Suboh